GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 2


GOLONGAN AL-ARQAM

Golongan ini muncul dan dianuti oleh umat melayu di Malaysia pada pertengahan tahun 70 an.mereka berpegangkan kepada ajaran aurat muhammadiah yang dipelopori oleh ketua mereka iaitu ustaz ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai abuya dikalangan pengikut mereka.nama al-arqam diambil sempena nama seorang sahabat bernama al-arqam r.a dimana rumah beliau dijadikan tempat perbincangan rasulullah saw dan sahabat ra menyebarkan islam.

Pada awalnya mereka ini cukup dikenali kerana kemantapan mereka menjalan system ekonomi masyarakat dimana kepelbagaian kegiatan seperti perniagaan dan pendidikan. daripada situ mereka mulai membina pengaruh dan meresap masuk kedalam pemikiran pelajat pengajian tinggi,golongan korporat,pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain.

Akibat daripada penambahan ahli dan mulai mendapat tempat di kalangan masyarakat maka doktrin pemikiran mulai berubah.pengikut menjadi taksub kepada pemimpin.syariah ahli sunnah mulai dilanggar dimana mereka mengamalkan perkahwinan kontrak atau mutaah ( yang diamalkan oleh syiah) dan akhir ketaksuban pengikut mereka apabila mempercayai ketua mereka abuya kerap kali mendakwa berdialog dengan rasulullah saw secara sedar.

Maka untuk menyelamatkan akidah mereka pihak kerajaan malaysia melumpuhkan serta-merta perjuangan mereka .

GOLONGAN PAS

Mulai ditubuhkan pada awal 50an dimana pemimpin mereka banyak terpengaruh dengan kegiatan penentangan islam di timur tengah.pada awalnya kurang mendapat sambutan kerana ketiadaan matlamat perjuangan namun setelah hampir 50 tahun penubuhan parti mereka,barulah mereka TERSEDAR bahawa penubuhan sesuatu badan,persatuan atau parti memerlukan matlamat/dasar perjuangan.maka dari situ setelah hampir 50 TAHUN mereka hidup barulah mereka tanpa rasa malu terpaksa melancarkan dasar parti mereka iaitu menubuhkan sebuah Negara islam.( agak melucukan setelah sekian lama ditubuhkan baru dilancarkan dasar parti berbeza dengan mana-mana persatuan-persatuan di sekolah/ngo dll yang mesyuarat pertama penubuhan sudah membentangkan dasar persatuan )

Pada 40 puluh tahun awal penubuhannya tidak banyak idea yang boleh mereka ketengahkan untuk memajukan masyarakat melayu khasnya.mereka hanya mengikut malah merasai sahaja segala bentuk kemajuan/pembangunan/pendidikan/kemakmuran yang diterajui oleh umno dan barisan nasional.

Setelah hampir lumpuh pergerakan parti ini maka tiada jalan lain yang mampu dilakukan melainkan terpaksa mengambil pendekatan drastik dengan mencontohi golongan khawarij dan syiah untuk mendapat sokongan.

Pendekatan mengkafir,menghina,malah yang lebih teruk menjumudkan pemikiran ahli-ahli mereka dengan konsep islam yang sempit sedikit sebanyak berjaya mengikat dan kaedah ugutan ini walaupun berlawanan dengan hukum ahli sunah berjaya menjadikan ahli-ahli mereka terlalu taksub dan fanatic kepada pemimpin.

Ideology sesat pegangan pemimpin mereka dimana kejayaan ayatollah Khomeini menjatuhkan shah iran menjadi ikutan.kerap kali malah sehingga kini fahaman puak tersebut dijadikan sumber rujukan kitab mereka .akhbar propaganda mereka sanggup menterjemahkan rencana berkala malah bermuka tentang kejayaan tersebut sehinggakan agak kurangnya publisiti mereka meceritakan kejayaan para-para sahabat dan kerajaan islam yang lain.)

Bukan setakat itu sahaja para pemimpin tertinggi mereka juga ada mengadakan lawatan ke sana untuk mempelajari dan mendalami propaganda puak tersebut untuk dibawa pulang ke Malaysia dan ditanamkan fahaman tersebut secara halus kepada pengikutnya.
Bahkan persidangan atau muktamar mereka beberapa tahun lepas telah menjemput pemimpin syiah menghadirinya. ( sedangkan kita umum mengetahui puak syiah telah mengkafirkan rasulullah saw,saidina abu baker,umar,uthman dan semua sahabat malah ucapan kalimah syahadah mereka juga tidak sama dengan anjuran ahli sunah wal jamaah bawaan rasulullah saw.)

Konsep memecah belahkan tidak dapat diterima oleh orang melayu dan ini dapat dibuktikan melalui sejarah dan susur galur perjuangan mereka.pertama parti pas merupakan golongan orang melayu yang telah keluar dari perjuangan umno pada awal lima puluhan.kedua mereka kembali kepangkuan umno pada tahun 74.namun sikap ekstrim mereka tidak dapat diterima oleh orang melayu sekali lagi mereka keluar dari gabungan umno/bn dan mencipta haluan sendiri.kali ketiga mereka sekali lagi tidak dapat menerapkan fahaman radikal islam dan bepecah dengan golongan orang melayu yang bernaung didalam pakatan semangat 46.

Melihatkan tiga scenario di atas jelas membuktikan bahawa semua orang melayu tidak dapat menerima konsep perjuangan mereka .

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID