Anwar Dan Pas, Mereka Sendiri Cipta Masalah

PAS yang telah bertahun mengatakan parti mereka sebagai pejuang Islam tulen dan juga sebagai sebuah parti yang kononnya menjaga martabat Islam, kini semakin terdesak untuk menidakkan umno yang semakin menyerlah sebagai pembela agama dan juga bangsa,tindakan pas yang bersekongkol dengan pkr dan dap membawa padah bila mana pas telah terperangkap didalam mainan politik jijik anwar ibrahim. "Ulamak-ulamak besar" dalam pas pula secara membabi buta menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak kristian demi menjaga undi dan melaksanakan agenda jahat Anwar tanpa memikirkan penerimaan umat Islam dan juga melayu di negara ini.

Tindakan anwar yang sanggup membakar api perkauman dan agama Islam tidaklah kita pelik sangat, ini kerana ia memang dah jadi trademark Anwar sejak dulu lagi. tapi hamlau-hamlau dalam pas pula dilihat seperti bodoh dan tak berakal apabila sanggup mengikut segala "lenggok tarian kopi dangdut" si pembelit ini. tok-tok guru dan lebai-lebai pas bermati-matian mempertahankan tindakan anwar "melacurkan" nama ALLAH kepada kafir. tak cukup dengan itu, habis dipunggah segala ayat didalam Al-Quran dan juga sirah nabi SAW digunakan sebaiknya oleh mereka ini demi menghalalkan segala perbuatan jijik mereka.

Bila mereka melihatkan kebanyakan umat melayu/Islam senada dengan kepimpinan umno bahawa nama ALLAH hanya untuk umat Islam, maka terketar-ketarlah kepala lutut beberapa tok guru nyanyuk pas memberikan alasan dan dalil-dalil bodoh hanya semata-mata untuk menyelamatkan diri.

Untuk pengetahuan semua didalam Pas sendiri pun ramai pemimpin yang bukan pro Anwar tak bersetuju dengan tindakan menghalalkan nama Allah kepada pihak gereja. itu sebab kalau kita bertanya pada ahli pas akan keluarlah bermacam-macam pendapat, dari bermacam-macam pendapat ini tahulah kita orang yang kita tanya itu berkiblatkan arah mane dan siape. pas cukup beruntung apa bila secara tiba-tiba bagaikan mendapat talian hayat dari langit, pas yang sebelum ini begitu flip-flop dan berhati-hati takut melukakan hati anwar didalam mempertahankan kalimah ALLAH, tiba-tiba turut menyalak didalam isu serangan keatas gereja di seluruh negara.

Apakah semua ini sengaja diatur secara terancang untuk mereka jadi champion isu ini? hanya pas dan anwar sahaja yang tahu.


Anwar dan pas sebelum ini begitu terdesak dan terhimpit didalam game yang mereka cipta sendiri, kini sudah boleh telah berdiri didalam kelompok kafir dan sewenang-wenangnya menghentam umno dan kerajaan didalam isu serangan keatas gereja.mereka mengangkat diri mereka sendiri seolah-olah merekalah pembela dan pejuang kepada seluruh masyarakat kristian didalam menuntut hak samarata penggunaan nama ALLAH dan juga hak keselamatan tempat ibadat.

Korang tak nampak pelik ke? ia semacam seperti ada agenda yang sedang dirancang pihak-pihak yang berkepentingan? anwar ibrahim kini sedang tertekan dalam usaha dia untuk membersihkan imejnya yang tercalar dengan pengakuan liwat oleh Saiful Bukhari, pas pulak sedang bergelut mencari jalan untuk melepaskan diri dari segala masalah didalam parti yang melibatkan penyelewengan wang dan juga kuasa beberapa pemimpin dan juga anak menantu murshidul amnya.

Apakah dengan membakar api perkauman dan juga agama ini dapat menyelamatkan mereka dari masalah mereka? mungkin anwar dan pas boleh menggunakan isu itu untuk mengenakan umno. tapi bukan untuk selamanya kerana anwar bakal berhadapan dengan perbicaraan kes liwatnya tak berapa hari lagi. pas pula pasti akan kembali meroyan apabila pihak berkuasa dapat memberkas pihak yang bertanggung jawab melakukan perbuatan menyerang gereja, kita tengok apa pula yang pas nak kata, pasti mahfudz akan meminta satu suruhanjaya diraja di buat, tak percaya korang tengok la.

Dan lepas ni, kita semua boleh tengok kembali drama lakonan anwar yang akan melakukan "aksi-aksi lagak ngeri" didalam mempertahankan dirinye di mahkamah dan kita juga dapat menyaksikan satu lagi episod raja lawak musim baru lakonan hamlau-hamlau pas didalam aksi bogel-membogel sesama mereka demi merebut kuasa, jawatan dan kedudukan.

Tapi apa yang det boleh katakan, usaha anwar dan beberapa kepimpinan pas menjadi Hero Tamil untuk puak-puak kristian ini tak akan kekal lama. sekarang ini mereka sedang cuma mengambil nafas bagi mereka melepaskan penat, sebelum kembali dilanyak oleh masalah yang mereka cari sendiri.

Comments

Anonymous said…
SLM BRO..MASA MULA2 SI JUBOR NI MAINKAN ISU KALIMAH NI DIA X TEPIKIR PUN PSL PRASAAN HATI ORG ISLAM. KONON2 NK JADI PENDETA KRISTIAN ZAMAN DULU. SUKE2 UBAH BIBLE IKUT CITARASA DIA PLAK. YG SI MANGKUK PAKIAM PUN SAMA BERSUBAHAT NAK ROSAKKAN LAGI ISI BIBLE. BILA ISU NI MELETOP MULA LA TECUNGAP2 MINTAK NYAWE!. HAA AMIK KOOO!..RASEKAN PENANGAN BOOMERANG BUATAN SENDIRI KEHKEHKEH
Anonymous said…
Ketua bahagian pandan Abd Ghani Ismail yg digantung dibicara dimahkamah start smlm pasal kes rasuah...besama-sama kita membenteras gejala rasuah di negeri selangor
Anonymous said…
dua-dua bodoh, dua-dua merapu.
Anonymous said…
The "Allah" ban is unusual in the Muslim world. The Arabic word is commonly used by Christians to describe God in such countries as Egypt, Syria and even nearby Indonesia, which is the world's world's largest Muslim nation.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID