GERAK Telanjangkan YB Selangor, Laporan SPRM di buat


Jam 11.30 pagi tadi, bertempat di pejabat SPRM Selangor, Pengerusi Gerakan Intergriti Dan Anti Korupsi [GERAK] Mohd Nazree Yunus telah menyerahkan senaskah dokumen pengaduan penyelewengan terhadap seorang wakil rakyat Selangor untuk siasatan lanjut pihak SPRM.

Wakil rakyat Selangor lagi…??

Syabas diucapkan kepada Sdra Nazree yang tidak mengendahkan tekanan yang cuba dimainkan oleh pihak pembangkang setelah tercetus isu kematian misteri Teoh Beng Hock.

Sesuatu yang menarik disini ialah menurut sumber-sumber dari wakil wakil NGO yang mengiringi Nazree pagi tadi mengesah
kan bahawa aduan tersebut adalah keatas wakil rakyat BUKAN dari parti DAP…..

Hah! Ini bermakna laporan yang dikemukan oleh GERAK sebentar adalah menjurus kepada wakil rakyat samada dari PKR at
aupun PAS…!

Adakah beliau seorang Exco..? “ No komen “ jawab wakil NGO itu pula.

Yb melayu atau bukan melayu…?
Jawapan ini terpaksa Blogmaster Black Out sebab sudah berjanji dengan wakil NGO tersebut untuk tidak menyiarkannya.

"muka macam baik, tapi penyamunnn..."


Pihak Blogmaster juga difahamkan bahawa dokumen yang diserahkan itu adalah merupakan pengaduan berkaitan peruntukan dana sebuah DUN yang habis dibelanjakan secara tidak berhemah melebihi suku jutaan ringgit dalam tempoh beberapa bulan sahaja….., juga beberapa transaksi berkaitan perbelanjaan dan tuntutan [claim] yang sangat meragukan!

Semoga pihak SPRM akan teruskan usaha membenteras penyalahgunaan wang rakyat Selangor oleh mana mana wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab.
baca Laporan Utusan Online

Comments

KHAIRUL NAZRI said…
Salam perjuangan,

Begitulah akhirnya jika pemimpin tidak ikhlas dan jujur terhadap rakyat. Pasti akan menerima pembalasan di dunia dan pastinya di akhirat kelak. Bila? samada hari ini atau esok. Pastinya akan tiba.
Anonymous said…
BANGANG PUNYA BLOG. PEGI JAHANAM

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID