NAJIB... gadai hak melayu untuk dapat undi cina. (perbincangan ini makin panas di harap pelayar blog ini dpt beri komen tentang isu ini)


Dek kerana gila sangat nak dapatkan balik undi cina, maka najib pun kini sudah jadi cina... mula-mula dia hapuskan Kementerian Usahawan dan Koperasi, yang selama berberapa tahun membantu peniaga kecil melayu untuk menjadi bisnes man. lepas tu najib buat hal lagi dengan menghapuskan kuota 30 ekuiti tempatan (bumiputra) dalam 27 subsektor perkhidmatan. apa yang najib nak buat pada orang melayu ni, dalam masa tak sampai sebulan pemerintahan najib, aku tak nampak ape-ape pun tindakan najib yang dia buat untuk memperkasakan ekonomi orang melayu.

sebenarnya penghapusan kuota 30 peratus ekuiti tempatan (bumiputra) ini telah lama di perjuangkan oleh proxi DAP dalam BN iaitu MCA, memang MCA kurang senang dengan adanya syarat 30 peratus kuota ini, allhamdullilah MCA berjaya juga akhirnya. patut la aku tengok sekarang ni MCA dah slow sikit tekan najib walau pun permintaan MCA untuk dapat lebih jawatan dalam kabinet tapi najib kurangkan, rupanya najib dah tunaikan permintaan MCA yang sekian lama di idamkan oleh MCA iaitu penghapusan 30 peratus kuota bumiputra.

adakah dengan mengikut telunjuk MCA najib yakin orang cina akan kembali kepada BN? katakan lah sekiranya penghapusan kuota itu masih lagi tidak menarik minat orang cina untuk megundi BN akan banyakkah lagi hak-hak orang melayu akan najib gadaikan?


KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI MARI KITA PERDEBATKAN MENGENAI HAL INI DAN MARILAH KITA BERKONGSI PANDANGAN MENGENAI APAKAH NASIB ORANG MELAYU SEKIRANYA SATU PERSATU PERMINTAAN ORANG CINA NAJIB TURUTI DEMI KEPENTINGAN POLITIK DIA DAN APAKAH UNTUNGNYA KEPADA ORANG MELAYU.

Comments

EQUILIBRIUM said…
ini bukan isu le ngokkk. nanti najib akan buat syarikat 100% ekuiti melayu. kalau setakat syer 30% ujung tahun ambik bonus itu yg anda nak bangga kan?

tak payah le kau nak kecoh2 tindakan najib ni. suruh amno buat syarikat 100% melayu pas tu bagi org amno handle.
sembangbengang said…
Siapa paloi bin mulau nih?. Nak kata orang melayu bukan sebab namanya yang pelik.

Mulau dalam bajasa kadazan bererti penipu!!! Tak caye?
Mudskipper said…
Sdr DE Today.

Satu komen yang bernas. Sdr telah ketengahkan apa yang ingin belacak katakan.

Kalau KPI menteri Najib yang tentukan. KPI Najib biar blogger yang nilaikan. Berilah 100 hari untuk rakyat tentukan 'report card' nya pula.
sarjanhn said…
Saudara,

Kita tidak dapat membaca percaturan politik PM baru ni. Yang Pasti Senario ini jika berterusan amat membimbangkan.
Saya juga tidak pasti mesej sebenar yang mahu disampaikan kpd ahli UMNO dan bangsa melayu khususnya.

Kompromi?

Saya akan tunggu sedikit masa lgi untuk melihat Surprise DSNajib yang beliau janji..

Jika Beliau ingin perjudikan masa depan bangsa demi Populariti , maka sejarah akan mengingati beliau sebagai PM yang paling singkat dlm Pemerintahan Negara.
Fadhlah said…
tunggu dan lihat ajer la..klu dah melayu tu tetap melayu jugak..klu dah cina tu tetap cina jugak..pikir sendiri la yer..
PAPA GOMO said…
SALAM BRO...

PADA AKU HANYA SATU...

NEW GAME

SO SAMA-SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT
Saya rasa Najib ada pendekatan tersendiri dalam hal ini.

Kita kena sabar dan tunggu.

Jangan biarkan perasaan marah tidak bertempat menguasai diri.

Yakinlah dengan strategi DS Najib dan jika benar benar ia merugikan kita pasti kita dan rakyat akan bangkit membantahnya bersama2.

Sabar separuh dari IMAN.



Mesej utk masco jawapan komen anda di blog saya :


Masco - saya tidak berniat menghalang kehendak anda dan rakan rakan yang lain untuk keluar dari BPN.

Mungkin ada team lain yang akan anda sertai dan moga ia juga boleh menjadi team yang berniat mahu membela agama bangsa dan negara.

Kelonggaran syarat ini selepas saya dapati ada sahabat yang mungkin kecil hati kerana dikenakan tindakan pengguguran sementara dan saya minta maaf kerana tindakan tersebut tidak dikecualikan kepada sesiapa termasuk yang dekat atau rapat dengan saya sendiri.

Ini demi memastikan tidak ada pilih kasih dan saya mahu memberitahu proses pantauan tersebut dijalankan sedikit demi sedikit.

Harap kita tidak salahkan satu sama lain.

Salam perjuangan.
1. Kerajaan telah menghapuskan 30% syarat ekuiti bumiputra untuk 27 jenis perkhidmatan sub-sektor dengan serta merta selaras liberalsasi perdagangan Asean untuk merancakkan lagi industri sektor perkhidmatan.Ini adalah salah satu strategi menarik lebih ramai pelabur untuk membuat FDI ke dalam pasaran negara kita.

2.Antara sektor perkhidmatan yang terlibat antaranya kesihatan & perkhidmatan sosial,perkhidmatan pelancongan,perkhidmatan pengankutan,perkhidmatan perniagaan ,perkhidmatan consultant komputer dsb.

3. Sub sektor kebanyakkan nya terdiri daripada perniagaan kecil,setengahnya di kuasai majoritinya oleh bumiputra dan sebahagian lagi bumiputra hanyalah sebagai sleeping partner yang tidak aktif.

4. Apakah yang di maksud kan 30 % ekuiti bumiputra? contoh nya jika syarikat Tesco atau pun Jusco ingin melabur di Malaysia,sebelum ini mereka perlu memenuhi syarat pemilikan bumiputra sebanyakan 30% sebagai syarat sebelum membuat pelaburan.

Ini tidak termasuk syarikat yang terlibat dengan kontrak kontrak atau tender kerajaan( yang harus ada bumi status) atau pun perkhidmatan yang mempunyai sensitiviti politik seperti perkhidmatan penerbangan, utiliti & peruncitan.

(WSJ) Mr. Najib Wednesday told reporters in Malaysia's administrative capital Putrajaya that foreigners investing in parts of the service sector would no longer be required to take ethnic-Malay partners, who currently must own 30% of any joint venture. The newly opened sectors include health, tourism, and business and technology services, but don't include areas in which there is heavy state-involvement or which are politically sensitive, such as air travel, utilities and retail, where companies such as France's Carrefour SA and Britain's Tesco PLC have pushed for more access.

Syarat untuk bumi status masih kekal untuk mana mana syarikat yang ingin menyertai tender kerajaan


(Reuters-March 12)Deputy Prime Minister Najib Razak, who is slated to become premier on March 31, told the Financial Times that Malaysia could embrace some reforms such as liberalising the services sector but was not able to dismantle policies favouring ethnic Malays.

“We cannot have too drastic a move until people are ready for it,” Najib said in an interview published on Thursday



Manakah yang dikatakan hak bumiputra digadai?



"SYARAT"

5. Yang di hapuskan hanyalah syarat 30 % bumiputra, bukannya hak bumiputra, kita harus jelas tentang isu ini, jangan lah membabi buta terus menyerang tanpa usul periksa.rata rata dari ruangan blog & komen kebanyakan hanya melaungkan UMNO & DS Najib mengadaikan hak bumiputra.

6.Adalah tidak adil membuat tuduhan secara melulu seolah olah DS Najib telah membuat satu dosa besar.Barangkali rakyat tertanya tanya akan perihal nya isu ini tanpa penjelasan mengikut bahasa orang kebanyakan,yang ada cuma petikan penjelasan dari akhbar2 yang bahasa nya terlalu ilmiah hingga ada yang tersalah faham.
Anonymous said…
jangan baca yg tersurat..ada yg tersirat...utk melayu
apa cer said…
maksud yg tersirat akan lebih memanfaatkan negara dan melayu khususnya...sabar jgn melatah
UMNO JOHOR said…
Masa Melayu beri kerakyatan pada bukan Melayu dulu pun ada yang tersirat. Sekaran bukan Melayu makin kurang ajar dan ibarat kacang lupakan kulit.

Masa Melayu beri Singapura pada Cina pun alasannya ada yang tersirat. Sekarang Singapura ketawakan Melayu.

Buang dulu tongkat UMNO yang PM gunakan tu. KAMI INI TONGKAT UMNO. Pergi tubuh parti baru Satumalaysia.

Pembelaan untuk bangsa bukan tongkat. Suka2 je kata orang Melayu bertongkat, org Melayu tak boleh bersaing.

Sebab Cina India dapat TONGKAT KERAKYATAN tulah yang buat kami susah bersaing. Bodoh!

AKU CABAR KAU BUANG TONGKAT BUKAN BUMIPUTERA TU DULU. AMBIL SEMULA KERAKYATAN TANAH MELAYU. APA? LAHIR DI MALAYSIA? ANAK AKU PUN LAHIR DI USA TAPI KERAKYATAN MALAYSIA. TIDAK ADA MASALAH PUN.

KAN DAH KAYA. DUIT BANYAK. BOLEH BERSAING. PERGILAH KE NEGARA LAIN MOHON KERAKYATAN. KALAU TAK TAHU AKU AJAR.

Buang tongkat besar kerakyatan yang Melayu beri pada kaum Cina India tu. Baru boleh buang semua keistimewaan orang Melayu. ADA FAHAM?

BodohTakBolehDiajar kau orang ni. Pergi tubuh parti SatuMalaysia. Keluar dari tongkat UMNO.

*orangkuat UMNO Johor*
PARPUKARI said…
BRO, AKU SETUJU, AKU BAGI CHANCE 100 HARI...KALAU TAKDE APA YANG DRASTIK BERLAKU...HE HE HE
Unknown said…
Petikan posting dari blog Kula'S (Ular?)Voice:

"At today’s press conference we launched the posters containing the photo of Pathamanathan the estranged husband of Indria Gandhi. Malaysia Hindu Singham has taken the lead to print an initial 10000 copies of the posters. The posters would be pasted all across the country and it will be done with the help of Pakataan Rakyaat, Hindu Sangam and NGO’s members. We invite any one to come and help us .We can be contacted at 05-2417402 or 052531532."

Nampaknya PAS dgn PKR dah jadi barua pariah hindu ni pulak tolong murtadkan yang dah masuk Islam!
Anonymous said…
kalau ada yg tersirat rasanya dah lama mahadey buat..ngok.
MRCM said…
Hai paloi!!! "yang dah digenggam 30% dalam tangan dipotong tangannya" kamu kata "bukan isu"?. Siapa ajar "tunggingkan air dalam tempayan menunggu hujan dari langit kerana dengar guruh" tu dikatakan cerdik? Kerana berkuasa 30% tulah "ujung tahun ambik bonus", Kalau tak ada langsung, ujung tahun gagau batu peler...tunggu syarikat memilik 100% hak Najib nak buat...bodoh! Satu lagi nak ungkit: Biasiswa pelajar Melayu cemerlang untuk ke luar negara telah DIKURANGKAN peratusnya...Najib nak ganti dengan apa??? Belum terganti!!! Undi Cina pun tak dapat...yang menang ialah DAP...tak usah harap laa...Satu lagi: Dimampuskan Bahasa Melayu ganti dengan Bahasa Malaysia...apa istimewanya yang kita boleh nampak, selain dari menjahanamkan ungkapan kuasa dan keramat Bahasa Melayu

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID