GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 4


PERSAMAAN SISTEM KETENTERAAN ZAMAN RASULULLAH SAW,KHULAFA AR-RASHIDIN,KERAJAAN ISLAM DAN UMNO

Di awal kebangkitan islam penentangan golongan kaum quraish,musyrikin dan yahudi di mekah terhadap agama islam adalah mencakupi pelbagai kaedah atau cara.antaranya melalui penderaan,penghinaan,pemboikotan malah sekiranya tidak berhasil jalan peperangan adalah jalan terakhir bagi kaum kafir menentang islam.

Peperangan bermaksud untuk melumpuh/menewaskan pihak lawan bagi menghalang pihak tersebut mencapai objektif perjuangan baik dari segi rohani dan jasmani.

Di dalam islam kita diwajibkan memperkukuhkan system pertahanan bagi mencapai maksud membela diri sendiri,masyarakat dan Negara daripada penjajahan musuh.

Malah perkara memperkasakan system ketenteraan ada dinyatakan di dalam al-quran yang bermaksud ;

‘dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang ( dengan persiapan itu ) kamu dapat menggentarkan musuh Allah,musuhmu dan orang selain mereka yang kamu tidak ketahui’.
( surah al-anfal ayat60 )

dasar Negara islam dalam konteks peperangan ini menjadi amalan kerajaan umno sejak pasca kemerdekaan lagi.

Pada awalnya peperangan islam bermula apabila rasulullah saw mengepalai tiga peperangan bersejarah umat islam iaitu;

1) perang badar yang berlaku pada 17ramadan tahun 2 hijrah.tentera islam berjumlah 324 orang yang menentang tentera kafir berjumlah 1000 orang.dimenangi oleh umat islam.
2) Perang uhud yang berlaku pada tahun 3 hijrah.tentera islam berjumlah 1000 orang manakala orang kafir berjumlah 3000 orang.
3) Perang khandak yang melibatkan jumlah tentera islam seramai 3000 orang manakala tentera kafir berjumlah 10000 orang.

Ini diikuti peperangan yang melibatkan tentera islam selepas era wafatnya rasulullah saw yang dimulai dengan zaman khulafa ar-rashidin,kerajaan muawiyah,kerajaan abassiah,kerajaan uthmaniah,kerajaan islam di eropah,India,china malah sehingga ke tanah melayu.

Dari satu peperangan ke satu peperangan yang lain pelbagai idea telah diimplementasikan bagi memantapkan lagi struktur angkatan tentera islam .

Penubuhan skuad pemanah,pasukan berkuda,pasukan berjalan kaki dan penyediaan kapal-kapal perang membuktikan keseriusan pimpinan islam lalu bagi memartabatkan keselamatan dan kedaulatan islam.

Dalam hal sistem ketenteraan Negara Malaysia ,kerajaan umno telah berjaya merubah struktur ketenteraan kearah satu pasukan tentera yang berkualiti malah digeruni musuh.
Era perang menentang puak komunis dan perkembangan peperangan semasa dunia seperti perang Vietnam,perang Falkland,era perang dingin amerika dan soviet union,perang teluk sehingga ke perang teluk kedua telah menyebabkan kerajaan dibawah pemerintahan umno berbelanja besar di dalam hal ketenteraan sebagai langkah persediaan

Pentadbiran ketiga-tiga armada perang juga dipermantapkan didalam pelbagai sudut mengurus,pengkaderan rekrut,latihan bersama antara Negara dan yang lebih penting penghantaran tentera Malaysia sebagai pengaman di dalam perang di bosnia,Somalia,Afghanistan,timor-timor dan banyak lagi usaha menggambarkan keseriusan pihak kerajaan umno didalam memartabatkan keutuhan islam itu sendiri.

Era pasca peristiwa September 11 memberi impak yang lagi besar ke atas keseluruhan kesediaan pertahanan.peristiwa bali,peristiwa letupan hotel jw marriot dan yang terbaru rampasan senjata oleh pengganas di selatan Thailand menggambarkan bahawa perang secara konvensional menjadi pilihan terbaru pengganas dan sudah menjadi tugas kerajaan umno menjaga kedaulatan Negara daripada diancam.

Peningkatan system pertahanan darat,udara dan laut didalam segi pembelian pesawat mig-29,18-d hornet,pesawat sukhoi 29,pembelian 2 buah kapal selam dari peranchis,kereta kebal Poland,system pelancar peluru berpandu darat ke udara,helicopter hawk,system penangkis peluru berpandu dan banyak lagi menggambarkan keutamaan kerajaan menjamin keselamatan agama,bangsa dan Negara terlindung.

Maka disini sudah jelas bahawa pematuhan ayat al-quran dan perjuangan rasulullah saw,para sahabat dan generasi seterusnya menjadikan kerajaan di bawah pemerintahan umno telah berjaya melaksana syariat dan syarat untuk menjadi sebuah Negara islam (rujuk piagam madinah fasal 1,18,19,24)

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID