Bukan UMNO tapi Mahathir, KuLi & Musuh Asri yang tendang PAS


Rileks. Usah putar belit sejarah! PAS keluar tinggalkan
barisan dan bukannya ditendang. Siapa punya angkara dan kerja ini?

Hey Niz Aziz?

Adakah kamu jugak bersekongkol dengan KuLi yang nakkan PAS dikeluarkan. Isunya bukan BN tendangkan PAS, tapi engkau dan para sekutumulah yang berpakat dengan KuLi. Usah nak temberanglah Niz Aiz. Kamu lakukan ini kerana nak tolak kepimpinan Asri daripada PAS. Jadi sebenarnya, bukanlah BN tendang PAS tapi... Nik Aziz dan sekutumu yang tendang Asri & The Gang.

Pasal tulah kamu boleh kamcing dengan KuLi (S46 kan)? Pandai pulak tubuh Angkatan Perpaduan Ummah konon. Mengakulah Nik Aziz oii. Engkau jeles tengok bagaimana kepimpinan Asri-Razak menyatupadukan orang Melayu di Malaysia.Satu lagi puak yang menyebabkan Asri bawa PAS keluar ialah Datuk Muhamad Nasir, MB Kelantan pada masa tu. Mereka keluar PAS dan tubuh BARJASA dan join UMNO tubuh kerajaan BN di Kelantan.Mana Anwar? Kata nak tolong Asri. Mabuk betul Anwar ni. Last-last dia pulak yang sekongkol dgn Mahathir. Kenapa Mahathir kena singkir Asri dpd BN? Sendri mau ingatlah.

Kalau ada Asri(PAS) dalam BN, tak merasalah mangkok hayun tu nak jadi PM. Mesti kena palam dengan Asri punya.Nik Aziz. Kamu dulu asalnya ustaz KEMAS dalam UMNO kan. Siapa yang bawak kamu masuk PAS? Bukankah Asri yang PASkan kamu dulu. Lepas tu kamu nak lawan tokey pulak. Sekarang kamu rasakan balik. Bagaimana pengikut kamu "lawan tokey". Apa kau rasa Nik Aziz? Rasa cokelatkan!Bila Asri isytihar keluar BN, siapa yang tergeliat? Dah tentulah Mustafa Ali, yang pada masa tu menjawat jawatan Timbalan Menteri. Marah betul mamat ni kat Asri.

Terus dia jadi Anti Asri No. Wahid. Lagi siapa? Datuk Hassan Adli (PAS-Bagan Datok). Mamat ni pulak dengar kabor terus tukar jadi parti Bebas sebab nak kekal kuasa.Tapi budak pemuda PAS skrg ni bukan tahu benda ni semua. Sebab mereka tak pernah tanya orang tua-tua.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID