CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA


PROFIL AHMAD SUHAIRI BIN HJ. AHMAD HARIRI
CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA

Pengenalan.

Ahmad Suhairi Bin Hj. Ahmad Hariri berumur 34 tahun, dilahirkan di Bandar di Raja Klang Selangor pada tanggal 8 April 1975. mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Rendah La Salle Klang dan melanjutkan pelajar ke peringkat menengah di sekolah yang sama. Selapas tamat tingkatan lima, beliau melanjutkan pelajaran di UITM & KOLEJ NEGERI pada tahun 1993-1996 dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat (IT). Selepas tamat pengajian di UITM, beliau mula memasuki alam perkerjaan, dalam tahun 1996 beliau menjawat jawatan sebagai pegawai kewangan di Bank of Commerce (M) Bhd. Pada tahun 2000 beliau bertugas di CSA Malaysia Sdn Bhd sebagai Pegawai Pengiring dan pada tahun 2004 beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan di syarikat Inai Kenaga Sdn Bhd.

Latar belakang politik.

Menyertai UMNO pada tahun 1996 sebagai ahli biasa, banyak membantu gerak kerja politik
Ahli Parlimen dan Adun di parlimen Shah Alam, di pilih sebagai Sekretariat Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Ahli Jawatankuasa Biro Ekonomi Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Pembantu Khas Kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Gurkha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Urusetia dan Sekretariat Konvoi Kempen Penambahan Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Urusetia Konvoi Aman Malaysia. Sepanjang penglibatan beliau dalam Pergerakan Pemuda UMNO, beliau terlibat secara lansung dalam kesemua pilihanraya kecil dan pilihanraya umum di seluruh Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak.
Beliau ‘GURKHA PEMUDA UMNO MALAYSIA’.

Pernah menyertai krusus CERTIFICATE OF ADVANCE DRIVING di SAMP Shah Alam, VIP PROTECTION COURSE anjuran Pusat Latihan Polis (PULAPOL) pada tahun 2001, Customer Service Plus dan Krusus Biro Tatanegara.

Visi beliau untuk memperkuatkan, memperkukuhkan generasi muda dan menjadi benteng hadapan Negara untuk mempertahankan, Agama, Bangsa dan Tanah Air selaras dengan moto perjuangan beliau:

GENERASI PEMUDA PERIHATIN
SELAMATKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA…

Comments

fahmy89 said…
di harap saudara akan mendapat kejayaan dalam pemilihan exco pemuda dan sekiranya berjaya mestilah bekerja sepenuh tenaga demi memastikan umno mendapat tempat dihati org melayu.keadaan semasa memerlukan setiap org melayu bersatu padu utk negara sendiri bukan perlu takut kepada bangsa lain seperti ditindas di rumah sendiri dan jangan takut memperjuangkan segala idea kepada parti jangan mengharapkan imbuhan atau kepentingan demi dia sendiri.sekian selamat maju jaya.fahmy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID