Fitnah PAS terhadap UMNO bermula sejak Tahun 1959

Mungkin ramai yang meanggap caci-maki PAS kepada UMNO berlaku baru 10-20 tahun kebelakangan ini, kata-kata seperti UNDI PAS MASUK SYURGA yang kerap kita dengar hari ini dan mungkin kita ingat baru-baru ini aje ulama PAS mengeluarkan cacian macam tu.

Tahukah kita amalan pemimpin PAS yang kerap kali mengatakan UNDI PAS MASUK SYURGA ini telah PAS amalkan sewaktu Pilihanraya Umum pada tahun 1959 lagi...

Dalam ucapan pengulungan Tunku sewaktu Perhimpunan Agung UMNO pada 16 APRIL,1960, Tunku menyatakan kekesalannya kerana PAS sanggup memainkan agama untuk kepentingan politik mereka.

"Dalam pilihanraya yang lepas kita telah dapat mendengarkan bagaimana agama yang maha suci itu telah dipermainmainkan untuk kepentingan politik. Di setengah-setengah tempat orang kampung telah diberitahu supaya undi parti PAS jika hendak masuk syurga dan jika undi parti lain jadi kafir."

"Dengan kepercayaan yang seperti ini maka nyatalah orang-orang kampung masih lemah sangat lagi dalam fahaman agama. Dakyah-dakyah ini dibawa ke serata kampung dan orang-orang di Kelantan dan Terengganu telah pun percaya terhadap dakyah-dakyah yang seperti itu."

Tunku menambah...

"Dari sini tuan-tuan boleh lihat sendiri yang dakyah-dlihat sendiri yang dakyah-dakyah itu bohong dan mereka mengetahui yang benda itu bohong, tetapi mereka tidak ada cara lain untuk menjatuhkan Perikatan melainkan dengan membawa segala dakyah-dakyah etahui yang benda itu bohong, tetapi mereka tidak ada cara lain untuk menjatuhkan Perikatan melainkan dengan membawa segala dakyah-dakyah yang boleh membangkitkan kebencian kepada Kerajaan Perikatan."

"Ahli Parlimen di sebelah Pantai Timur pula menumpukan serangan-serangan mereka terhadap diri ketua-ketua Perikatan. Seorang daripadanya mengatakan bahawa saya ini tidak patut dibiarkan hidup lagi dan saya serta keturunan saya patut dicampak, buang ke laut. Kata-kata ini bukan sahaja menyuruh rakyat benci kepada saya serta keturunan saya patut dicampak, buang ke laut. Kata-kata ini bukan sahaja menyuruh rakyat benci kepada saya bahkan suruh bunuh saya dan anak buah saya."

"Kalau kejadian ini berlaku dalam masa kempen pilihanraya tidaklah menjadi hairan
kerana saya sendiri pun pernah dengar tuduhan-tuduhan yang mengatakan kita hendak jual negeri kepada Cina, sambil mereka menunjukkan nota-nota yang dibawa dari Negeri Cina sebagai buktinya. Tidak memadai dengan itu sahaja, mereka menuduh lagi yang kita hendak mengkafirkan orang-orang Islam. Pendek kata bermacam-macamlah perkara yang tidak diterima akal yang mereka lemparkan kepada kita."

Dan Tunku mempersoalkan tentang janji-janji yang PAS buat sewaktu pilihan raya...

"Orang-orang di negeri-negeri itu sekarang sedang ternanti-nanti faedah yang meraka harap-harapkan daripada parti yang mereka beri kepercayaan itu, yang saya percaya mereka tidak akan perolehi. Pegawai-pegawai kerajaan di Kelantan telah merasa kepahitan di bawah Kerajaan PAS itu, mereka tidak akan dapat kenaikan pangkat dalam tahun ini."

Nasihat yang Tunku berikan pada semua ahli-ahli UMNO dan Rakyat...

"Saya mengucap syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana parti kita telah berjaya sekali lagi memegang tampuk pemerintahan Persekutuan dan tampuk pemerintahan negeri-negeri, kecuali Kelantan dan Terengganu." "Maka kekalahan kita di Kelantan dan Terengganu itu patutlah menjadi satu pengajaran, bukan sahaja kepada pemimpin-pemimpin UMNO di negeri-negeri itu, tetapi di negeri-negeri lain juga. Kita berkehendakkan kemenangan itu bukan kerana kita hendak bermegah-megah atau menyombong dengannya, tetapi kerana kita percaya bahawa parti kita sahajalah yang dapat memelihara negeri ini dan rakyatnya dengan baik, aman, makmur dan bahagia."

Ucapan Tunku Abdul Rahman pada PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DI
RUMAH UMNO, KUALA LUMPUR PADA 16 APRIL,1960

Sekarang ini sudah nyata yang PAS ni memang tak ada modal lansung untuk berkempen, dari dulu sampai sekarang PAS ni cuma pandai berjanji dan menabur fitnah.

Comments

Anonymous said…
SLM BRO..WLU PUN AKU X DPT BACE ARTIKEL BRO KALI NI TP AKU FHM MAKSUD BRO..PAS DENGKI & JAKI KAT UMNO SBB UMNO LEBIH BERJAYA MEMBANGUN NEGARA WALHAL PAS HANYA TAU MEMPERGUNAKAN AGAMA UTK MENYESATKAN MANUSIA
Anonymous said…
memang itu lah kerja buat PAS sejak dulu lagi. bila agaknya mereka ni nak bertaubat.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID