Mungkinkah kes liwat anwar akan di gugurkan? kalau dilihat apa yang berlaku sekarang ni, det rasa-rasa la kes tu akan di gugurkan. melihat lemahnya AG dan institusi kehakiman sekarang ini tidak boleh tidak kes itu tetap akan digugurkan. Gani Patail sekarang ni cukup takut dengan Anwar, Anwar telah berjaya burukankan image dia sebagai peguam negara yang korup, dan rakyat mempercayainya, sepatutnya di waktu sukar seperti ini peguam negara yang bermasaalah seperti gani patail telah pun di tamatkan perkhidmatannya, pasal apa dia masih lagi jadi AG?Ada desas-desus mengatakan, berlaku campurtangan pak-pak menteri didalam kes liwat anwar, pak-pak menteri ini tak perlulah det namakan satu-satu, mungkin pembaca sudah boleh mengagak siapa dia pak menteri yang masih sayangkan anwar dan tak mahu melihat anwar merengkok dalam penjara.
Memang sial punya perangai pak-pak menteri yang masih lagi bersimpati dengan mat gay tu, Datuk Najib seharusnya tahu siapa agen-agen anwar di dalam barisan kabinetnya. Anwar juga berjaya meletakkan agen-agennya di Bukit Aman.
Pasukan Polis yang ada dibawah Pentadbiran Musa Hassan sudah hilang taring dan kukunya, menurut sumber, Polis kini dah terbahagi kepada dua kelompok, satu kelompok masih lagi setia kepada pemerintah dan satu kelompok lagi menumpahkan taat setia mereka kepada anwar dan pak-pak menteri yang berkiblatkan kepada anwar dan PKR.
Kalau korang pernah membaca blog saiful bukhari, dalam blognya ada mengatakan dia sekarang ini kerap berpindah randah dari satu tempat ke tempat lain,det pelik juga, macam mana seorang saksi utama kes berprofil tinggi tidak mendapat perlindungan dari pihak keselamatan(polis) kalau la si saiful tu dapat perlindungan kerana dia saksi kes yang boleh di anggap berprofil tinggi, macam mana pula dia boleh kerap berpindah randah, mungkinkah ada orang dalam yang dibela oleh anwar yang membocorkan lokasi tempat saiful tinggal? dan senang untuk saiful di bunuh?
Perasan tak korang semua, sejak akhir-akhir ini sudah menjadi macam satu trand kalau pembangkang buat hal, lambat je mereka ini didakwa di mahkamah, tapi kalau pihak yang pro kerajaan buat, tak sampai dua minggu kes itu dibawa ke mahkamah, det ambil berberapa contoh, kes karpal menghina sultan perak, kes nizar menghina sultan perak dan dewan undangan negeri perak, perhimpunan haram GMI, kes Loke Sew Fook mengatakan Islam sebagai Fucking Religion dan banyak lagi kes yang menyentuh sensitiviti umat Islam dan kes yang bisa menggugat keselamatan negara di diamkan bergitu sahaja walaupun telah beratus-ratus laporan polis dibuat terhadap kes itu. tapi kalau kes pijak kepala lembu, dengan segera si Musa Hassan suruh buat siasatan dan tak sampai dua minggu mereka-mereka itu dihadapkan ke mahkamah.
Apa Musa Hassan nak ambil hati atau kecut dengan Anwar ke? Dalam keadaan sekarang ini, Datuk Najib memerlukan seorang Menteri Dalam Negeri yang segarang Allahyarham Tan Sri Megat Junid, walau pun ketika hayatnya Megat Junid hanya menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri, tapi atas kuasa yang Tun Dr. Mahathir berikan kepadanya dia berjaya megekang
anasir-anasir jahat dari diluar negara atau di dalam negara, Malaysia tidak memerlukan seorang Menteri KDN yang hanya pandai bercakap sahaja, kita tidak perlukan seorang menteri KDN yang cukup cun dan hansem dan yang menangis ketika rakaman takbir hari raya. Malaysia memerlukan seorang Menteri KDN yang tegas dan berani membuat keputusan, adanya menteri KDN yang tegas, keselamatan, kemakmuran dan kesetabilan politik Negara pasti terjamin.Dalam keadaan pembangkang semakin kurangajar sekarang ini, alangkah baiknya sekiranya Tun Dr. Mahathir di angkat menjadi Menteri Kanan atau Penasihat Kepada Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dia digandingkan pula dengan Tan Sri Aziz Shamsuddin yang bergeliga otaknya itu, mungkin akan ada yang kata "gila itu menjadikan malaysia negara diktator" pada det biarlah malaysia menjadi negara diktator asalkan Agama Islam, Umat Melayu dan Institusi Raja-raja di pertahankan dari pada kita membiarkan pengikut fahaman libral dan New World Order yang bernama Anwar Bin Ibrahim memerintah sekali gus boleh menjahanamkan Agama, Bangsa dan Negara kita.

























