Nik Ajis dan Pahala gambarnya


Pada 20 Jun lalu, lidah rasmi Pas melalui HarakahDaily.Net telah memaparkan kenyataan yang mengenjutkan umat Islam diseluruh negara berhubung poster Nik Aziz yang bakal mereka gunakan sepanjang pilihanraya Kecil Manik Urai Julai nanti. Dalam artikel yang bertajuk ‘Poster Nik Aziz Punya Nilai Komersil Yang Tinggi Kata Wan Rahim’ (HarakahDaliy.Net) telah mengelirukan umat Islam.
Jika diperhati dari apa yang dipaparkan dalam penulisan tersebut ia seolah-olah meletakkan Nik Ajis pada satu tahap yang cukup tinggi dan agung seolah-olah si nik ajis ni bertaraf wali atau sahabat.Antara kenyataan dalam Harakah Daily ialah “Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.” (20 Jun, HarakahDaily.Net) Apakah ini ajaran Islam yang diajar oleh Pas kepada pengikutnya? Adakah dengan hanya tengok gambar Nik Ajis akan dapat pahala tanpa kita melakukan amal ibadat? Adakah ini akidah yang diajar oleh Pas? Dulu sewaktu Al-Arqam pun buat perkara yang sama juga, mengikut cerita daripada pengikut-pengikut tegar Al-Arqam dulu, barang siapa yang lepas solat memandang gambar Abuya Ashaari dia akan mendapat syafaat di akhirat kelak.Tidak kah ini satu ungkapan yang amat keterlaluan dan boleh memesongkan akidah umat Islam?

Nahh kalau macam tu, tidak mustahil lah mereka agungkan Lim Guang Eng, Nga Kor Meng dan para pemimpin Dap lain kerana pandai bercakap mengenai Islam dan pandai mengungkap ayat-ayat suci Al-Quran walaupun mereka tidak beriman dengan Allah, Al-Quran dan Al-Hadis.Tidak mustahil juga jika pemimpin Dap turun berkempen di Manik Urai, dalam kempennya mereka akan membaca lagi ayat-ayat suci Al-Quran dan lebih mengembirakan pemimpin Pas jika ada pemimpin Dap yang berkempen di Manik Urai memakai kain sarung, berjubah dan serban atau kopiah. Puak-puak Pas pasti akan bangga dan akan mereka canang bahawa masyarakat Cina (Dap) boleh menerima kehidupan orang Pas dan mengikut cara Islam walau pun mereka tak beriman dan baru sahaja selesai makan Ba Kut Teh.

Mungkinkah kesemua ahli PAS sudah menganggap Nik Ajis sebagai seorang wali yang di turunkan Allah kepada mereka? sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Comments

Anonymous said…
SALAM ZIARAH BRO..PERGHH PAWER2!!! HEHEHE..MAKLUM LA NIK AZIZ NI KAN "SPIRITUAL LEADER". LEPAS NI TOKONG2, KUIL2, GEREJA2 SEMUA AKAN TERPAMPANG GMBR NIK AJIS JD TUHAN MEREKA PULAK KEHKEHKEH
Ashley Ahmed said…
Salam,

Heh3x
PARPUKARI said…
BRO, NICKY AJIS MAKIN MENGGILA SEKARANG INI, SELAGI ADA DIA SELAGI ITULAH UMAT MELAYU ISLAM TAK DAPAT BERSATU!
Anonymous said…
tak..walaupun saya menyokong PAS dan mengundi PAS, tapi saya tak pernah menganggap Tok Guru sebagai wali. Silap tanggapan saudara. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Biar saya jelaskan duduk perkara sebenar. Terdapat sesetengah manusia yang fanatik terhadap sesuatu perkara, termasuk pada parti PAS. Saya yakin perjuangan Tok Guru berada dalam landasan Al Qur'an dan Sunnah. Beliau tak meminta dirinya dianggap wali oleh sesiapa. Atau melihat gambarnya saja sudah boleh masuk syurga. Cuma ada sesetengah pengikut PAS yang salah tafsir tentang hakikat beragama yang sebenar. Dan mereka menjadi fanantik. Akibatnya, Tok Guru dituduh mengajar pengikut2nya dengan ajaran yang sesat. Padahal itu semua perpunca dari sesetengah pengikut PAS yang dangkal dalam bidang agama. Samalah juga bagi pengikut UMNO, tak semuanya alim dan tahu selok belok agama Islam. Salah tanggapan saudara tu. Cuba betulkan kembali. Dan berfikir panjang sebelum menuduh seseorg menyebar ajaran salah.
fedup said…
Kenapa nak betul lak..yang nulis artikel yang di ulas itu bukan dari portal kami..portal kowg..gie betulkan diowg tu..nape lak nak betulkan tanggapan kami..kamu pun tak tahu (walaupun tahu) apa yang berlaku sekarang dengan ahli kowg..gie betulkan persepsi ahli2 kowg..

kami yang kat luar ini menerima berita dan persepsinya itulah..sooo jangan nak beremo lak..tapi komen kao tu bagus cuma tak kena pada kumpulan sasar..gie sasar fanatik PAS kowg tu..

BRO..good artikel!
azmer said…
igt shbat2 wlau ape yg kte undi 2 bkn mnyebabkan kte jd bpcah lbih2 lg kte stu agma dan satu bgsa.. stiap mnusia pnh dgn kslpan.. igt tguhnya stu umat @ stu bgsa itu adlh bstu.. kte sbgai umt islm xprlu mngutuk stu sme lin krne ktukan itu tdk akn mnyelesaikan ape2 mslh.. so cre yg tbik brlah nshat yg sbik mnkn skranya kte thu yg shbt kte itu slh dn btanye kpdnye knpe die bt bgtu?.. dn kte btlknnye.. iktlah snnah ajran nabi kte.. krne snnah itu tlh mnyebabkan islam tsbar dslruh dnia.. igt ape2 pn yg kte bt (illahi anta mak'sudi waridhokha mat'tlubi)hnya engkau yg aku mksudkn dn kredhaan engkau yg aku tntut.. pltik sbnrnye bkn mnyebabkn ppchan ttp pbngunan.. bka mnda shbat2 smua ke arah pstif dn khadpan.. skranya tiada pmbakang pmrntah kte akn sske ht utk mbuat ape shje.. dn jke ade pmbngkang.. akn tmbl bnyk idea dn pmrnth akn sntiase mcri inisiatif utk mbngunkan rkyt dn ngra spya die dpt bthan.. fkr2kanlah whai sahabat2.. bersatu tguh bcrai rboh.. wlauapepn plhn shbt itu adlh pndapat shbat.. bnyak pndapat luas pngetahuan.. jgn kte mnduh sblknye tnye pd dri ape yg aku prlu buat utk slmtkn agma,bgsa dn tnh airku..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID