Kes liwat Anwar: Keputusan peroleh dokumen petang ini

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi selesai mendengar hujah permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan memberikan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwat beliau sebelum perbicaraan bermula.

Pendengaran di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah selesai selepas satu jam pihak pembelaan mengemukakan hujahan balas terhadap hujahan pihak pendakwaan semalam.
Hakim kemudiannya menangguhkan prosiding sehingga pukul 2.30 petang ini untuk keputusan permohonan tersebut.

"Saya fikir petang ini saya boleh berikan keputusan bagi permohonan ini.

"Namun saya hanya akan berikan keputusan serta alasannya secara ringkas... Saya perlukan masa untuk sediakan penghakiman penuh," kata hakim Mohamad Zabidin.

sumber mstar online.

BERJAYAKAH ANWAR MENDAPAT SEMUA DOKUMEN ITU...???

Comments

Pembela Melayu said…
bro nanti kita jumpa di mahkamah,...
Anonymous said…
SLM BRO..KLU DIA DPT DOKUMEN TU DIA NAK MINTAK TANGGUH LAGI LA TU..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID