Dr. Zambry Menteri Besar Perak yang SAH....




PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan beliau mengetepikan perisytiharan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Persidangan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Raus Mohd Shariff bersama Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, sebulat suara membuat keputusan itu selepas meneliti hujah lisan dan bertulis dikemukakan peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham, peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah serta celahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Comments

PAPA GOMO said…
ALLAHUAKHBAR KEMENANGAN MILIK UMAT ISLAM DAN RAKYAT PERAK
ONE said…
Tahniah dr zamry..

alhamdulillah ini merupakan satu kemenangan moral yang besar..
Tahniah Dr. Zambry,...btw
I'm new in blogging...Please visit
www.sd-malaysia.blogspot.com
Hope boleh link ok. :)
thanks
Anonymous said…
Keputusan mahkamah rayuan memutuskan bahawa DS Zambry adalah MB Perak yg sah adalah berdasarkan kepada kes Datuk Amir Kahar Tun Mustafa. Manakala dalam kes Datuk Amir Kahar, mahkamah membuat keputusan berdasarkan kes Adegbenro vs Akintola. Saya ingin memetik tulisan daripada Profesor Aziz Bari, pakar perlembagaan UIA dalam buku beliau Malaysian COnstitution: A Critical Introduction, pada halaman 71:

"In the case of Adegbenro, the Privy Council was criticized by the scholars as it allowed the support to be tested outside the house. Arguably, such may lead to misuse or undemocratic means of mobilization and maneuvering. From the point of view of democracy, the decision in Stephen Kalong Ningkan, despite by the high court, is obviously the better one."

Demokrasi kita sememangnya telah dikhianati oleh undang-undang yang seharusnya menegakkan keadilan demi rakyat jelata. Namun jelas bahawa undang-undang2 juga telah dibeli oleh puak2 UMNO yang mahu menegakkan kepentingannya di negeri Perak secara haram. Perlantikan Zambry sbg MB Perak tak lebih sekadar merumitkan lagi keadaan yang sudah sedia rumit. Perlantikan Zambry sebenarnya bakal membawa kepada kejatuhan UMNO dimasa deoan pilihan raya. Kalau tak percaya, sila nantikan saatnya. Naiknya UMNO ke puncak adalah untuk ia jatuh tersungkur menyembah bumi

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID