Manik Urai yang terburai
Sah.. tampa ragu-ragu lagi Timbalan Presiden PAS, Ust Nasaruddin telah di pulau oleh geng-geng PAS Kelantan dan Nik Ajis, buktinya Nasaruddin langsung tidak turun ke manik urai untuk membantu jentera PAS di sana, memang benar la laporan sinar harian semalam yang menyebut Nasaruddin di halang oleh Nik Ajis untuk turun berkempen di sana.Nik Ajis pernah mendesak Nasa meletak jawatan berikutan sokongannya terhadap penubuhan kerajaan perpaduan. mungkin disebapkan mulut celupar nik ajis tu, maka lebih baik Nasa tidak datang ke manik urai. mungkin kenyataan Abdul Fatah Haron pernah mengesahkan Nasharudin tidak disenarai sebagai penceramah parti itu menambah rasa kecil hati Nasa.
Sebenarnya mengikut satu sumber dalaman PAS, Nik Ajis bukannya nak sangat Nasa bertanding dan jadi calon untuk parlimen Bachok, nik ajis sebenarnya mahukan seorang tokoh muda pembangkang untuk bertanding di sana mengunakan bendera PAS, tetapi di sebapkan tokoh itu memang tak mau bertanding atas tiket PAS maka mau tak mau Nik Ajis dengan berat hati terpaksa bersetuju bila Hadi Awang meminta PAS kelantan supaya kerusi perlimen bachok di berikan pada Nasaruddin. senang cerita Nasa ni kira macam anak tiri PAS Kelantan.Kesian Nasa.... dia ni bukan tak bagus dalam politik, tapi tu la nak kata apa, PAS tetap PAS, orang baik dan berjiwa besar dan sayang pada agama dan bangsa macam nasa tu tak mendapat perhatian, yang menjadi perhatian ialah budak suruhan anwar ibrahim iaitu husam musa. tapi semua orang tau, PAS sekarang ni di kuasai oleh mereka-mereka yang menjilat anwar, mungkin selepas kematian nik ajis, PAS akan menerima nasib yang sama seperti umno dulu, PAS akan berpecah belah, maka kita tunggu aje lah perpecahan PAS nanti, Insyaallah....
Comments
sakit fizikal juga ada simptom yang diperlihatkan jika seseorang menhadapi tekanan. Tekanan menyebabkan sistem imune/pertahanan badan menjadi bertambah lemah. Ya, Ustaz Nasha di hosptal Serdang, sebelun tu nak tanya , siapa tok guru yang hentam Ustaz Nasha sampai kawan tu nak pitam dan nampak bintang?
Kalau marahkan TGHHadi janganlah pukul anak dia, apa salah bermusyawarah, kan majlis Syura ada...mana contoh kepimpinan Islam yang nak ditunjukkan? MasyaAllah!
http://www.anakbukitgantang.blogspot.com