Kisah Nenek Kamisah dan Pasukan F1 1Malaysia


Malaysia bakal ada pasukan F1 sendiri? gempak tu, berapa juta pula kerajaan mesti perabis duit untuk satu sukan yang langsung tak de paedah untuk rakyat ni? 10Juta? 100Juta? berapa? memang la dikatakan pasukan tu di sponsor oleh berberapa syarikat koperat negara, tapi bukan ke itu membazir, apa yang rakyat dapat dari hasil keuntungan pasukan F1 tu? boleh ke setiap kali F1 beraksi di malaysia rakyat dapat tiket free? tiket free mungkin melampau la, tapi boleh ke rakyat malaysia yang nak pi tengok F1 tu nanti boleh beli tiket dengan harga RM 10 macam harga tiket bola sepak?

Bukan ke lebih baik kalau duit nak buat team F1 tu di belanjakan untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat, Moto Satu Malaysia pun ada kata Rakyat Di Dahulukan, apa-apa pun kerajaan mesti dahulukan rakyat, kalau kerajaan buat team F1 siapa yang akan didahulukan? Rakyat atau syarikat koperat? come on la, F1 bukan sukan untuk orang malaysia, pemandu malaysia masih belum ready lagi untuk main sukan tu, jangan ingat bila orang malaysia jadi champion Formula Renault dah nak buat satu team F1, dulu kita bangga sangat dengan Alex Yoong, kecoh satu malaysia pukul canang katanya "inilah anak malaysia pertama yang menjadi pelumba F1" pirahh.... bukan bagus sangat pun mamat tu, dalam siri 22 pusingan F1 dia cuma layak bertanding dalam 2-3 race je yang lain semua not qualifed, apa yang malaysia dapat? dapat malu je beb... mat salleh gelak je kat kita, agaknya dalam hati depa kata "orang malaysia tak reti bawak kereta" malaysia dapat malu dengan mamat tu, siapa yang untung? mamat tu la yang untung, kurang-kurang dia dapat kawin dengan super model Ariyana Teoh.

det bukan nak kutuk atau nak perkecilkan kemampuan rakyat malaysia nak buat team F1, yang nyatanya malaysia masih belum ready lagi untuk main sukan yang menelan belanja jutaan ringgit tu, jangan ikut macam negara lain yang invest dalam sukan tu, depa tak pe la negara depa tu dah kaya, kadar kemiskinan di negara depa tu mungkin tak setinggi macam di negara kita, mungkin akan ada yang kata, "aleh... negara yang main dalam F1 tu bukannya kaya sangat pun tapi dia orang masih invest dalam sukan F1, kenapa kita tak boleh"? jawapan det senang je, pemimpin dan orang kaya di negara depa tu buta perut, takan pemimpin dan orang kaya di negara kita pun nak buta perut macam puak-puak tu juga.

Hari tu det ada terbaca dalam utusan online mengenai seorang nenek yang harus membela 10 orang cucunya, sedih cerita tu, nama nenek tu kamisah, bayang kan la di saat malaysia bersungguh-sungguh nak perabis duit buat pasukan F1, masih ada lagi rakyat malaysia yang menerima duit bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 400 ringgit, nak makan ape dengan duit 400 Ringgit tu? cukup ke nak bagi makan budak seramai 10 orang dalam masa sebulan? bukan ke baik duit untuk buat team F1 tu di salurkan kepada nenek kamisah dan cucu-cucunya dan juga mereka yang sewaktu dengannya, ada juga faedah, baru la boleh kata Rakyat Di Dahulukan, come on la oii... tak de paedahnye pun buat team F1 ni, macam yang det kata tadi la, rakyat tak dapat untung ape pun yang untung hanya satu dua kerat rakyat dan syarikat koperat je, rakyat melopong, paling bingai pun dapat la t-shirt sumbangan syarikat koperat ni bagi pada bebudak sekolah.

Dah la oii... hentikan la segala bullshit ni, rakyat sekarang ni menilai apa yang kerajaan buat, percaya lah rakyat tak dapat ape-ape untung pun, nak pi tengok team F1 malaysia pun kena bayar tiket 100 ringgit kalau masuk free tak pe la juga, dah la, lebih baik gunakan duit tu untuk kepentingan rakyat terbanyak ada juga paedahnya dari hanya menguntungkan satu-dua tengkuk dan perut yang kalau dia tak buat team F1 tu dia dah memang kaya pun.

Comments

azril azam said…
Ni sama la kisah dgn cerita Petronas Twin Tower. Dulu orang ramai kutuk esspecially bab "membazir duit rakyat".. sekarang apa jadi? Ia kebanggaan negara dan persepsi international communities kepada Malaysia sebagai negara Maju

Lepas, timbul lak cerita F1 sepang circuit. Orang komplain gak, last last negara dapat benefit. Singapore yg dulu pun x nak F1, skrg nak F1

So, apasal dgn team F1? jgn pikir stereotype toward team F1 aje. Kita kena pikir other factor on how team F1 boleh effect Moral rakyat Malaysia seperti esspecially orang Melayu, International perseption, Cheap advertisement for local Malaysian company into International market, etc etc..

adakah anda pikir itu semua selain dari dapat tiket free?

rileks la bro.
melayulupalagi said…
azril azam...

aku stuju dgn ko bro, sma la dgn kes proton. dl hadi awang bkn main hentam kerajaan, katanya membazir coz MALAYSIA xde kepakaran, tp skrg macammane?

berapa rmi org2/pemimpin PEMBANGKANG guna kereta nasional tersebut???

itu la masalahnya klu kita bercakap tanpa berfikir panjang.
Anonymous said…
asik nak tolong rakyat je. bla kita nak buat kerja lain. bila kita buat projek lain tak semestinya kita tak bantu org yg x berkemampuan. asik tolong tolong tolong lama2 rakyat malaysia jadi pemalas. nak minta tolong pun berpada2 la. bila susah minta tolong bila dah di tolong nak ucap terimakasih pun susah.
Anonymous said…
yg komplen tu ko anggap aje la mcm bdak2 tadika. dia tak tau brapa banyak pulangan yg k'jaan dpt hasil dari siaran langsung oleh berpuluh siaran luar negara.

lepas tu hotel semua penuh, mat salleh ni diaorg banyak duit. duit mcm air. bukan stakat hotel, makan, teksi, bas, pelancongan semua dapat rasa. mereka dtg bukan nak tgk F1 saja.

siapa yg nak panggil meeka ni dtg kalau tak dikenakan umpan yg sedap utk ikan2 besar ni datang.

org2 PAS tau makihamun saja, tu lah kerja diaorg, pakai kupiah ketat sangat sbb tu tak boleh berfikir. apa yg PAS dah buat nak tarik pelancong ke kelantan... tarakkk....

pelancong arab??....pun tarakkk jugak. pegi la kjaan kelantan ke asia barat ceritakan kelantan serambi mekah. ada tuan guru politik yg anytime bleh keluar fatwa nak sokong pembangkang. gi la cerita..??

salleh JB
Unknown said…
Dulu Jambatan PP dibantah oleh pembangkang dan projek kereta nasional diketawakan kerana semua itu dianggap membazir wang rkyat dan cita-cita mat jenin. Habis sekarang apa dah jadi? Kerajaan juga tidak membiarkan rakyat hidup merana. Mereka yang miskin tetap dibantu.
Aniq Ruzaien said…
Kalau fikir tentang nenek kamisah je, takde guna la nak laungkan 1Malaysia. Pelaburan F1 ni pelaburan jangka panjang untuk semua rakyat di Malaysia. Jadi semua rakyat, mungkin termasuk cucu nenek kamisah tu dapat manfaat daripadanya. Jadi takde la kerajaan terpaksa bagi peruntukan khas kepada individu-individu tertentu dalam Malaysia ni saja. Semua merasa duit rakyat. Kisah nenek Kamisah tu, dah jadi tanggungjawab sesama rakyat untuk bantu dia, lebih2 lagi yang berkemampuan. Sudahkah kita bantu? Itu je persoalannya. Jangan sibuk tanya apa yang kerajaan buat untuk tolong dia, tapi apa yang kita dah buat untuk tolong saudara kita. Tak guna salahkan kerajaan abaikan dia kerana nak buat pasukan F1

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID