29 August 2008

Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Mengenai Sumpah Saiful

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Ekoran daripada sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008 lalu, Pejabat ini menerima banyak pertanyaan daripada orang awam dan juga pihak media berikutan pandangan pelbagai pihak yang bercanggah antara satu dengan yang lain, lebih-lebih lagi apabila terdapat pihak yang mengaitkannya dengan agama Kristian. Bagi menghuraikan persoalan ini, Pejabat ini ingin membuat penjelasan berikut :-

2. Al –‘Allamah Abu Bakar ‘Othman Bin Muhammad Syatta al-Dimyati al-Bakri menyatakan dalam kitabnya “Hasyiah I’anah al-Talibin” bahawa sumpah atau“yamin” terbahagi kepada dua : Pertama dalam perbicaraan di Mahkamah, dan Kedua diluar perbicaraan.
Dalam bahagian kedua ini, sumpah sah dilakukan oleh seorang yang mukalaf dengan pilihan sendiri. Perkara yang menjadi objek sumpah pula ialah perkara yang lalu atau yang akan datang, manakala perkara yang digunakan untuk bersumpah ialah nama Allah atau sifat-sifatnya dengan didahului oleh huruf “qasam” atau sumpah, iaitu “waw”, “ba’” dan “ta’”.
Sumpah seperti ini harus dilakukan jika difikirkan perlu, seperti untuk menguatkan percakapan atau kenyataan.

3. Berasaskan keterangan di atas, sumpah Mohd Saiful adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau “alyamin qhairul qadhaiyah”. Dan ianya juga bukan sumpah “mubahalah” seperti yang terdapat dalam ayat 61 surah “Aal Imran” kerana “mubahalah” memerlukan persetujuan pihak kedua.
Oleh yang demikian upacara “mubahalah” antara Rasulullah S.A.W. dengan rombongan Nasrani dari Najran tidak berlaku kerana mereka enggan melakukannya dan meminta pilihan lain.

4. Pemberatan sumpah atau “taghliz al-yamin” boleh dilakukan sama ada daripada segi tempat atau masa. Kitab yang disebutkan di atas menyatakan cara-cara pemberatan sumpah seperti berikut :-

4.1 Selepas sembahyang asar hari Jumaat

4.2 Dalam masjid di sisi mimbar 4.3 Meriba Mushaf dan meletak tangan keatasnya

4.4 Dibacakan kepadanya ayat 77 daripada Surah Aal Imran

Komplot tipu muslihat Anwar dan menjadikan PAS kuda tungangannya

Anwar Ibrahim dipercayai mula merancang untuk memusnahkan UMNO dan menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1990 menerusi penubuhan Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (Ikatan).

Perkara ini pernah didedahkan oleh seorang bekas menteri yang mengatakan iaitu Ikatan ditubuhkan pada 28 Februari 1990, sebelum dipercayai ditukar nama kepada Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dalam usaha Anwar mencapai matlamatnya itu.

Fungsi "Ikatan" antara lain adalah merancang pembentukan satu 'sangkar kosong' pada 1990 untuk dipenuhi penyokong Anwar pada masa sesuai nanti.

Bila Anwar dipecat, diarahkan "burung-burung perjuangan" itu masuk dalam sangkar ini (Ikatan).
Ini bermakna sejak 1990, sudah mula ada rancangan ataupun komplot untuk menumbangkan Tun Dr. Mahathir dan UMNO. Selama sembilan tahun, parti ini (Ikatan) dipegang dalam diam-diam untuk dijadikan senjata (oleh Anwar). Dan akhirnya lihatlah apa yang berlaku sekarang.

Anwar juga dipercayai merancang dengan begitu teliti dan cermat perancangannya sejak menyertai UMNO pada 1982 dengan harapan untuk diangkat ke tahap tertinggi dalam parti tetapi dalam masa yang sama menunjukkan sikap berbaik-baik dengan Tun Dr. Mahathir.

Anwar turut meletakkan semua rakannya dari Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) serta penyokongnya dalam UMNO ke merata tempat untuk memastikan rancangannya mencapai matlamat.

Di seluruh negara Anwar juga memasang 'mentol-mentol' dari Abim dalam usahanya 'mengAbimkan' UMNO, kalau tidak silap antara sebab-sebab Tengku Razaleigh Hamzah keluar dari UMNO dan menubuhkan parti Semangat 46 adalah disebabkan angkara Anwar.

Tengku Razaleigh berpendapat wujudnya anasir yang cuba memusnahkan parti seperti tukang karut, tukang pecah-belah dan orang yang mahu menjahanamkan UMNO.
Lihatlah dimana Anwar meletakkan Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung Pas , Nasharuddin Mat Isa (Timbalan

Presiden Pas) yang mana golongan ulama Pas menggelar mereka sebagai aliran sekular dalam kepimpinan ulama Pas.
Anasir ini (Anwar) yang tidak pernah rasai menjadi ketua cawangan, ketua bahagian atau kerja keras untuk UMNO tetapi mudah menjadi timbalan menteri dan menteri. Kemudian mahu lebih tinggi daripada itu.

Orang Melayu perlu mengetahui dan memahami perancangan sulit ini supaya mereka tidak mudah menerima kehadiran serta dakyah Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dan sekarang ini pun niatnya masih sama iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Yang menariknya Anwar sebagai Penasihat Umum PKR tetapi masih belum mendaftar sebagai ahli PKR. Mungkin ada muslihat disebaliknya.

Mungkin Anwar bercita-cita untuk menubuhkan satu lagi parti baru selepas beliau berjaya menjadi seorang ahli Parlimen sekiranya satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan dalam masa terdekat dan seterusnya dengan impiannya hendak menarik 30 orang ahli Parlimen dari Barisan Nasional untuk menyertainya.

Adakah Anwar melihat Datuk Seri Najib sebagai batu panghalang untuknya menjadi PM sehingga sanggup melakukan apa saja seperti yang dilakukan pada Tun Dr. Mahathir sepuluh tahun yang lalu.
Apakah yang Anwar telah lakukan pada Allahyarham Tun Ghaffar Baba sehingga Tun Ghaffar berasakan beliau begitu terhina dan menjadi terlalu kerdil di dalam parti yang turut sama-sama didewasakannya sejak berpuluh-puluh tahun dahulu!

Jika dilihat dari apa yang berlaku sekarang tidak mustahil Anwar sanggup melakukannya sekali lagi dalam usahanya untuk menjatuh dan mengaibkan Datuk Seri Najib.
Datin Seri Wan Azizah tentu masih ingat sepuluh tahun yang lalu di mana Pas memperalatkan Keadilan dengan menjadikan kes Anwar sebagai batu loncatan untuk mengabui mata pengundi terhadap perjuangannya.

Sekarang Anwar pula mengguna dan memperalatkan Pas sebagai kuda tunggangnya untuk mencapai hajat dan cita-citanya menjadi PM.
Lihatlah bagaimana Anwar menyusun kedudukan Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha Agung Pas manakala Nasaruddin Mat pula sebagai Timbalan Presiden Pas supaya senang untuk beliau menjalankan rancangannya.

Tindak tanduk Anwar sejak akhir-akhir ini boleh mengancam dan memporak- peranda keamanan negara.
Penulis berharap semua pemimpin dan ahli PKR tidak menjadikan masalah dihadapi Anwar sebagai penghalang kepada perpaduan bangsa Melayu.

Penulis menyeru Dr Wan Azizah agar mengambil langkah positif untuk kepentingan bangsa. Ingatlah yang PKR bukan lagi parti Melayu, kembalilah kepada perjuangan asal menerusi UMNO.

Kalau betul Anwar melakukan liwat, biarlah mahkamah yang menentukannya.

Salam

Salam, telah lama juga saya tak update blog ini, maaf la kebelakangan ini saya agak sibuk sikit menguruskan berberapa perkara, tapi dalam kesibukan tugasan, masih sempat juga saya mendapatkan berita-berita panas untuk di kongsi dengan pembaca semua.

Dalam tempoh 2 minggu lepas ada banyak peristiwa besar yang berlaku, seperti Saiful bersumpah, Anwar menang pilihanraya, Raja Petra di gelarkan sebagai pariah dan lain-lain, itu semua akan menjadi bahan bacaan untuk anda semua nanti bila saya akan ulas satu persatu nanti, Insyaallah...

14 August 2008

Ulama Gua... Nik Aziz, salahkan Nabi Muhammad SAW kerana melantik Kroni.


Nampaknya sekali lagi Ulama Gua, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menggunakan alasan agama untuk menghalalkan tindakan songsangnya seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini.

Ramai tentu masih ingat bagaimana Nik Aziz menghalalkan carutan Shahnon Ahmad dengan menfatwakan Allah juga mencarut maka manusia seperti Nik Aziz dan Shanon Ahmad juga layak mencarut!!

Seolah-olah Nik Aziz ingin samakan sifatnya seperti sifat Allah swt demikian menurut laman web isuhot.com.

Nik aziz juga menghalalkan Syaitan dijadikan rakan kerana Nik Aziz mendakwa Nabi Sulaiman pun berkawan dengan Jin dan syaitan.

Untuk mengukuhkan hujahnya maka dibentangkan ayat-ayat tentang Nabi Sulaiman di dalam Al Quran yang kononnya juga berkawan dengan syaitan.

Oleh kerana Nik Aziz mendakwa Nabi Sulaiman berkawan dengan jin dan syaitan maka Nik Aziz telah menggangap dirinya pun layak untuk berkawan dengan syaitan, seolah-olah Nik Aziz ingin gambarkan bahawa dirinya setaraf dengan Nabi Allah!!

Dan muktakhir ini Nik Aziz mendakwa amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.

Nik Aziz mendakwa amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa' Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.

"Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit"

Nampaknya selepas menyalahkan Allah dan Nabi Sulaiman dengan amalan songsangnya, hari ini dia lebih berani untuk menyalahkan Nabi Muhammad pula!!

Maka jelaslah, bila hujung dunia manusia yang mengaku ulama akan mempersendakan kalimah Allah dan nama-nama junjungan kita hanya untuk kepentingan peribadi, mereka menjual ugama dengan harga cukup murah.

Dan ulama politik seperti Nik Aziz sikit pun tidak merasa bersalah bila mempermainkan kalimah Allah dan nama junjungan kita hanya kerana sedikit kepentingan dunia!!!

Jika benar amalan ini dibenarkan didalam Islam, mengapa selama ini Pas dan ulama-ulamanya begitu lantang menentang amalan kroni ini??/

Apakah selepas Nik Aziz mengeluarkan 'fatwa' yang baru ini maka Pas juga akan menggangap kroni ini sebagai sunnah?

Di dalam Pas, hukum akan bertukar ganti mengikut keperluan Pas sendiri. Dan itulah Islam sebenarnya yang Pas laung-laungkan selama ini!!

Inilah nada terbaru Pas gara-gara untuk menghalalkan pelantikan menantu Nik Aziz, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Anwar masih hidup selepas 10 tahun di racun Arsenik dan di suntik Virus HIV

Anda tentu tidak dapat melupakan bagaimana dakwaan demi dakwaan semata mata ingin memburukkan kerajaan dibuat ..

Bahkan isteri PakSheih , Wan Azizah juga ‘menari’ rentak yang sama dengan mengatakan kerajaan zalim dan jahat dengan membuat tindakan tidakberperikemanusiaan tersebut kepada
Bang Nuar…

Tetapi selepas disiasat dan disahkan doktor pakar, jawapan diterima ialah, Anwar tidak ada jangkitan apa apa. Ketika itu tahun 1998 dan kita berada di tahun 2008.. Sudah 10 tahun. Apa yang anda dapat lihat sekarang ?

Anwar semakin galak dan sihat.. Mana pergi HIV nya ?? entahlah. Mungkin dah mengalir keluar dari badannya melalui saluran-saluran utamanya!Ia pergi dengan semua tidak menyedari bahawa HIV dakwaan beliau adalah penipuan Maha Besar kepada kerajaan….

Akibatnya nama negara terjejas dan kredibiliti kerajaan telah rosak sangat teruk.Jika benar HIV disuntik tentu Anwar sudah di dalam tanah dikafankan dan dipanggil Allahyarham ! Begitu juga berlori lori fail sulit dan rahsia juga tinggal gertakan yang tiada tindakan serius ke arahnya.

Mungkin ia senjata sulit yang ‘malu’ untuk didedahkan kerana takut ‘kemaluan’ lain akan terdedah sama.

12 August 2008

UNTUK RENUNGAN PENYOKONG DAN PENDOKONG PAKATAN RAKYAT

SEKIRANYA ANDA SEORANG PENYOKONG PAKATAN RAKYAT YANG AKAN PERGI KE PERMATANG PAUH UNTUK MEMBANTU JENTERA PILIHANRAYA PKR, SAYA AMAT BERHARAP ANDA SEMUA FIKIR LA SEMASAK-MASAKNYA, ADAKAH MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM ITU YANG ANDA NAK SOKONG...?

SAKSIKAN LAH KLIP VIDEO INI.

http://www.youtube.com/watch?v=3EaY8ZnQBdg
http://www.youtube.com/watch?v=jiOsjooyH_w&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=V56XaaxyVO0&NR=1

11 August 2008




Woff....woff....


Pemuda Ingatkan Majlis Peguam Jangan Cabar Kesabaran Orang Melayu


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mahu Majlis Peguam tidak mencabar kesabaran orang Melayu dan umat Islam di negara ini dengan cuba meniupkan isu perkauman dan agama sehingga boleh menjerumuskan rakyat kepada situasi yang tegang serta bermusuhan.

Sambil mengingatkan Majlis Peguam agar tidak melanggar hak dan batasan kebebasan bersuara sehingga boleh mencetuskan kemarahan sesuatu kaum Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kesabaran Umat Islam dan Orang Melayu ada batasannya dan jangan sekali-kali menduganya.

"Tidak ada yang kurang dalam hubungan kita sesama rakyat Malaysia berbilang kaum selama ini. Sikap toleransi dan keharmonian yang selama ini kita kecapi perlu terus dipertahankan agar generasi akan datang turut berpeluang menikmatinya.

"Tindakan Majlis Peguam ini dilihat hanya akan menimbulkan pelbagai masalah baru jika hasrat mereka diteruskan", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Tegas beliau lagi rakyat pelbagai kaum di negara ini sudah matang dan diseru untuk sama-sama menolaknya demi kebaikan bersama.

"Sudah tiba masanya kita semua berganding bahu, bersatu padu menjaga hak dan sensitiviti semua kaum berbilang agama selain membina dan bukan berpakat meruntuh segala-gala yang telah kita bina selama ini", ujarnya.

Justeru tambah beliau Pemuda menyeru semua pihak menolak mereka yang cuba menggagalkan misi dan visi kerajaan bagi menjadikan Malaysia Negara Maju menjelang 2020 yang kekal dalam suasana aman, bebas, hormat menghormati, penuh dengan toleransi dan dalam acuan kita sendiri.

Katanya lagi Majlis peguam hendaklah berlaku adil dan bukan hanya memilih isu atau perkara yang boleh menjejaskan struktur masyarakat.

"Forum ini dilihat sengaja diadakan untuk mensensasikan isu lama yang telahpun diterima ramai dan merupakan satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.

"Sebagai badan yang dianggotai oleh pengamal undang-undang, mereka sepatutnya faham bahawa tugas mereka adalah untuk memastikan perjalanan sesebuah masyarakat menjadi lebih teratur", katanya.

Tegas beliau memilih tajuk yang sensitif seperti ini tidak menguntungkan sesiapa malah mencabar hak atas alasan perundangan dan hak kebebasan bersuara tanpa had semata-mata tidak boleh diterima sama sekali.

08 August 2008

LIWAT: Anwar Tidak Percaya ALLAH Boleh Berlaku Adil

Mengapa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan Polis bahawa Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Ghani Patail memalsukan bukti dalam kes mata lebamnya 10 tahun yang lalu?

Bukankah aneh sekali untuk Anwar membuat laporan sebaik sahaja Saiful mengadu beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim?
Tujuan Anwar adalah untuk memberitahu masyarakat bahawa jika Polis dan Pendakwaraya menyatakan ada bukti prima facie untuk mendakwa Anwar atas tuduhan liwat maka ia merupakan bukti-bukti yang direka atau dipalsukan.

Anwar juga sedar bahawa Musa Hasan dan Ghani Patail telah mengalahkan beliau dalam kes pertama dahulu. maka beliau perlu menyingkirkan kedua-dua ini.
Jika mereka berdua terbabit tentulah kes ini akan dikendali dengan teliti dan cermat hasil pengalaman kedua mereka berhadapan Anwar sebelum ini.
Bukankah ini kelihatan Anwar seolah-olah sudah menyediakan jalan keluar untuk dirinya terus maksum di mata penyokongnya?

Tidak cukup itu beliau juga menggunakan ulama-ulama yang tidak ketahuan hujung pangkal makna liwat supaya menyarankan beliau membuat aduan qazaf.
Inilah kali pertama dalam sejarah perundangan Islam, orang yang mengadu beliau diliwat perlu membawa empat saksi yang melihat perilaku itu.

Ulama-ulama ini walaupun belajar ilmu agama dengan begitu mendalam mereka tidak lebih daripada kaset atau CD sahaja. Otak mereka tidak berjalan tetapi hanya menghafal apa yang ada dalam kitab dahulu.

Mungkin sebahagian otak mereka ini sudah terkena virus maka ia tidak lagi mampu berfungsi dengan sempurna biarpun banyak data sebelum ini.
Ulama-ulama celaru ini membiarkan mereka dipermainkan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya.

KITA MAHU BERTANYA ULAMA INI, APAKAH NANTI SEMUA MANGSA ROGOL TERPAKSA MEMBAWA EMPAT SAKSI UNTUK MEMBUAT LAPORAN MEREKA DIROGOL. JIKA TIDAK MEREKA AKAN DIKENAKAN TUDUHAN QAZAF?

Hari ini kita terbaca pula kenyataan Nurul Izzah bahawa Bapanya dinasihatkan oleh ulama-ulama celaru ini agar jangan melakukan mubahalah kerana ia merupakan perkara besar dalam Islam.
Memanglah mubahalah atau bersumpah ini perkara besar dalam Islam. Apakah membuat aduan Qazaf juga bukan satu perkara besar dalam Islam?

Kita lihat Anwar bukan sahaja tidak percaya kepada Polis dan Pendakwaraya, beliau juga tidak percaya kepada Allah.
Beliau tidak percaya Allah boleh melakukan keadilan jika melakukan mubahalah atau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak melakukan sebarang kegiatan meliwat terhadap Saiful.

Beliau juga tidak berani bermubahalah kerana tidak yakin Allah akan menyebelahinya. Jika benar beliau tidak membuat perkara terkutuk tersebut mengapa takut pengadilan Allah?
Malangnya ulama-ulama celaru dan penyokong Pas lebih percaya putar belit Anwar berbanding sumpah Datuk Seri Najib dengan nama Allah secara terbuka bahawa beliau tidak mengenali Altantuya.

Inilah dikatakan pada akhir zaman setan-setan pun diangkat menjadi ulama.

Signifikasi PAS dalam Pakatan Rakyat

PAS telah menimbulkan persoalan sejauhmana signifikasi perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, PAS hanya dominan di Kelantan & Kedah sahaja. Pulau Pinang didominasi DAP, Selangor oleh PKR dan DAP, begitu juga di Perak, walaupun

Menteri Besarnya daripada PAS, tetapi majoritinya DAP.Lebih lebih lagi di Selangor, polisi-polisi di negeri itu lebih digarap mengikut acuan pemikiran PKR dan DAP. Polisi-polisi yang berkaitan dengan Islam adalah tidak jelas walaupun Dato` DR Hasan Ali adalah merupakan Exco Negeri bagi Hal Ehwal Islam. PAS di Selangor seolah-olah tidak lebih dari sekadar menurut apa yang dicanangkan oleh "rakan" Pakatan Rakyat mereka.Ustaz Hadi Awang juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa “tiada ketua dalam Gagasan Pakatan Rakyat” dikeluaran Harakah 10 Julai 2008.

Ini dilihat sebagai luahan isi hati pihak tertinggi PAS kerana telah diterbitkan oleh suara rasmi parti PAS itu sendiri.Jika dihalusi hasil tulisan Zulkiflee Bakar di dalam Mingguan Malaysia pada 13 Julai 2008, memang ternyata banyak kebenaran yang PAS patut terima.“Sama ada hendak diakui atau tidak, PAS adalah sebuah parti yang besar dan selama ini berdiri dengan kekuatan serta kemampuan sendiri. Sejarah telah membuktikan bagaimana PAS telah berjaya menawan Kelantan dengan cemerlang dan suatu ketika menawan terengganu.

PAS berjaya menguasai Kedah dengan mendapat 16 kerusi. Oleh itu, walaupun PAS tidak berada dalam Pakatan Rakyat, PAS akan mampu berdiri dengan sendiri dan sekaligus tidak akan mengelirukan rakyat dengan matlamat perjuangannya. Kalaulah benar PAS hendak memperjuangkan Islam, mereka tidak boleh selama-lamanya berada dalam Pakatan Rakyat. DAP sudah pasti tidak akan membenarkannya manakala PKR pula tentu akan menentang. Dalam membuat apa juga keputusan politiknya, PAS seharusnya meletakkan kepentingan Islam dan orang Melayu sebagai keutamaannya”.Sedar atau pun tidak, pada masa yang sama DSAI masih terus dibelenggu dengan isu-isu yang lebih bersifat peribadi atau self centered. Penyokong-penyokong fanatik beliau terus mempertahankan segala tindakan beliau walaupun pada dilihat tidak lebih kepada kepentingan sebelah pihak sahaja.

Yang terkini, DSAI enggan bertemu dengan pihak polis untuk diambil keterangannya berkaitan dengan pertuduhan liwat yang difail oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tindakan beliau ini boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan keatasnya. Apakah yang cuba beliau buktikan dengan keengganan beliau ini? Adakah beliau takut untuk disoalsiasat? Bukankah sebelum ini beliau dengan angkuhnya mengatakan beliau mempunya alibi dan bukti yang kukuh untuk mempertahankan dirinya dari pertuduhan itu? Adakah beliau sengaja ingin ditangkap semata-mata untuk meraih simpati rakyat marhaen?DAP juga tidak kurang hebatnya di Pulau Pinang. Ucapan pertama Lim Guan Eng setelah berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang bahawa beliau akan mencontohi semangat dan falsafah tindakan Umar Abdul Aziz, mungkin akan menarik minat PAS dalam memperkuatkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Tetapi apa yang telah beliau lakukan selaras dengan polisi Khalifah yang ternama dalam sejarah Islam itu? Atau itu hanya sekadar gimik untuk menarik minat orang Islam terutapa Parti PAS itu sendiri?Cuba kita lihat isu Lim Guan Eng ini dengan kisah Lee Kuan Yew suatu masa dahulu. Lee Kuan Yew bukan sekadar bercakap melayu, tetapi menguasainya dan menguasai tulisan jawi. Dia banyak menyuarakan isu melayu. Kerana itu, dia dilantik sebagai peguam Utusan Melayu dan hampir setiap petang di Pejabat Utusan Melayu di Singapura. Ramai orang melayu singapura masa itu merasakan Lee Kuan Yew seolah-olah nasionalis melayu, mengalahkan orang melayu sendiri. Apabila Lee Kuan Yew sesudah berkuasa dan Singapura menjadi sebahagian dari Malaysia mengambil Yusuf Ishaak sebagai Yang DiPertua Negara Singapura yang pertama. Selepas berpisah dari Malaysia, Yusuf Ishak menjadi Presiden Singapura yang Pertama. Tetapi Selepas Lee Kuan Yew berkuasa, beliau lama kelamaan tidak lagi kelihatan seperti Lee Kuan Yew yang dirasakan oleh orang Melayu sebelumya.Apakah ini yang PAS mahukan?

06 August 2008

Antara tuntutan melampau IFC dan Gereja Katolik


Sepertimana yang kita tahu antara tuntutan IFC (Interfaith Commission) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah (Naib Presiden PKR), Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), Ronnie Liu (Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat & Exco Kerajaan Negeri Selangor ), Elizabert Wong Keat Peng (Ketua Penerangan Wanita PKR & Exco Kerajaan Negeri Selangor) dan juga NGO-NGO yang lain. Antara lain tuntutan-tuntutan IFC adalah:
  1. Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

  2. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendakebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
  3. Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.

  4. Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang Muslim.

  5. Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang.

  6. Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak.

  7. Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarganya yang telah mati dalam Islam.

  8. Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk orang Islam.

  9. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkaaan-perkataan suci Islam.

  10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka.

Gerakan anti-Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November 2007 tahun lalu ( perhimpunan BERSIH ) jelas didalangi oleh IFC ( INTERFAITH COMMISSION ) .

  1. IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh agama lain.

  2. Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan segala aduan dan keputusannya adalah muktamad.

  3. Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism melalui memorandum kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.

  4. Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights” dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember 2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebasan Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.

  5. 17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan NGO Islam serta beberapa pemimpin Islam menarik diri.

  6. Januari 2005 deraf undang-undang penubuhan dikemukakan dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

Matlamat :

  1. Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam.
Implikasinya :

1 Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah tunduk kepada norma- norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia.

2 Orang Islam bebas melakukan apa sahaja hatta murtad.

3 IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang Islam.

Yang menariknya pada perhimpunan 10 November 2007, gerakan yang bertopengkan parti politik ini berjaya mengheret bersama Presiden Pas Ustaz Abdul Hadi Awang termasuklah Anwar Ibrahim. Yang menjadi persoalan sekarang adakah Pas dan PKR terlibat sama dalam gerakan ini. Adakah Ustaz Abdul Hadi, Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin sanggup menjadi pengkhianat kepada umat Islam Malaysia. Banyak persoalan yang timbul semasa perhimpunan itu diadakan yang perlu difikirkan oleh ahli-ahli Pas dan PKR. Antaranya adalah:

  1. Kerjasama pembangkang PAS, PKR, dan DAP bersama Bar Counsil perlu dipersoalkan. Apakah niat kumpulan bar counsil (majlis peguam) terlibat sehingga sanggup menyediakan pasukan peguam dibawah pimpinan Sivarasa Rasiah yang melindungi pesalah demonstrasi haram yg ditangkap.

  2. Gabungan parti pembangkang dengan kumpulan anti Islam seperti IFC ( Interfait Commision ) perlu dipersoalkan. IFC telah berjaya memperdayakan PAS dan PKR.

  3. Pembangkang /penganjur sanggup menjemput Al Jazeera membuat liputan dan menyampaikan fakta dalam perhimpunan itu.
    Kenapa Nik Aziz Mursyidul Am tidak turun berdemonstasi bersama BERSIH? Adakah Nik Aziz telah tahu perhimpunan itu gagal?
    Husam Musa hanya duduk dalam masjid negara. Kenapa tidak berfungsi dengan baik?

  4. Orang Islam sambut pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng di masjid negara.

  5. Sejak bila kedua-duanya menjadi Ustaz Pas.

Mengapakah pemimpin-pemimpin Pas dan ahli-ahlinya berdiam diri mengenai isu tuntutan IFC ini. Dimanakah fatwa-fatwa pemimpin Pas apabila mereka mengetahui yang IFC telah mencabar kewibawaan Agama Islam itu sendiri. Adakah mereka sendiri bersubahat? Bila berdepan dengan UMNO mereka sanggup mereka-reka pelbagai fatwa dengan matlamat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu Islam. Adakah orang-orang Melayu Islam didalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud didalam PKR. Adakah semua umat Islam diMalaysia sanggup melihat apabila ada bangsa lain mempersenda dan memperkotak-katikkan Agama Islam itu sendiri. Sanggupkah kita berdiam diri untuk melihat masa depan anak cucu kita terumbang-ambing apabila dalang-dalang ini berjaya didalam tuntutan mereka. Yang sedihnya adalah apabila ada antara umat Islam itu menjadi duri didalam daging.

Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam mengambil kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Yang terbaru apabila pihak Gereja Katolik berjaya didalam tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly. Hakim Lau Bee Lan juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan untuk peristiharan penggunaan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada agama Islam.

Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu menggunakan nama yang sama dengan Agama Islam. Tak ke janggal nama nya. Tidak ke pihak gereja katolik tahu yang Agama Islam adalah ugama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa umat Islam Malaysia berdiam diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama “ Allah “, Tuhan yang maha esa. Dimanakah anda pejuang-pejuang Islam tidak kira dari parti politik mana pun. Tidak kira apapun tuntutan mereka samada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu utuh ditanah air kita, sama-sama lah kita bersatu menentang apa jua bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini.

Bila Mana Empat Orang Boleh Saksikan Perbuatan Rogol, Liwat

Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyarankan agar empat saksi dikemukakan dalam kes pertuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak lebih sekadar cakap politik yang tidak berpijak di bumi nyata.

Alasan pemimpin kanan Pas itu bahawa dengan kaedah tersebut mampu mengendalikan kes tersebut dengan adil dan telus sebenarnya mengundang pelbagai persoalan.
Kenapa Husam menuntut empat orang saksi dalam kes ini tetapi tidak menuntut syarat yang serupa kepada banyak lagi kes rogol dan liwat yang berlaku sebelum ini.

Apakah perbicaraan serta hukuman yang telah dijatuhkan oleh pihak perundangan sebelum ini tidak adil dan tidak telus?
Menyebut soal empat saksi seperti yang diperkatakan oleh Husam, perkara itu bukanlah satu perkara yang amat mudah kerana ianya perlu mempunyai syarat-syarat tertentu seperti tidak munafik dan sebagainya. Adakah hari ini kita mampu mencari saksi-saksi berkenaan dengan mudah.

Seperkara lagi, perbuatan maksiat seperti liwat dan rogol bukanlah dilakukan ditempat terbuka dan ini sudah pasti menyukarkan pihak perundangan untuk mencari saksi untuk tampil ke depan.
Kalau ada pun saksi pada ketika itu apakah saksi-saksi tersebut berperanan sebagai pengintip sahaja tanpa sebarang tindakan.

Dalam Islam, prinsip yang diutamakan adalah keadilan. Jika empat saksi berpakat untuk mengenakan seseorang, adakah ianya dianggap adil dan telus sepertimana ungkapan Naib Presiden Pas tersebut. Bukankah ini satu penganiayaan kepada mangsa?
Dan seandainya Husam berpendapat hanya melalui pendekatan Islam, kes seumpama mampu dikendali dengan telus dan melihat sejauh mana kredibiliti saksi, kenapakah Pas sehingga hari ini tidak melaksanakannya.

Kesimpulannya, kaedah yang digunapakai oleh perundangan negara hari ini sebenarnya bertepatan dengan prinsip keadilan yang ditekankan di dalam Islam.
Pendakwaan yang lengkap dan disusuli dengan bukti yang mencukupi serta ruang untuk membela diri yang diberikan oleh mahkamah merupakan satu elemen yang amat munasabah untuk pihak perundangan menjatuhkan hukuman.

05 August 2008

Pendekar Kaki Kapur


'Do or Die' Di Parlimen Permatang Pauh

Akhirnya, Anwar Ibrahim akan bertanding di kawasan parlimen milik isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebelum ini, Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di parlimen Kulim-Bandar Baharu. Sebelum itu pula, ialah Parlimen Bandar Tun Abdul Razak walaupun kerusi tersebut tidak mungkin akan dikosongkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Menteri Besar Selangor sekarang.

Yang menarik perhatian penulis ialah keputusan yang dibuat itu amat berlawanan dengan prinsip Anwar Ibrahim yang pernah mengatakan bahawa PKR tidak akan melepaskan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh parti itu untuk beliau bertanding.
Beliau akan bertanding untuk menambah satu lagi kerusi untuk parti PKR.

Akan tetapi, berdasarkan kepada perkembangan semasa dan protokol pilihanraya, Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan menghadapi masaalah untuk layak menjadi calon.
Dan keputusan 'mengejut' melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh dilihat bersangkut paut dengan time frame yang dikejar oleh Anwar Ibrahim.
Buat masa ini, siasatan mengenai kes liwat beliau, baru sahaja selesai (sama waktu dengan keputusan Wan Azizah melepaskan kerusi beliau). Dan jika terdapat bukti-bukti yang lengkap,

Anwar Ibrahim akan didakwa di mahkamah dan jika beliau didapati bersalah, Anwar Ibrahim dengan automatik tidak layak untuk bertanding.
Ini adalah kerana, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan bahawa seseorang calon hilang kelayakan jika dia :
Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan.

SPR juga mengatakan bahawa :-
Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Maka untuk memastikan Anwar Ibrahim tidak terlucut secara automatik, beliau mesti bertanding di dalam masa 60 hari ini (selepas Wan Azizah melepaskan kerusi) dan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, jika beliau bersalah.
Inilah time frame yang penulis maksudkan. Dan perkara yang akan terjadi selepas ini adalah lebih menarik dan mendebarkan iaitu yang mana dulu?

1.Pilihanraya kecil (di dalam tempoh 60 hari ini) ? atau pun
2. Keputusan akhir mahkamah mengenai kes liwat Anwar Ibrahim (yang baru sahaja selesai siasatan) ?

Jika pilihanraya dulu dan berdasarkan kepada rekod PKR di Permatang Pauh, Anwar Ibrahim mungkin akan menang dan menjadi Ahli Parlimen semasa prosiding mahkamah masih dipertengahan jalan.
Bagaimanapun, jika prosiding mahkamah boleh diselesaikan sebelum 60 hari (mulai hari ini) dan jika Anwar Ibrahim bersalah, beliau akan terlucut pencalonan secara automatik.

Walaubagaimana pun, jika kita amati kebanyakan kes-kes di dalam mahkamah hari ini (terutamanya kes-kes yang melibatkan orang 'penting'), kes liwat Anwar Ibrahim akan mengambil masa yang agak lama.
Tempoh itu belum lagi dicampur dengan tempoh jika kes tersebut di bawa ke Mahkamah Rayuan jika Anwar di dapati bersalah.
Kesimpulannya, pilihanraya kecil di parlimen Permatang Pauh akan tetap dijalankan.
Beberapa lagi perkara yang dinanti-nantikan ialah,

1. Siapakah calon BN ?
2. Apakah proses pilihanraya itu berjalan dengan lancar?
3. Apakah kita akan menyaksikan tempoh dan kaedah berkempen yang paling kotor atau pun

sengit di dalam sejarah negara Malaysia?

Sama ada Anwar Ibrahim atau pun BN, pilihanraya kecil ini merupakan gelanggang 'kalah mati' @ 'do or die'.

Tidak ada kompromi di dalam keputusan pilihanraya itu.
Bagi pendapat penulis, tidak kira pihak mana yang menang, keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh pasti menukar lanskap dan kerangka politik keseluruhan negara Malaysia!

GOLONGAN PERPECAHAN ISLAM BHG 5


KEJAYAAN PERLAKSANAAN EKONOMI

Ekonomi memainkan satu peranan kegemilangan yang cukup penting didalam memartabatkan islam.dengan kekuatan ekonomi yang kuat maka segala hasil boleh diperolehi untuk membangunkan sesebuah Negara.

Rasulullah saw sebelum diangkat menjadi rasul telah menjalankan kegiatan ekonomi bersama isteri baginda siti khadijah ra.baginda menjalankan perniagaan dari mekah ke syam dan disamping menjalankan tugas tersebut ia secara bilateral menjadikan baginda cukup faham akan keadaan masyarakat.

Pada awal pemerintahan islam system ekonomi selain perniagaan, kerajaan islam telah mendapatkan hasil melalui kaedah percukaian yang boleh dibahagikan kepada jizyah dan ghanimah.malah zakat juga dijadikan punca pendapatan Negara islam untuk memajukan masyarakat.

Ini bersesuain dengan ayat al-quran yang bermaksud;
‘dan dirikanlah solat,tunaikanlah zakat dan taatlah kepada rasul supaya kamu diberi rahmat’.

‘ambillah zakat dari sebahagian hartabenda mereka dengan zakat itu membersihkan dan mensucikan mereka’.
Surah at-taubah ayat 103.

Hasil daripada beberapa peristiwa di atas kerajaan umno telah mengambil pendekatan dan diimplementasikan di dalam system pentadbiran Negara.penyediaaan jabatan hasil dalam negeri,institusi zakat negeri dan beberapa lagi jabatan yang berkaitan menunjukkan sikap meneruskan dasar pemerintahan rasulullah saw dan generasi islam berikut telah diamalkan dan malah diperbaiki dan dipermantapkan oleh kerajaan umno.

Malah kerajaan umno melalui system pengurusan ekonomi yng cukup cemerlang telah berjaya merubah Negara ini daripada menjadi sebuah Negara yang dulunya berlandaskan pertanian,bijih,getah dan sawit kepada sebuah Negara industri yang hebat di asia.

Program-program ekonomi yang diselaraskan memberi hasil yang cukup baik kepada system masyarakat yang tidak mengira kaum di Malaysia.

peristiwa berdarah 13mei menjadi titik tolak kearah pemantapan ekonomi melayu di dalam pengenalan dasar ekonomi baru.dari situ orang-orang melayu dilatih dan diberi
bantuan menjadi ahli perniagaan sehinggalah memegang dan mengurus beberapa syarikat konglomerat besar Negara.

Malah perlaksanaan beberapa dasar penting Negara antaranya pandang ke timur dan wawasan 2020 menjadi platform kebangkitan semua lapisan masyarakat memajukan taraf ekonomi Negara.dasar-dasar besar ini telah dikhususkan ke pelbagai jurusan ekonomi didalam pelbagai peringkat supaya kekayaan Negara dapat dikecapai oleh rakyat.

Namun sebagai sebagai kerajaan yang memegang amanah Allah swt dan RasulNya kerajaan umno tidak menganaktirikan bangsa-bangsa lain bagi mengecapi kemajuan Negara islam umno.mereka diberi peluang yang sama rata untuk membangunkan Negara.

Ini berdasarkan kepada hadith rasulullah saw yang bermaksud;
‘sesungguhnya manusia itu berasal dari adam dan adam berasal dari tanah.tidak ada kelebihan bangsa arab dengan bangsa lain didunia kecuali yang bertakwa kepada Allah swt’.

Dengan kemantapan ekonomi kemakmuran dan keamanan rakyat terbela.sekiranya terdapat jurang maka pelbagai program bantuan untuk rakyat seperti program pprt,menjaga kebajikan ibu tunggal,institusi warga emas,anak-anak yatim dll terjamin dibawah pemerintahan kerajaan umno.sekiranya kita renung kisah pemerintahan saidina umar al-khattab sewaktu memikul beras ditengah malam dan memberi makan kepada keluarga yang kelaparan maka tidak boleh dielakkan persamaan bahawa kerajaan umno telah mengimplemintasikan sunah sahabat dengan menjaga kebajikan seluruh rakyat.

Malah hasil kemakmuran ekonomi juga dikecapi sepenuhnya oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama,bangsa dan ideology politik dan pemimpin dan ahli-ahli pas sendiri merasai kemakmuran ekonomi pemerintahan umno.

Berdasarkan kenyataan diatas maka salah satu syarat didalam piagam madinah dapat dipenuhi dan ini membuktikan bahawa kerajaan umno sebenarnya merupakan sebuah kerajaan islam yang hebat.( sila rujuk ayat al-quran dan piagam madinah fasal 37,46)