29 July 2008

Siri Jelajah Ceramah Ezam Mohd Nor

Peta Lokasi Tempat Ceramah
(klik peta untuk lebih jelas)







23 July 2008

Bukan UMNO tapi Mahathir, KuLi & Musuh Asri yang tendang PAS


Rileks. Usah putar belit sejarah! PAS keluar tinggalkan
barisan dan bukannya ditendang. Siapa punya angkara dan kerja ini?

Hey Niz Aziz?

Adakah kamu jugak bersekongkol dengan KuLi yang nakkan PAS dikeluarkan. Isunya bukan BN tendangkan PAS, tapi engkau dan para sekutumulah yang berpakat dengan KuLi. Usah nak temberanglah Niz Aiz. Kamu lakukan ini kerana nak tolak kepimpinan Asri daripada PAS. Jadi sebenarnya, bukanlah BN tendang PAS tapi... Nik Aziz dan sekutumu yang tendang Asri & The Gang.

Pasal tulah kamu boleh kamcing dengan KuLi (S46 kan)? Pandai pulak tubuh Angkatan Perpaduan Ummah konon. Mengakulah Nik Aziz oii. Engkau jeles tengok bagaimana kepimpinan Asri-Razak menyatupadukan orang Melayu di Malaysia.Satu lagi puak yang menyebabkan Asri bawa PAS keluar ialah Datuk Muhamad Nasir, MB Kelantan pada masa tu. Mereka keluar PAS dan tubuh BARJASA dan join UMNO tubuh kerajaan BN di Kelantan.Mana Anwar? Kata nak tolong Asri. Mabuk betul Anwar ni. Last-last dia pulak yang sekongkol dgn Mahathir. Kenapa Mahathir kena singkir Asri dpd BN? Sendri mau ingatlah.

Kalau ada Asri(PAS) dalam BN, tak merasalah mangkok hayun tu nak jadi PM. Mesti kena palam dengan Asri punya.Nik Aziz. Kamu dulu asalnya ustaz KEMAS dalam UMNO kan. Siapa yang bawak kamu masuk PAS? Bukankah Asri yang PASkan kamu dulu. Lepas tu kamu nak lawan tokey pulak. Sekarang kamu rasakan balik. Bagaimana pengikut kamu "lawan tokey". Apa kau rasa Nik Aziz? Rasa cokelatkan!Bila Asri isytihar keluar BN, siapa yang tergeliat? Dah tentulah Mustafa Ali, yang pada masa tu menjawat jawatan Timbalan Menteri. Marah betul mamat ni kat Asri.

Terus dia jadi Anti Asri No. Wahid. Lagi siapa? Datuk Hassan Adli (PAS-Bagan Datok). Mamat ni pulak dengar kabor terus tukar jadi parti Bebas sebab nak kekal kuasa.Tapi budak pemuda PAS skrg ni bukan tahu benda ni semua. Sebab mereka tak pernah tanya orang tua-tua.

22 July 2008

GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 4


PERSAMAAN SISTEM KETENTERAAN ZAMAN RASULULLAH SAW,KHULAFA AR-RASHIDIN,KERAJAAN ISLAM DAN UMNO

Di awal kebangkitan islam penentangan golongan kaum quraish,musyrikin dan yahudi di mekah terhadap agama islam adalah mencakupi pelbagai kaedah atau cara.antaranya melalui penderaan,penghinaan,pemboikotan malah sekiranya tidak berhasil jalan peperangan adalah jalan terakhir bagi kaum kafir menentang islam.

Peperangan bermaksud untuk melumpuh/menewaskan pihak lawan bagi menghalang pihak tersebut mencapai objektif perjuangan baik dari segi rohani dan jasmani.

Di dalam islam kita diwajibkan memperkukuhkan system pertahanan bagi mencapai maksud membela diri sendiri,masyarakat dan Negara daripada penjajahan musuh.

Malah perkara memperkasakan system ketenteraan ada dinyatakan di dalam al-quran yang bermaksud ;

‘dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang ( dengan persiapan itu ) kamu dapat menggentarkan musuh Allah,musuhmu dan orang selain mereka yang kamu tidak ketahui’.
( surah al-anfal ayat60 )

dasar Negara islam dalam konteks peperangan ini menjadi amalan kerajaan umno sejak pasca kemerdekaan lagi.

Pada awalnya peperangan islam bermula apabila rasulullah saw mengepalai tiga peperangan bersejarah umat islam iaitu;

1) perang badar yang berlaku pada 17ramadan tahun 2 hijrah.tentera islam berjumlah 324 orang yang menentang tentera kafir berjumlah 1000 orang.dimenangi oleh umat islam.
2) Perang uhud yang berlaku pada tahun 3 hijrah.tentera islam berjumlah 1000 orang manakala orang kafir berjumlah 3000 orang.
3) Perang khandak yang melibatkan jumlah tentera islam seramai 3000 orang manakala tentera kafir berjumlah 10000 orang.

Ini diikuti peperangan yang melibatkan tentera islam selepas era wafatnya rasulullah saw yang dimulai dengan zaman khulafa ar-rashidin,kerajaan muawiyah,kerajaan abassiah,kerajaan uthmaniah,kerajaan islam di eropah,India,china malah sehingga ke tanah melayu.

Dari satu peperangan ke satu peperangan yang lain pelbagai idea telah diimplementasikan bagi memantapkan lagi struktur angkatan tentera islam .

Penubuhan skuad pemanah,pasukan berkuda,pasukan berjalan kaki dan penyediaan kapal-kapal perang membuktikan keseriusan pimpinan islam lalu bagi memartabatkan keselamatan dan kedaulatan islam.

Dalam hal sistem ketenteraan Negara Malaysia ,kerajaan umno telah berjaya merubah struktur ketenteraan kearah satu pasukan tentera yang berkualiti malah digeruni musuh.
Era perang menentang puak komunis dan perkembangan peperangan semasa dunia seperti perang Vietnam,perang Falkland,era perang dingin amerika dan soviet union,perang teluk sehingga ke perang teluk kedua telah menyebabkan kerajaan dibawah pemerintahan umno berbelanja besar di dalam hal ketenteraan sebagai langkah persediaan

Pentadbiran ketiga-tiga armada perang juga dipermantapkan didalam pelbagai sudut mengurus,pengkaderan rekrut,latihan bersama antara Negara dan yang lebih penting penghantaran tentera Malaysia sebagai pengaman di dalam perang di bosnia,Somalia,Afghanistan,timor-timor dan banyak lagi usaha menggambarkan keseriusan pihak kerajaan umno didalam memartabatkan keutuhan islam itu sendiri.

Era pasca peristiwa September 11 memberi impak yang lagi besar ke atas keseluruhan kesediaan pertahanan.peristiwa bali,peristiwa letupan hotel jw marriot dan yang terbaru rampasan senjata oleh pengganas di selatan Thailand menggambarkan bahawa perang secara konvensional menjadi pilihan terbaru pengganas dan sudah menjadi tugas kerajaan umno menjaga kedaulatan Negara daripada diancam.

Peningkatan system pertahanan darat,udara dan laut didalam segi pembelian pesawat mig-29,18-d hornet,pesawat sukhoi 29,pembelian 2 buah kapal selam dari peranchis,kereta kebal Poland,system pelancar peluru berpandu darat ke udara,helicopter hawk,system penangkis peluru berpandu dan banyak lagi menggambarkan keutamaan kerajaan menjamin keselamatan agama,bangsa dan Negara terlindung.

Maka disini sudah jelas bahawa pematuhan ayat al-quran dan perjuangan rasulullah saw,para sahabat dan generasi seterusnya menjadikan kerajaan di bawah pemerintahan umno telah berjaya melaksana syariat dan syarat untuk menjadi sebuah Negara islam (rujuk piagam madinah fasal 1,18,19,24)

20 July 2008

Tidak Mustahil PAS Keluar Pakatan Rakyat - Muhammad Taib




Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib yakin Pas akan keluar daripada Pakatan Rakyat berdasarkan kepada masalah dalaman yang semakin meruncing.
Menurutnya, apa yang dapat dilihat Pas kini tidak lagi sebulu dengan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam banyak perkara sehingga boleh dilihat kurangnya penglibatan pemimpin dan ahli parti itu dalam program-program rasmi kerajaan negeri.
Katanya, fenomena ini sekaligus membuktikan bahawa di kalangan pakatan pembangkang itu sendiri sememangnya ada berlaku pergolakan dan yang pasti pemimpin Pas kini sudah mula berkecil hati.

“Saya mendapat maklumat banyak majlis rasmi yang dianjurkan ramai pemimpin dan ahli Pas tidak hadir dan ini jelas menunjukkan di kalangan parti pembangkang ada masalah dalaman yang meruncing,” katanya yang dipetik dalam blog rasmi beliau.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah berkata, banyak keputusan yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat hanya menguntungkan golongan tertentu dan sebagai contoh pada majlis sambutan 100 hari pemerintahan kerajaan Selangor baru-baru ini wang sumbangan daripada syarikat swasta telah dimasukkan dalam akuan PKR menyebabkan parti-parti lain khususnya Pas begitu kecewa.
Begitu juga isu bila Dewan Pemuda Pas Selangor mengemukakan memorandum bantahan dua penyanyi wanita tempatan, Ella dan Mas Idayu sempena perlawanan Bola Sepak Piala Sultan Selangor pada 6 Julai lalu.

“Saya melihat bagi pakatan parti politik, bibit bibit ketidakpuasan hati sebegini merupakan `retak menanti belah’,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan yang lain Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat secara terang terangan menyatakan perasaan kecewa beliau dengan perjalanan perhimpunan Protes Sejuta Rakyat – Protes Sampai Turun pada Ahad lalu 5 Julai di Stadium Kelana Jaya yang bertukar menjadi majlis `seronok-seronok’.
Menurutnya beliau tidak terfikir program yang digerakkan oleh Pakatan Pembangkang bagi membantah kenaikan harga minyak turut diselitkan dengan persembahan muzik liar dan melampau itu.

“Saya kecewa betul, saya tak terfikir benda itu boleh berlaku, macam mana saya pun tak faham,” katanya.

Sehubungan dengan itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju dengan tindakan ahli Pas termasuk unit amalnya yang dikatakan bertindak keluar dari stadium kerana tidak menyenangi apa yang berlaku.

“Saya memang setuju, buat apa kita turut orang, turun dari rumah kita nak protes, tiba-tiba sampai di sana, orang lain buat cara bukan nak protes, tapi nak seronok, tak boleh,” katanya.

GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 3


PERSAMAAN DASAR PEMERINTAHAN ISLAM UMNO DAN PEMERINTAHAN RASULULLAH SAW,KHULAFA AR-RASHIDIN DAN KERAJAAN ISLAM.

Dasar pemerintahan umno terhadap memartabatkan islam dan melayu khasnya adalah berkait secara langsung dengan faktor-faktor bagaimana kebangkitan islam itu dimulai dengan menurut contoh junjungan besar nabi Muhammad saw,para sahabat,para tabiin dan kerajaan-kerajaan islam berikutnya.

Umno mengambil pendekatan yang cukup serius akan keperluan keutamaan yang telah dianjurkan.ini bagi memastikan bahawa tiada aspek di dalam mengejar kebaikan dunia dan akhirat tertinggal kerana konsep islam adalah cukup luas mencakupi keseluruhan hidup manusia.

Ini berdasarkan hadith rasulullah saw yang bersabda ‘ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu memegangnya kamu tidak akan sesat selama-lamanya.iaitu al-quran dan hadith’dan hadith lain yang berbunyi ‘berusahalah kea rah dunia seolah kamu hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok.’

Sepanjang pemerintahan kerajaan umno telah banyak dasar Negara islam digarap dan diimplementasi/diamalkan bagi memenuhi kehendak dan suruhan yang terkandung di dalam al-quran dan hadith.

Permaslahan pemantapan asas islam itu sendiri dijadikan faktor pertama menguatkan orang melayu.ini berdasarkan kepada sejarah umat dahulu bahawa akidah yang mantap secara langsung memberi kesan positif terhadap sumbangan individu dan masyarakat kepada agama,bangsa dan Negara.

Bertitik tolak daripada asas pemantapan akidah maka kita boleh mengklasifikasikan sumbangan pemerintahan kerajaan umno terhadap kekuatan islam itu terbahagi kepada beberapa faktor yang cukup penting antaranya penjanaan ilmu,kekuatan ekonomi,system politik,system masyarakat,ketenteraan,hubungan di diplomatik,pentadbiran dan pelbagai lagi sumbangan.

Malah bukti-bukti ini akan menunjukkan sebenarnya bahawa kerajaan pimpinan umno telah memenuhi syarat-syarat ayat al-quran,hadith dan ‘piagam madinah’ yang mempunya 47 fasal.

19 July 2008

Menyingkap Komplot Dan Tipu Muslihat Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim dipercayai mula merancang untuk memusnahkan UMNO dan menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1990 menerusi penubuhan Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (Ikatan).

Perkara ini pernah didedahkan oleh seorang bekas menteri yang mengatakan iaitu Ikatan ditubuhkan pada 28 Februari 1990, sebelum dipercayai ditukar nama kepada Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dalam usaha Anwar mencapai matlamatnya itu.
Fungsi "Ikatan" antara lain adalah merancang pembentukan satu 'sangkar kosong' pada 1990 untuk dipenuhi penyokong Anwar pada masa sesuai nanti.

Bila Anwar dipecat, diarahkan "burung-burung perjuangan" itu masuk dalam sangkar ini (Ikatan).
Ini bermakna sejak 1990, sudah mula ada rancangan ataupun komplot untuk menumbangkan Tun Dr. Mahathir dan UMNO. Selama sembilan tahun, parti ini (Ikatan) dipegang dalam diam-diam untuk dijadikan senjata (oleh Anwar). Dan akhirnya lihatlah apa yang berlaku sekarang.

Anwar juga dipercayai merancang dengan begitu teliti dan cermat perancangannya sejak menyertai UMNO pada 1982 dengan harapan untuk diangkat ke tahap tertinggi dalam parti tetapi dalam masa yang sama menunjukkan sikap berbaik-baik dengan Tun Dr. Mahathir.
Anwar turut meletakkan semua rakannya dari Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) serta penyokongnya dalam UMNO ke merata tempat untuk memastikan rancangannya mencapai matlamat.

Di seluruh negara Anwar juga memasang 'mentol-mentol' dari Abim dalam usahanya 'mengAbimkan' UMNO, kalau tidak silap antara sebab-sebab Tengku Razaleigh Hamzah keluar dari UMNO dan menubuhkan parti Semangat 46 adalah disebabkan angkara Anwar.
Tengku Razaleigh berpendapat wujudnya anasir yang cuba memusnahkan parti seperti tukang karut, tukang pecah-belah dan orang yang mahu menjahanamkan UMNO.
Lihatlah dimana Anwar meletakkan Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung Pas , Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden Pas) yang mana golongan ulama Pas menggelar mereka sebagai aliran sekular dalam kepimpinan ulama Pas.

Anasir ini (Anwar) yang tidak pernah rasai menjadi ketua cawangan, ketua bahagian atau kerja keras untuk UMNO tetapi mudah menjadi timbalan menteri dan menteri. Kemudian mahu lebih tinggi daripada itu.
Orang Melayu perlu mengetahui dan memahami perancangan sulit ini supaya mereka tidak mudah menerima kehadiran serta dakyah Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dan sekarang ini pun niatnya masih sama iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Yang menariknya Anwar sebagai Penasihat Umum PKR tetapi masih belum mendaftar sebagai ahli PKR. Mungkin ada muslihat disebaliknya.

Mungkin Anwar bercita-cita untuk menubuhkan satu lagi parti baru selepas beliau berjaya menjadi seorang ahli Parlimen sekiranya satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan dalam masa terdekat dan seterusnya dengan impiannya hendak menarik 30 orang ahli Parlimen dari Barisan Nasional untuk menyertainya.
Adakah Anwar melihat Datuk Seri Najib sebagai batu panghalang untuknya menjadi PM sehingga sanggup melakukan apa saja seperti yang dilakukan pada Tun Dr. Mahathir sepuluh tahun yang lalu.

Apakah yang Anwar telah lakukan pada Allahyarham Tun Ghaffar Baba sehingga Tun Ghaffar berasakan beliau begitu terhina dan menjadi terlalu kerdil di dalam parti yang turut sama-sama didewasakannya sejak berpuluh-puluh tahun dahulu!
Jika dilihat dari apa yang berlaku sekarang tidak mustahil Anwar sanggup melakukannya sekali lagi dalam usahanya untuk menjatuh dan mengaibkan Datuk Seri Najib.
Datin Seri Wan Azizah tentu masih ingat sepuluh tahun yang lalu di mana Pas memperalatkan Keadilan dengan menjadikan kes Anwar sebagai batu loncatan untuk mengabui mata pengundi terhadap perjuangannya.

Sekarang Anwar pula mengguna dan memperalatkan Pas sebagai kuda tunggangnya untuk mencapai hajat dan cita-citanya menjadi PM.
Lihatlah bagaimana Anwar menyusun kedudukan Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha Agung Pas manakala Nasaruddin Mat pula sebagai Timbalan Presiden Pas supaya senang untuk beliau menjalankan rancangannya.
Tindak tanduk Anwar sejak akhir-akhir ini boleh mengancam dan memporak- peranda keamanan negara.

Penulis berharap semua pemimpin dan ahli PKR tidak menjadikan masalah dihadapi Anwar sebagai penghalang kepada perpaduan bangsa Melayu.
Penulis menyeru Dr Wan Azizah agar mengambil langkah positif untuk kepentingan bangsa. Ingatlah yang PKR bukan lagi parti Melayu, kembalilah kepada perjuangan asal menerusi UMNO.
Kalau betul Anwar melakukan liwat, biarlah mahkamah yang menentukannya.

Kambing ohh... kambing....


Sumpah Ezam : Anwar bukan muslim yang baik




Sumpah Ezam Mohd Noor, bekas orang kuat Anwar Ibrahim. Malah Ezam juga dikatakan telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim bukan seorang Muslim yang baik dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apakah makna yang tersirat di sebalik sumpah Ezam ini? Apakah yang Ezam sembunyikan selama ini tentang Anwar? Apakah selama ini Ezam turut bersubahat menyembunyikan sesuatu yang kotor serta jijik tentang Anwar daripada pengetahuan seluruh rakyat?

“SAYA bersumpah dengan nama Allah dan Rasulullah S.A.W dan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebagai seorang Muslimin, saya tidak akan sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri…” Deklarasi Ezam Mohd Nor.

Benar Ezam lebih mengerti serta memahami siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Ezam lebih dekat dengan kehidupan politik dan peribadi Anwar Ibrahim. Ezam lebih mengetahui bunga pencak silat politik Anwar malah wajah Anwar Ibrahim yang sedang di jaja merata-rata tempat hari ini akan ada wajah lain di sebaliknya pada kaca mata Ezam seandainya terdedah.

Ezam yang sekian lama menjadi orang kanan Anwar dan akhirnya bangun bertaubat untuk membuktikan kepada khalayak betapa jijiknya Anwar sehingga beliau begitu berani melontarkan pandangan bahawa Anwar bukan seorang muslim yang baik.Adakah kenyataan Ezam ini ada rasionalnya kerana Anwar dengan imej serta perwatakan Islamnya sedang diterima hebat sebagi penyokong gerakan Islam sejati malah aura keperibadian Islamnya begitu sekali diagungkan oleh PAS sehingga mereka sanggup tunduk dan menjadi pencacai dalam gerakan Pakatan Palsu Rakyat.

Namun sumpah Ezam ini membuktikan ada sesuatu yang Ezam dan Anwar sembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Kejujuran Ezam untuk mendedahkan siapa Anwar sebenarnya adalah dituntut sebelum Anwar melakukan sesuatu yang bakal merosakkan agama, bangsa dan Negara.Anwar yang sedang menggilai kerusi Perdana Menteri selepas Pak Lah perlu dihalang dengan apa cara sekalipun dan keberanian Ezam untuk mendedahkan `musang berbulu ayam’ ataupun ‘ musang berjanggut’ ini amat sekali dialu-alukan dan Ezam harus menunaikan sumpah itu dari sekarang kerana kelibat Anwar yang sedang menjajakan ranjang kotor landskap politik Negara makin menular.Kebencian rakyat terhadap Pak Lah tidak seharusnya dijadikan hamparan untuk menukar beliau dengan Pak Lah dan Anwar bukanlah satu-satunya pemimpin

`Melayu’ yang diharapkan untuk menjamin kestabilan politik negara ini. Anwar ada sejarahnya tersendiri, Anwar ada keperibadian yang hanya beliau seorang sahaja yang tahu.Kita melihat Anwar seakan memimpin satu gerakan kepimpinan yang boleh menghancurkan Negara. Setiap bait-bait perkataan yang keluar dari mulutnya hanyalah sekadar umpan mahu memancing sokongan untuk beliau berkuasa. Bahasa badan mampu meruntuhkan keyakinan khalayak kepada kerajaan dan rakyat terpesona dengan hujah pidatonya yang mungkin telah dihafal berlama-lama.Ezam sudah tidak mempunyai banyak masa untuk menunaikan sumpah tersebut. Ezam ada kemampuan untuk meyakinkan rakyat. Ezam ada kelebihan untuk memberitahu rakyat yang telah sekian lama terpesong ideologi kerana dirasuk oleh Anwar.

Dosa Ezam terhadap UMNO dan rakyat akan terampun seandainya Ezam mula sedar betapa bahayanya Anwar kalau tidak dihalang dari sekarang dan Ezam harus dengan gagah mendedahkan segala-galanya tentang Anwar.Mendedahkan maksud Anwar bukan Muslim yang baik harus diperjelaskan oleh Ezam agar tidak ada rakyat terus terpesong dengan imej Islam yang sedang mewarnai Anwar hari ini. Kalau Ezam hanya sekadar melontarkan kenyataan semata-mata tanpa apa-apa yang membenarkan segala sumpah beliau tersebut, Ezam juga akan turut ditempelak sebagai seorang pemimpin retorik, sama seperti Anwar Ibarhim. Ezam di tuntut hari ini untuk menebus apa yang dilakukan sebelum ini agar orang seperti Anwar dapat dilihat oleh masyarakat dari sudut sebenarnya.

Arca Islamik yang dipotretnya mampu memesongkan rakyat. Anwar juga hari ini kelihatan membelakangi orang Melayu hanya untuk mencapai cita-cita yang terbit dari dendam peribadi. Langkah Anwar mampu dipatahkan oleh seorang yang tahu, pernah berkorban untuk Anwar dan faham selok-belok mainan politik Anwar. Ini perlu dilaksanakan dengan segera agar Malaysia terselamat dari Anwar Ibrahim.

Dipetik dari : MHI

GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 2


GOLONGAN AL-ARQAM

Golongan ini muncul dan dianuti oleh umat melayu di Malaysia pada pertengahan tahun 70 an.mereka berpegangkan kepada ajaran aurat muhammadiah yang dipelopori oleh ketua mereka iaitu ustaz ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai abuya dikalangan pengikut mereka.nama al-arqam diambil sempena nama seorang sahabat bernama al-arqam r.a dimana rumah beliau dijadikan tempat perbincangan rasulullah saw dan sahabat ra menyebarkan islam.

Pada awalnya mereka ini cukup dikenali kerana kemantapan mereka menjalan system ekonomi masyarakat dimana kepelbagaian kegiatan seperti perniagaan dan pendidikan. daripada situ mereka mulai membina pengaruh dan meresap masuk kedalam pemikiran pelajat pengajian tinggi,golongan korporat,pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain.

Akibat daripada penambahan ahli dan mulai mendapat tempat di kalangan masyarakat maka doktrin pemikiran mulai berubah.pengikut menjadi taksub kepada pemimpin.syariah ahli sunnah mulai dilanggar dimana mereka mengamalkan perkahwinan kontrak atau mutaah ( yang diamalkan oleh syiah) dan akhir ketaksuban pengikut mereka apabila mempercayai ketua mereka abuya kerap kali mendakwa berdialog dengan rasulullah saw secara sedar.

Maka untuk menyelamatkan akidah mereka pihak kerajaan malaysia melumpuhkan serta-merta perjuangan mereka .

GOLONGAN PAS

Mulai ditubuhkan pada awal 50an dimana pemimpin mereka banyak terpengaruh dengan kegiatan penentangan islam di timur tengah.pada awalnya kurang mendapat sambutan kerana ketiadaan matlamat perjuangan namun setelah hampir 50 tahun penubuhan parti mereka,barulah mereka TERSEDAR bahawa penubuhan sesuatu badan,persatuan atau parti memerlukan matlamat/dasar perjuangan.maka dari situ setelah hampir 50 TAHUN mereka hidup barulah mereka tanpa rasa malu terpaksa melancarkan dasar parti mereka iaitu menubuhkan sebuah Negara islam.( agak melucukan setelah sekian lama ditubuhkan baru dilancarkan dasar parti berbeza dengan mana-mana persatuan-persatuan di sekolah/ngo dll yang mesyuarat pertama penubuhan sudah membentangkan dasar persatuan )

Pada 40 puluh tahun awal penubuhannya tidak banyak idea yang boleh mereka ketengahkan untuk memajukan masyarakat melayu khasnya.mereka hanya mengikut malah merasai sahaja segala bentuk kemajuan/pembangunan/pendidikan/kemakmuran yang diterajui oleh umno dan barisan nasional.

Setelah hampir lumpuh pergerakan parti ini maka tiada jalan lain yang mampu dilakukan melainkan terpaksa mengambil pendekatan drastik dengan mencontohi golongan khawarij dan syiah untuk mendapat sokongan.

Pendekatan mengkafir,menghina,malah yang lebih teruk menjumudkan pemikiran ahli-ahli mereka dengan konsep islam yang sempit sedikit sebanyak berjaya mengikat dan kaedah ugutan ini walaupun berlawanan dengan hukum ahli sunah berjaya menjadikan ahli-ahli mereka terlalu taksub dan fanatic kepada pemimpin.

Ideology sesat pegangan pemimpin mereka dimana kejayaan ayatollah Khomeini menjatuhkan shah iran menjadi ikutan.kerap kali malah sehingga kini fahaman puak tersebut dijadikan sumber rujukan kitab mereka .akhbar propaganda mereka sanggup menterjemahkan rencana berkala malah bermuka tentang kejayaan tersebut sehinggakan agak kurangnya publisiti mereka meceritakan kejayaan para-para sahabat dan kerajaan islam yang lain.)

Bukan setakat itu sahaja para pemimpin tertinggi mereka juga ada mengadakan lawatan ke sana untuk mempelajari dan mendalami propaganda puak tersebut untuk dibawa pulang ke Malaysia dan ditanamkan fahaman tersebut secara halus kepada pengikutnya.
Bahkan persidangan atau muktamar mereka beberapa tahun lepas telah menjemput pemimpin syiah menghadirinya. ( sedangkan kita umum mengetahui puak syiah telah mengkafirkan rasulullah saw,saidina abu baker,umar,uthman dan semua sahabat malah ucapan kalimah syahadah mereka juga tidak sama dengan anjuran ahli sunah wal jamaah bawaan rasulullah saw.)

Konsep memecah belahkan tidak dapat diterima oleh orang melayu dan ini dapat dibuktikan melalui sejarah dan susur galur perjuangan mereka.pertama parti pas merupakan golongan orang melayu yang telah keluar dari perjuangan umno pada awal lima puluhan.kedua mereka kembali kepangkuan umno pada tahun 74.namun sikap ekstrim mereka tidak dapat diterima oleh orang melayu sekali lagi mereka keluar dari gabungan umno/bn dan mencipta haluan sendiri.kali ketiga mereka sekali lagi tidak dapat menerapkan fahaman radikal islam dan bepecah dengan golongan orang melayu yang bernaung didalam pakatan semangat 46.

Melihatkan tiga scenario di atas jelas membuktikan bahawa semua orang melayu tidak dapat menerima konsep perjuangan mereka .

17 July 2008

GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 1


GOLONGAN PERPECAHAN/TAKLID UMAT ISLAM

Perpecahan umat islam mulai timbul setelah nabi Muhammad saw wafat sewaktu jujungan besar berumur 63 tahun.Sehingga kini ia masih berlaku dan ia menjadi duri dalam daging untuk islam di seluruh dunia mencapai matlamat kemajuan dunia dan akhirat.Kita boleh lihat di dalam konteks ini dalam bentuk kepelbagaian ideologi pemikiran dan pembawaan dan walaupun tidak terlalu merbahaya namun ia tetap membawa kesan negatif kepada masyarakat.

Di Malaysia perpecahan di kalangan bangsa melayu yang beragama islam khasnya boleh dikategorikan ia di dalam bentuk cara tafsiran berbeza mengenai agama,corak pemikiran dan kerana mencari pengaruh politik.

Kita boleh klasifikasikan golongan perpecahan umat islam melalui susur galur sejarah bermula dengan ;

GOLONGAN KHAWARIJ

Mulai timbul pada tahun 37 hijrah selepas peristiwa majlis tahkim .khawarij bererti orang yang keluar ( dari pasukan tentera saidina ali r.a ) kerana membantah cadangan rundingan damai antara saidina ali r.a dan muawiyah.

Tanda-tanda sikap dan cara pemikiran mereka ialah sanggup MENGKAFIRKAN saudara seislam mereka sendiri termasuk saidina ali r.a hanya kerana membantah rancangan perdamaian yang disebut di atas.( bila melihat fakta ini maka dengan jelas sikap ini telah diamalkan oleh parti pas yang baru-baru ini ( disember 2003 ) telah mengistiharkan semua orang umno yang berjumlah 3.2 juta adalah dari golongan YAHUDI hanya kerana tidak menyokong dasar perjuangan jumud mereka ! )

Tuduhan kafir bukan sahaja terhad kepada saidina ali r.a malah turut melibatkan nama-nama para sahabat seperti saidina uthman,muawiyah,abu talhah,amru al-as hanya kerana mereka di atas tidak bersama-sama di dalam perjuangan sempit mereka.

Oleh kerana khawarij di anuti oleh pelbagai golongan maka telah banyak perkara-perkara bidaah yang bertentangan dengan nilai-nilai akhlak dan hokum syariah yang diperkatakan mereka.

Selepas golongan khawari ini tidak mendapat tempat dan sokongan maka timbul pula cabang dari kumpulan mereka yang dikenali sebagai syiah.

GOLONGAN SYIAH

Mulai timbul sewaktu penentangan pendapat antara mereka dan puak khawarij.syiah menyokong perdamaian saidina ali r.a .syiah bermaksud puak atau kumpulan.

Slogan perjuangan mereka adalah ‘semua sahabat ali adalah sahabat kami dan semua musuh ali adalah musuh kami’.( bila melihatkan fakta slogan ini maka kita dapat kaitkan isu ini kepada keadaan semasa dimana parti pas kerap kali mengistihar bahawa sesiapa yang menjadi ahli mereka adalah rakan manakala sesiapa yang tidak bersama mereka adalah musuh mereka.ini amat berlawanan dengan ayat al-quran surah alhujuraat ayat 10 yang bermaksud sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara

Puak syiah mempunyai tiga kelompok besar iaitu ghulat,imammiyah dan zadiyah.

Puak imammiyah mempunyai 12 imam besar dan mengikut kepercayaan mereka bahawa salah satu daripada imam mereka iaitu imam Muhammad al-mahdi tidak mati dan akan muncul pada akhi zaman.

Puak zaidiyah tidak sealiran dengan konsep imam mahdi yang dipelopori oleh puak imamiyah.mereka mengamalkan konsep sederhana di dalam amalan mereka.

Setelah golongan dua golongan ekstrem ini muncul maka timbullah pula satu puak golongan yang mengambil pendekatan sederhana iaitu golongan murjiah.

GOLONGAN MURJIAH

Dipercayai mulai timbul apabila pembunuhan menyanyat hati yang berlaku ke atas saidina uthman r.a .

Fahaman mereka berpegang kepada konsep tangguh ( irja’ ) dimana mereka menyatakan sikap mereka yang tidak berani menghukum sesuatu perkara di dunia kerana konsep menghukum hanya akan berlaku di akhirat.(ini berlawanan dengan sikap parti pas yang terang-terang dan berani menghukum semua orang melayu hanya orang melayu tidak bersama mereka.ugutan seperti ini sedikit sebanyak melahirkan juak-juak ahli mereka menjadi terlalu taksub kepada pemimpin mereka)

Konsep perjuangan mereka adalah berkecuali dan mudah dimana iman ( syahadah ) orang islam tidak tergugat walaupun mereka berdosa kecuali orang islam yang tidak mengakui keEsaan Allah swt.maka orang sebeginilah yang akan dihukum di akhirat kelak.

Seperti biasa apabila fahaman ini berkembang maka timbullah kepelbagaian pendapat didalam corak fahaman ini.akibat daripada ini maka timbullah dua golongan didalam kelompok ini yang dinamakan qadariyah (kebebasan manusia) dan jabariyah (kekuasaan Allah swt keatas manusia).

15 July 2008

Hadi Awang Kritik Anwar....???


Pemuda PAS menyifatkan pandangan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam wawancara minggu lepas sebagai isyarat kritikan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat "agar tidak menimbulkan masalah" kepada PAS.
Kita bersetuju dengan kenyataan presiden PAS dan ia juga sebagai satu isyarat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga PKR dan DAP agar tidak sekadar meraih populariti bukan Islam yang akhirnya akan merugikan orang Islam itu sendiri.

"Jangan buat sesuatu yang yang menimbulkan masalah kepada PAS (sebagai parti Pakatan Rakyat) dari luar dan dalam," kata satu sumber yang dekat dengan Dewan Pemuda.
Kata sumber, insiden-insiden yang boleh meresahkan PAS termasuklah keengganan wakil rakyat DAP memakai songkok dalam persidangan Dewan Undangan negeri Johor dan perbincangan berhubung soal kebebasan dan hak istimewa orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.

"Jangan tumpu sangat (pada isu-isu itu), nanti orang Melayu marah," kata sumber.
Menurutnya, beliau tidak mahu hubungan PAS dan Pakatan Rakyat menjadi renggang. Sumber itu menambah, berharap agar Pakatan Rakyat sama-sama menghormati antara satu dengan lain berhubung dasar masing-masing.
"Dalam soal Melayu dan Islam, kita (PAS) tidak kompromi. Kita bela habis-habisan," jelasnya lagi.
Sehubungan itu, beliau bimbang dengan perkembangan dalam parti PAS sendiri kerana mulai wujud suara-suara memprotes bentuk kerjasama dalam Pakatan, misalnya isu konsert Mas Idayu dan Ella dan kontroversi kumpulan punck rock Carburetor Dung di stadium Kelana Jaya, minggu lalu.

"Ahli-ahli PAS melihat PAS tidak tegas dalam soal Melayu Islam. Kalau PAS tak tegas, orang lain tambah lagi," kata sumber tersebut.
anda bolehlah teruskan membaca sepenuhnya artikel ini yang telah blogmaster petik dari


PAS REFORM


14 July 2008

Pentas Pidato AMK HANCIKK...Hampeh


Kununnya diwar-warkan, digembar-gemburkan Shamsul Iskandar dan Khairul Anuar [Jonah] nak jawab “tohmahan” Ezam dan Khir Toyo.

Maka tersebutlah kisah, diadakan Pentas Pidato Pemuda AMK di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam.

Niat dihati penganjur nak menyaingi ceramah Ezam yang berlangsung ditempat yang sama dua malam sebelum itu, dimana pada malam itu kehadiran ribuan yang datang memenuhi dewan dan dilaporkan sehingga ramai terpaksa berdiri diluar dewan. Tahniah Lokman Adam dan UMNO Shah Alam kerana berjaya dan sukses, malah kehadiran ramai wartawan media juga telah disudahi dengan penyiaran petikan ucapan Ezam yang tersiar di TV3 dan juga beberapa akhbar akhbar.

Bagaimana pula sambutan Pentas Pidato AMK malam tadi?

“sedihlah bang, gagal, hampeh…, memalukan! Tak sampai pun 300 yang datang…” begitu kata kata salah seorang pimpinan AMK yang menghubungi blogmaster awal pagi tadi.

“ ramai yang datang nak dengar apa jawapan Shamsul dengan Jonah keatas cerita Ezam dan Khir Toyo, tapi tak berani pun Shamsul dengan Jonah nak ulas.., sikit pun tak sentuh” sambung penyampai info tadi.

“malah yang jadi pelik, kedua dua mereka ni dok bantai kutuk Najib tak habis habis..” tambahnya lagi.

Kami juga dimaklumkan bahawa cara penganjuran majlis ini telah mengundang protes dikalangan beberapa pimpinan PKR Shah Alam. Yang nyata, beberapa pimpinan PKR Shah Alam tidak bersetuju dengan idea Jonah menggunakan nama AMK Shah Alam sebagai penganjur tetapi tentangan ini tidak direstui oleh pemangku Ketua PKR Bahagian Shah Alam.

“pening la bang…, dalam PKR Shah Alam dah bercelaru, tak sekata bersetuju, ada yang protes dan boikot. Itulah sebab kita pun tak heranlah kalau PAS sendiri pun tak nak support program malam tadi…” penyampai info itu terus bercerita.

“ yang pentingnya Jonah dah mintak maaf kat saya dan akui memang dia tak sepatutnya guna nama AMK Shah Alam tapi dia masih nak lepaskan diri dia, dia tuding jari pada Ketua Penarangannya pulak…” penyampai info itu mengakhiri ceritanya.
sumber: medan-info-kita.blogspot.com
SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA SELEPAS
16 SEPT 2008
kalau jadi laa.....

PAS akan biarkan kilang Arak beroperasi macam biasa


DUA-DUA KILANG DALAM NEGERI SELANGOR
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali menafikan parti itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan termasuk kilang arak dan kandang babi, sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu.

Sebaliknya beliau berkata, janji itu tidak pernah dibuat kepada rakyat ketika kempen-kempen pilihan raya sebelum ini, termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu.
Malah, beliau turut mencabar mana-mana pihak supaya tampil mengemukakan bukti yang menunjukkan mana-mana pemimpin Pas termasuk dirinya membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu.
Komen:
Arak dan babi merupakan 2 perkara haram dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Bila PAS menyertai PR dan berjaya dalam PRU-12, mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil dalam menghadkan atau menghentikan terus perkara-perkara yang dimurkai Allah itu. Tidak langsung walau sejentik, PAS membuat sebarang kenyataan mengenai isu Arak dan Babi. PAS menjadi PAK-TURUT selepas menyertai PR. PAS sanggup dicucuk hidung, di tarik kesana-kemari oleh DAP dan PKR tanpa sepatah melawan tindak-tanduk mereka walupun dilihat merosakan imej Islam yang dipertahankan oleh PAS sendiri.
Lihat sahaja isu babi, mereka sanggup berjuang bermati-matian bersama babi-babi mereka kerana mahukan projek babi mega mereka berjaya. Ini pula hal kilang Arak, tidak sedikit pun PAS mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini. Siap sekarang sanggup bersongkol meng-iakan agar tidak ditutup kilang arak tersebut dan mencabar mereka yang membuat kenyataan tetang isu arak ini.
Sewaktu mereka di Kelantan, bukan sahaja kilang Arak, panggung wayang pun tiada, kononnya ini semu haram serta menyesatkan penduduk/ rakyat Kelantan. Jadi apa sudah jadi sekarang, PAS telah meluaskan tanah jajahannya keluar dari Kelantan, jadi sudah pasti rakyat atau penyokong setia mereka mengharapkan perkara yang sama dilakukan di tanah jajahan baru mereka ini.
Amat mendukacitakan sekali kerana PAS yang satu masa dahulu lantang bersuara, mengeluarkan fatwa yang ada kalanya ditegur menyimpang dari landasan sebenar, kini sujud menyembah serta meng-iakan semua benda haram yang diharamkan terus oleh Islam.
Apa PAS telah lembik dalam pertarungan mereka dalam PR, atau mereka hanyalah boneka bertali yang dikawal sepenuhnya oleh DAP & PKR di dalam PR tersebut. Jika PAS tidak rasa bersalah atas tindakan mereka, sekurang-kurangnya malulah sikit pada penyokong mereka yang selama ini menyangka menyokong singa tetapi rupa-rupanya menyokong parti yang telah dicucuk hidungnya!

Rahsia Hubungan Khalid Ibrahim dan Lim Kim Hong


Bagaikan tompok Harimau Bintang

Pepatah Inggeris berkata, “A leopard could never change it’s spot” atau terjemahannya, Harimau bintang tidak boleh membuang tompoknya. Ia bermaksud seseorang yang sifat dan naluri semulajadi sudah sedemikian, agak susah untuknya menukar.Perhubungan lama dan rapat antara Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan Dato Lim Kim Hong bukan lagi rahsia di kalangan ahli korporat tempatan.

Lim adalah bekas pemegang saham utama Kanzen Berhad atau Dreamland Holdings Berhad, dan kini menguasai Sumurwang Sdn Bhd dan I Berhad. Selain dikenali sebagai jenama elektrik dan IT, I Berhad adalah pemaju yang membangunkan I-City di Shah Alam yang menelan belanja RM1.5 billion.Dengan bantuannya, Khalid telah dapat mengumpulkan benih modal untuk membeli saham Guthrie yang ditawarkan padanya pada harga murah. Khalid pula membantu dalam beberapa urusniaga membeli jual syarikat dan perniagaan.Setelah menjadi ahli politik dan berdegar dengan retorik pentadbiran yang bersih, telus dan cekap, adakah Khalid sudah merenggangkan hubungan urusniaganya dengan Lim?Jika keadaan terdesak, berapa lama harimau bintang boleh terus menyembunyi tompoknya?

Dari Ahli Korporat Ke Menteri Besar

Setelah kalah di pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat nafas baru untuk memenangi kerusi Dewan Undangan yang sama dan kerusi Parlimen Bandar Tun Abdul Razak pada pilihanraya Mac 8hb lepas.Khalid diakui adalah seorang tokoh korporat yang telah memainkan peranan yang besar pada tahun-tahun awal Permodalan Nasional Berhad (PNB). Namun, diakhir-akhir kerjayanya dengan PNB, khususnya semasa mengurus Guthrie sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), professionalisma dan etika kerjanya mula berubah dan pelbagai urusniaga mula mencurigakan.

Akhirnya Khalid dihentikan dari jawatan CEO dan khabarnya suatu penyaisatan telah dilakukan ke atas uruniaganya di dalam Guthrie. Sedikit demi sedikit telah didedahkan salahlaku urusniaga dalam pembelian saham dan pengurusan Guthrie.Jurublog ini pernah mendedahkan urusniaga Khalid di dalam tulisan bertarikh Jun 2007. Lim Kim Hong mempunyai peranan yang besar di dalam urusniaga utama Khalid. (Sila baca di sini)Sebenarnya Khalid telah gagal sebagai ahli politik tetapi diselamatkan oleh tsunami politik. Dia bukan saja hidup kembali, malah ia suatu kejayaan besar dan dapat dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Belum Pun 100 Hari

Baru saja menghampiri 100 hari pentadbiran Khalid di Selangor, rakyat mula menyedari kepimpinan Khalid tiada hala tuju.Kerajaan negeri hanya sibuk mencari, mereka dan mensensasikan tuduhan demi tuduhan ke arah pentadbiran sebelum ini dengan bantuan suratkhabar perdana seperti The Sun. Masa, tenaga dan sumber dihabiskan untuk menutup kelemahan pentadbiran dengan mengalih pandang.Dari isu penternakan babi, ke isu Balkis hingga ke isu Bandar Mahkota Cheras, satu pun tuduhan yang dibuat mempunyai asas dan munasabah.Janji-janji pilihanraya PKR dan PAS Selangor tidak feasibel dari segi kewangan dan tidak mungkin dapat dipenuhi.

Tetapi Dato Hasan Ali marah jika diungkit janji-janji pilihanraya dan alasan yang diberi hanya menyalahkan kerajaan persekutuan.Pada suatu masa dahulu pada tahun-tahun awal 90an, Khalid begitu hebat memberi pandangan berkenaan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai dan menegur kerajaan di rancangan Radio Ibu Kota bersama Deejay terkenal Zainal Din Zainal.Nampaknya Khalid hanya pandai cakap sahaja. Ahli korporat ini tidak menampakkan keupayaan untuk mentadbir kerajaan negeri.

Laporan Polis

Pada hari Jumaat Jun 6hb, 2008, akhbar harian Sinar Harian melaporkan empat wakil PKR bahagian-bahagian Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Shah Alam membuat aduan polis tentang salah guna kuasa seorang pegawai kanan di pejabat menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Mengikut jurucakap kumpulan ahli PKR itu, Remy Iskandar, pegawai kanan itu dipercayai telah meluluskan kontrak dan tender kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan menteri besar.

Penyelewengan itu didakwa melibatkan pengagihan kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya dan mereka mempunyai "semua dokumen yang boleh menjadi bukti."Laporan yang tidak mendapat liputan suratakhbar perdana mungkin merupakan “tip of the iceberg”.Mana mungkin seorang pegawai yang bekerja di pejabat Menteri Besar melakukan pemalsuan letterhead pejabat Menteri Besar? Adakah pegawai tersebut begitu bodoh untuk melakukan sesuatu kesalahan yang mudah dikesan?Reaksi Khalid yang dilaporkan Sinar Harian Ahad seolah-olah membuat "ugutan" tindakan disiplin terhadap ahli-ahli PKR tersebut.Ramai ahli-ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja di Pejabat Kerajaan Negeri menyedari sesuatu perubahan.

Sebagai ahli korporat, Khalid pasti lebih cenderong untuk menggunakan pendekatan korporat untuk mengumpul dana bagi membiayai janji pilihanraya untuk Selangor dan mungkin sekali bersama, untuk urusan parti.Modus operandi bakal melibatkan syarikat-syarikat kerajaan negeri yang tersenarai dan kerjasama rakan kroni yang mempunyai perhubungan peribadi yang lama dan sumber modal.

Mencurigakan

Sejak mutakhir ini, pejabat Menteri Besar enggan melayani ahli-ahli perniagaan dan syarikat-syarikat. Padahal mereka-mereka yang datang merupakan penyokong-penyokong PR dan mereka ini menawarkan produk, perkhidmatan, dan usahasama untuk membantu kerajan negeri.Mengikut sumber-sumber, pejabat Menteri Besar hanya melayani mereka-mereka yang ada hubungan dengan I Berhad. Kemungkinan ada sesuatu yang tersirat di sebalik pengumumman Khalid untuk membatalkan polisi DEB dan mengulang polisi tender terbuka yang sudah diamalkan dari pentadbiran sebelum ini.Khalid ada mengumumkan odit forensik akan dibuat terhadap kesemua syarikat-syarikat kerajaan negeri. Ramai mungkin menjangka ini bertujuan untuk mencari salah pengurusan yang lepas.Sebenarnya, ia untuk mencari sebab untuk membatalkan kontrak-kontrak yang ada untuk diambilalih oleh kroni-kroni Khalid seperti I Berhad atau lain-lain syarikat Lim Kim Hong. Desas desus mengatakan kumpulan ini dijangka mendapat kelulusan untuk membangunkan tanah-tanah tertentu di kawasan prima di Lembah Klang.Seiringan dengan desas desus ini, Khalid telah dapat meyakinkan DYMM Sultan Selangor untuk melantik seorang kroninya, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).Syed Anwar mendapat bantuan Khalid untuk naik dari Pengurus biasa hingga menjadi CEO Kompleks Kewangan. Kemudian, beliau terlibat dengan MRCB, Media Prima dan Realmild Sdn Bhd. Kini beliau adalah Pengerusi DRB-Hicom Berhad, EON Capital Berhad, dan Cahaya Mata Sarawak Berhad, selain Pengerusi Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji.Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad dan Sime Darby Berhad, Engku Setia Lela Bestari Raja Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda juga dilantik.MAIS mempunyai pegangan hartanah yang banyak dalam Selangor dan tokoh-tokoh korporat ini, khususnya Syed Anwar, tentu dibawa untuk membangunkan hartanah. Tentu sekali pembangunan hartanah memerlukan rakankongsi yang bermodal dan syarikat pembangunan hartanah.

Masalah Peribadi?

Ramai mempercayai Khalid sebagai mantan Bendahari banyak menyumbang kepada pembiayaan operasi PKR.Difahami dari sumber dalaman Bank, Khalid kini mempunyai masaalah hutang dengan sebuah Bank. Saham Guthrie yang telah dicagar telah jatuh dari paras harga margin dan jualan tidak mencukupi untuk menampung hutang.Maka, bantuan seorang rakan lama seperti Lim Kim Hong amat diperlukan untuk menyelesaikan masaalah peribadinya yang dikatakan mencapai jumlah jutaan ringgit dan komitmennya membantu kwangan PKR. Dalam dunia perniagaan, saya garuk belakang awak dan awak garuk belakang saya.


Hanya harimau bintang yang tidak boleh membuang tompoknya

PAS tak takut ALLAH tapi Takut kat DAP..???

Pas sekali lagi terpaksa membuka pencak silat apabila terus diterjah rakan sekutunya DAP mengenai Negara Islam. Yang nyata walaupun secara terang-terang dan tanpa mengenal jemu DAP mempertikaikan perjuangan negara Islam, Pas masih lagi mampu untuk duduk semeja dengan rakan pakatannya itu.Pas seperti tidak berdaya untuk tegas memegang prinsipnya apabila diasak sebegitu rupa oleh DAP.

Nada pemimpin-pemimpin Pas semakin kendur terutama selepas pilihanraya umum lalu.Malah jauh dari itu, Pas sentiasa beralah termasuk isu kandang babi yang dipelopori pemimpin DAP. Bukan sahaja beralah malah pemimpin Pas membuat sokongan terbuka ditambah dengan fatwa-fatwa tertentu bagi menyakinkan para pengikutnya bahawa tiada salahnya menyokong kehendak menternak babi secara besar-besaran di Selangor.

Tidak diketahui di mana silapnya Pas bersikap sedemikian rupa. Kalau dibuat perbandingan pendekatan DAP ternyata jauh lebih berjaya meyakinkan Pas dalam isu babi berbanding dakwah Pas mengenai negara Islam.Dalam hal ini dan dalam keadaan suasana politik keuntungan politik ketika ini, tidak nampak cara bagaimana Pas hendak melawan kehendak DAP ini.Sebagai bukti Pas pada pilihanraya umum baru lalu tidak lagi lantang melaungkan perjuangan negara Islam seperti mana pilihanraya-pilihanraya umum lalu sebaliknya lebih menjurus kepada kesesuaian kempen untuk menjaga hati DAP.

Ramai yakin dalam keadaan sekarang pemimpin Pas terpaksa mengambil jalan selamat untuk tidak lantang menegakkan prinsipnya.Oleh yang sedemikian adalah lebih baik Pas menggugurkan sahaja agenda negara Islamnya seperti mana yang dituntut DAP.Yang mana patut jadi keutamaan Pas, sama ada lantang meneruskan prinsip agenda negara Islam tetapi kehilangan DAP dan undi kaum bukan Melayu atau tunduk atas kehendak DAP dengan menggugurkan negara Islam sekaligus meraih keuntungan politik.

Kalau mengikut keadaan sekarang, , sudah pasti Pas akan memilih pilihan yang kedua tadi.Atau pilihan alternatif mengambil pendekatan berbelit-belit agar dapat berkawan terus dengan DAP dan pada masa yang sama mengekalkan kepercayaan orang Melayu betapa tulusnya mereka memperjuangan negara Islam. Tunggu dan lihat.

13 July 2008

Amaran Ezam pada Anwar


Jul 12, 08 12:00pm

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan mantan timbalan perdana menteri itu menerusi tuduhan liwat. "Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya di dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa anjuran Umno bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan "Alam Free Speech" di Seksyen 19 malam tadi.


Menurut laporan Bernama, Mohamad Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata beliau akan membongkar segala apa yang beliau tahu mengenai pemimpin PKR itu walaupun ia akan mengaibkan anak-anak dan keluarga Anwar.Katanya, beliau tidak berniat untuk mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar tetapi jika maruahnya terus dicabar kononnya beliau dibawa masuk ke dalam Umno dan di beri habuan berjuta-juta ringgit, beliau terpaksa bertindak. Mohamad Ezam berkata beliau telah berjumpa dengan dua ulama muktabar untuk mendapatkan pandangan mereka dan diberitahu adalah wajib bagi beliau untuk mempertahankan maruahnya.


Beliau juga berkata, ahli-ahli Umno juga perlu bangkit dan berjuang mempertahankan parti dan pemimpin-pemimpinnya yang kini diasak oleh Anwar. Mohamad Ezam berkata dakwaan Anwar terdapat konspirasi politik ke atasnya setelah pembantu khas beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 membuat laporan polis bahawa Anwar telah meliwatnya bulan lalu, sepatutnya berkisar sebagai masalah peribadi Anwar dan pemuda itu sahaja. Katanya, perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu.

12 July 2008

PAS Jangan Jadi Anjing Yang Menggelabah.

Cuba lu orang sorot kembali zaman sekolah dulu. Budak-budak ‘skema’ yang selalu menjadi pengawas ni, hanya bijak atas kertas. Konsep belajar menghafal. Tapi, nak praktik di dunia sebenar memang kelam-kabut. Memang selalu dibuli.

Begitu juga dengan PAS. Kebanyakan ustaz-ustaz suci ni tidak mempunyai imaginasi yang tinggi. Standard tipikal Melayu. Diberi statistik yang sama, fakta yang sama, dalil yang sama, akan berbezalah keupayaan imaginasi mereka berbanding manusia licik lain. Lemah!Suara mahu keluar dari Barisan Rakyat.
Secara profesionalnya, memang mereka berhak memberi pandangan mereka. Dan di sini wa menjawab secara profesional dengan kaedah wa.

Tidak pasti, apakah persimpangan yang dimaksudkan. Adakah :
1. PAS bergerak bersendirian.
2. PAS bergabung dengan UMNO.

PAS bergerak bersendirian.

Dengar sini ustaz-ustaz suci yang lembab. Ketika ini fokus utamanya ialah menumbangkan halangan besar kepada setiap kerja dakwah ustaz-ustaz suci sendiri. Barisan Nasional perlu ditumbangkan. Sekiranya PAS bergerak sendiri ketika sebelum BN ditumbangkan, mari kita senaraikan senarionya, wahai ustaz-ustaz suci, budak-budak skema / nerd yang lemah imaginasi :

1. Selangor + Perak akan menjadi milik BN. Jangan bermimpi ustaz-ustaz suci berpeluang berdakwah, memberi kuliah, bergerak dalam pentadbiran, mengimbangi / menasihati pentadbiran negeri seperti ini.
Ustaz-ustaz suci yang lemah imaginasi ini kembali seperti dahulu. Konon lantang bersuara. Tapi imaginasi sempit. Tidak sedar menjadi anjing. Lebih selesa lantang menyalak bukit dari jauh. Tanpa berpeluang fight dalam medan sebenar (pentadbiran).

2. Kedah menjadi negeri seterusnya tumbang PRU depan. Kerana tiada bantuan pengundi Barisan Rakyat. Jeling-jeling persempadanan semula ketika lalu. Jangan terlalu bengap. Kemarahan non muslim kepada BN akan berpindah kepada PAS sekiranya ketika ini (senario politik semasa ini) PAS tunduk kepada imaginasi tipikal Melayu ustaz-ustaz suci yang bengap ini.
Jika semuanya telah menjadi BN (kecuali Kelantan), maka gembiralah 800 000 ahli PAS menjadi anjing yang menyalak bukit seperti 50 tahun dahulu. Ianya adalah lebih baik dari cabaran 100 hari berada dalam pemerintahan. Berjuang di dalam pemerintahan.
Bengap ya amat. Baru kes konsert Caburator Dung / Ella dah putus asa, dah menggelabah, dah melatah. Tipikal bangang ahli agama genetik Melayu. Entah bagaimana la mahu menerajui Malaysia dalam paksi USA / dajal ini.

PAS bergabung dengan UMNO.

Senario politik semasa ini, dengan UMNO yang hampir karamnya, dengan sentimen anti UMNO yang turut melanda komponen BNnya, dengan kezaliman UMNO yang berada tahap tertingginya, sekiranya PAS tunduk kepada imaginasi bengap ustaz-ustaz suci, maka, malapetaka akan menimpa PAS. Mari kita lihat :

1. Demi imaginasi bangang ustaz-ustaz suci yang lebih selesa menjadi anjing, PAS akan berpecah dan terus berpecah.
a. Mula-mula PAS akan berpecah kepada 2. Satu golongan yang setuju menyertai UMNO, satu golongan yang tidak setuju dan terus kekal di Barisan Rakyat.
b. Kemudian, golongan yang berada di Barisan Rakyat akan terus berlogak dan berpecah apabila kestabilan pucuk pimpinan mereka belum matang.
c. Berlakulah satu situasi di mana ahli agama yang berada di dalam Barisan Rakyat akan berbalas salakan dengan ahli agama yang berada di dalam kerajaan (BN). Sedangkan pada ketika dahulu mereka adalah saudara sebantal dan setilam.
(Nampak atau tidak betapa bengapnya jenis manusia nerd ini. Menjadi ustaz / lawyer / jurutera / jawatan berpangkat kerana kaedah hafalan dan lurus-tekun belajar. Lurus yang membawa kepada bangang.)
Sanggupkah anda, generasi ketika PAS baru berada 100 hari dalam cabaran mengimbangi pemerintahan Barisan Rakyat, melihat akhirnya ahli agama menjadi anjing yang bergaduh sesama sendiri, semata-mata berasa lebih selesa menyalak dari jauh?
Sanggupkah anda?

PAS Jangan Jadi Anjing Yang Menggelabah.
http://adukataruna.blogspot.com/

09 July 2008

ADUN N 50 SRI MUDA SERTAI UMNO ?









Di khabarkan oleh berberapa pegawai dan teman-teman dalam PKR, Adun Sri Muda , Mohd Suhaimi Shafie akan meninggalkan PKR tidak lama lagi, di tanya kenapa Adun muda itu ingin meninggalkan PKR, mereka memberitahu yang beliau tidak puas hati dengan perjalanan pentadbiran yang di ketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga berberapa Adun dan Ahli Parlimen (bukan dari PKR) yang kurang memberi kerja sama dalam pentadbiran di tambah pula dengan masaalah dalam PKR yang makin parah sekarang ini. di tanya adakah Adun muda itu ingin mernyertai UMNO? mereka menjawab "Mungkin".

AZMIN ALI GANTI KHALID IBRAHIM




9 July 08 3.30pm

Menurut satu sumber rapat dari Pejabat SUK Negeri Selangor berkata Tan Sri Khalid Ibrahim berhasrat untuk meletakkan jawatan Menteri Besar, beliau akan mengumumkan perletakkan jawatan beliau itu di satu tarikh yang akan di tetapkan nanti, sumber turut berkata, punca Khalid Ibrahim ingin melepaskan jawatan MB itu berikutan terlalu banyak masaalah dalaman yang berlaku dalam pentadbiran negeri dan berberapa anak syarikat yang sehingga sekarang ini belum dapat di selesaikan lagi, Beliau juga berasa kesal dengan tindak tanduk berberapa EXCO Kerajaan Negeri dan ADUN yang langsung enggan memberi kerja sama kepada beliau, perkara itu akan di maklumkan kepada DYMM Sultan Selangor sedikit masa lagi, buat masa sekarang ini Setiausaha Kerajaan Negeri sedang mendraf surat perletakan jawatan beliau itu.

menurut sumber juga, setakat ini SUK telah menyenaraikan dua nama sebagai pengganti Khalid, antara yang di sebut-sebut ialah YB Hassan Ali dan YB Azmin Ali, juga di beritahu Khalid lebih meninginkan Azmin Ali menggantikan beliau dan ia di persetujui oleh Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim, sekiranya ini berlaku, bermakna barisan Exco Kerajaan Negeri juga akan turut berubah, besar kemungkinan sekiranya Azmin Ali di lantik menjadi MB, maka berberapa ahli Exco dari PKR dan PAS akan di tukar.

p/s baru 100 hari, selangor dah dapat 2 MB, kalau 200 hari, tak tau la berapa mb yg selangor dapat.

08 July 2008

CERAMAH UMUM BERSAMA EZAM MOHD NOR


Ceramah Umum Bersama Ezam Mohd Nor
anjuran UMNO Bhg Shah Alam
pada
11 July 2008
jam
8.30 malam
bertempat di
Dewan MBSA Seksyen 19, Shah Alam
Orang ramai di jemput hadir dan sila sebarkan.
Saiful Bukhari To:
mascotte19@gmail.com

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Rakyat Malaysia,
Dengan ini, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan ingin mencabar Anwar Ibrahim supaya BERMUBAHALAH di hadapan para ulamak.
Kepada Rakyat Malaysia yang dikasihi, Ingin saya tegaskan disini bahawa isu ini adalah ISU PERIBADI antara saya dan Anwar.

Saya harap agar seluruh rakyat Malaysia bertenang dan tidak termakan dengan taktik kotor si MUNAFIK yang sedang dalam kelemasan ini.
Saya terima segala tohmahan dengan hati terbuka dan tidak sesekali mempersalahkan rakyat dalam hal ini.Sebagai mangsa, saya berhak untuk mendapat pembelaan. "Yang HAK Pasti Berdiri, Yang BATIL Pasti Jatuh", Allahhuakbar.Sekian,Saiful Bukhari.

p/s: Kepada Anwar, tetapkan tarikh dan masa untuk BERMUBAHALAH . Insyaallah saya akan hadir. Saya tidak gentar.

Ezam Ketuai Badan Serantau Pembaharuan Ummat Islam Malaysia - Indonesia


Ezam ketuai badan serantau pembaharuan ummat Islam Malaysia-Indonesia

BEKAS Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor akan mengetuai badan serantau untuk pembaharuan dan pembanggunan ummat Islam di Malaysia dan Indonesia yang akan diumumkan secara rasmi minggu hadapan.
Sumber memberitahu, Ezam kini berada di Jakarta dalam rangka kerja persiapan akhir penubuhan sekteriat tersebut.
Saya difahamkan antara anggota badan tersebut adalah ulama, intelektual, ahli politik dan aktivis-aktivis muda di Malaysia dan Indonesia.
Ezam yang baru-baru ini menyertai UMNO, di percayai akan menjadi pengerusi sekteriat tersebut. Sementara itu, saya turut difahamkan, Ezam Mohd Nor akan memilih kaedah Islam untuk menjelaskan segala fitnah yang dilemparkan kepada beliau sejak-sejak akhir-akhir ini.
Sumber memberitahu, Ezam melihat gejala fitnah semakin berleluasa di kalangan ummat Islam di Malaysia dan jalan terbaik untuk melawannya ialah dengan kaedah Islam.
"Ezam akan pulang dari Jakarta hujung minggu ini dan difahamkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan beberapa ulama untuk meminta nasihat dan panduan dari mereka," kata sumber tersebut.
Yang pasti, kata sumber tersebut, Ezam akan mempertahankan diri dan maruahnya daripada fitnah jahat yang banyak disebarkan akhir-akhir ini.
syabas ezam..