PEMBANGKANG PUSING CERITA...


Tidak kiralah apa sahaja yang dilakukan oleh BN/UMNO, sama ada untuk keselesaan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat maka akan dimanipulasi oleh pihak pembangkang atas tujuan untuk kepentingan politik mereka sendiri.

Begitu juga halnya dengan hal pembebasan lima tahanan Akta ISA semalam yang telah dipergunakan sebagai bahan politik oleh pakatan pembangkang dalam usaha mereka memburuk-burukkan kerajaan Pusat.

Apa yang pasti, tindakan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Husein yang mengumumkan pembebasan lima tahanan ISA yang ditahan dimanipulasi kononnya ia ada kaitan dengan pilihan raya kecil Bagan Pinang pada Oktober nanti.

Tindakan bodoh pakatan pembangkang terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan sememangnya bukanlah sesuatu yang baru malahan seringkali apa yang dilaksanakan oleh kerajaan akan dimanipulasi atas kepentingan dan keuntungan mereka sendiri.

Bukan sahaja memutar belitkan fakta yang sedia ada malah,ayat-ayat propaganda yang bombastik digunakan bagi menyedapkan cerita agar rakyat terpengaruh dengan dakyah mereka untuk membenci Kerajaan.

Sememangnya perkara ini sudah kerap berlaku malah dalam apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan tetap dipropagandakan oleh oleh pembangkang sebagai kunci utama mereka termasuklah menimbulkan aib, fitnah dan caci maki kepada Kerajaan walhal mereka sendiri turut mendapat tempias hasil daripada dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Nilailah sendiri, bagaimana mungkin pakatan pembangkang mahu bercakap tentang agenda dan masa depan parti mereka sedangkan mereka sendiri tandus dan fakir dalam mensyukuri setiap nikmat yang ada.

Jikalau mereka mahu bercakap tentang pembangunan dan kemajuan dalam parti mereka, bagaimana mungkin ia akan dilakukan sedangkan pakatan pembangkang tidak pernah menyumbang kepada apa-apa kemajuan sama ada di negeri lain apatah lagi di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka sendiri.

Begitu juga sekiranya mereka mahu bercakap tentang perpaduan, tidak ada satu bukti pun yang mereka benar-benar mengamalkan perpaduan sedangkan sikap mereka sendiri saling bermuka-muka biarpun sesama khalayak mereka sendiri, depan cakap lain dan di belakang tersedia belati tajam untuk saling bertikam.

Apatah lagi idealogi antara tiga parti bersekutu iaitu PAS, DAP dan PKR sendiri jauh menyimpang daripada apa yang menjadi realiti, dan tidak mungkin akan menjadi kenyataan.

Apa yang jelas, janji-janji yang mereka taburkan selama ini hanyalah palsu belaka, termasuklah berkerajaan sendiri, menjadi Perdana Menteri, kerajaan bayangan dan pelbagai janji manis yang nyata tidak akan menjadi realiti.

Lantaran itulah, modal paling mudah bagi pakatan pembangkang adalah dengan mencari keburukan dan memanipulasikan fakta-fakta sebenar demi kepentingan politik mereka.

Comments

sasha2020 said…
Pembangkang sebenarnya tak perlu dilayan sangat. Sebab pemikiran mereka yg sangat bodoh.

Dulu mereka suruh kerajaan bebaskan tahanan ISA, tapi bila kerajaan dah bebaskan mereka, boleh kata, Oh..itu sebab nak pilihanraya Bagan Pinang.

Dengan kata lain, apa aje yg kerajaan buat samada itu yg dikehendaki oleh pembangkang atau sebaliknya, semuanya akan disalahkan. Buat salah , tak buat pun salah.

Inilah pemikiran bodoh mereka yg cuba memperbodohkan rakyat malaysia. Masa PRU 12 dulu, mereka boleh bododhkan rakyat. Tapi, tengok lah dlm PRU 13 nanti, mereka semua akan dihukum oleh rakyat yg mereka bodohkan dulu.
CUPING MERAH said…
seolan:

1.ngape nak pilhanraya baru nak lepas?

2.apasal ditahan sampai 7 thn?

3.malaysia xder mahkamah ke?

4.bila nak tutup?
Anonymous said…
CUPING MERAH:

KAU SEKOLAH TAK? KALAU KAU PERNAH PERGI SEKOLAH SILA BACA ISI KANDUNGAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI(ISA) SATU PERSATU SEBELUM MEMBERI SOALAN-SOALAN TAHAP BUDAK DARJAH SATU.
Anonymous said…
1. bulan ramadhan nie bulan berkat, peluang untuk insaf dan taubat terbuka luas, sebab tu dibebaskan

2. tahan sampai 7 tahun, sebab mamat2 tu semua degil dan taksub, cam geng2 al-sontoti tu

3.malaysia memang ader mahkamah tapi sontoti cakap mahkamah kat malaysia nie corrupt

4.rugi tutup sebab banyak peminat yang tak sabar2 nak berkunjung

apa da, common sense pun tak da ka, kompem sekatil ngan al sontoti nie
Anonymous said…
nk tau.. tgk info kt sini..
http://www.getpay2click.com/v1/index.php?ref=port_skye
Melayu said…
Tu laa org melyu kita. Lupa kerana ISA la kita masih lagi ada kerajaan Melayu. kalau tak ada entah2 kita dah jadi macam singapore.
Nasihat pada cuping merah...bnyk2 bertukar fikiran dgn org yang alami 13 Mei dan zaman komunis... baru hangpa tau betapa siksanya jd banduan dinegara sendiri tanpa ISA.
mat yen said…
Salam'
Itulah kerana Isa maka melayu dapat lagi memerintah dalam negara ini.
Anonymous said…
nk tau.. tgk info kt sini.www.panglimademang.blogspot.com
ONE said…
salam..

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS..
MAAF ZAHIR DAN BATIN!
the thinker... said…
hahahaha...aku gelak jer baca artikel ko nih...nak tau apesal...biler kerajaan buat sesuatu, pembangkang akan bangkang...nanti biler yang membangkang jadi kerajaan, yang jadik pembangkang pulak bangkang...senang cerita, aper yang BN buat PR takleh terima...apa yang PR buat, BN tak leh terima...sama jer korang ni semua...hahahaha...
YANG GAMBI said…
Salam,

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, maaf zahir batin.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID