JEMPUTAN BERDEMONTRASI


ALLAH HANYA UNTUK ISLAM SAHAJA

DEMO KALIMAH ALLAH DI GUNAKAN OLEH PUAK KRISTIAN & GEREJA.

SELEPAS SOLAT JUMAAT 7 JAN 2010
DI MASJID SHAH ALAM
(HADAPAN BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH - PEJABAT MAIS)

MINTA LUANGKAN SEDIKIT MASA,
TUNJUKAN PROTES KITA TERHADAP ISU INI.

Comments

Anonymous said…
WLUPUN JAUH DI SINUN, WA TETAP BERSAMA KALIAN!!..ALLAHUAKHBARRR!!
Jumayatara said…
Hadir Beramai-ramai....Kita berjuang supaya undang-undang Allah didaulatkan dibumi bertuah ni ...jangan risau jamin tidak ada FRU.
Anonymous said…
Dengan tidak semena-mena, berduyun manusia ghairah berkumpul semata untuk menunjukkan perasaan marah dan tidak setuju mereka terhadap pengunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian Katholik. Anehnya mereka-mereka ini sejak zaman laungan merdeka lagi, lebih banyak tidak peduli daripada mengambil perhatian terhadap isu aqidah Islam ini. Peliknya juga mereka dari golongan sepsis ini jugalah yang pernah mencadangkan agar nama Islam diharamkan penggunaannya oleh mana-mana badan pertubuhan, tidak pula sebok berdemo membantah tindakan itu…???

Kini mereka pula, pada zahirnya penuh bersemangat membantah kalimah Allah digunakan oleh Kristian Katholik. Maka adalah memang benar kalimah Allah itu tida layak digunakan oleh sesiapun sekiranya dinisbahkan kepada konsep ketuhanan yang bercanggah dengan sifat ke-esa-an Allah itu apatah lagi dengan apa-apa konsep ketuhanan yang sesat lagi menyesatkan.

Justeru, apakah mereka-mereka yang membantah ini benar-benar marah kerana mempertahankan ke-Esa-an Allah atau buat-buat marah supaya mereka digelar orang sebagai pembela agama?

Sikap seorang muslim apabila disebutkan kalimah Allah, akan menjadi takut dia kepada Allah. Takut kepada Allah diistilahkan sebagai taqwa. Orang yang takutkan Allah digelar Muttaqin. Adapun sebelum seseorang itu menjadi muttaqin, mestilah dia dikalangan orang yang beriman dahulu. Orang yang beriman digelar mukmin. Mukmin pula mestilah di kalangan orang yang menerima Islam sebagai cara hidupnya. Orang Islam digelar muslim. Tidak mukmin seseorang itu kalau dia bukan Muslim. Seseorang itu tidak dikira muttaqin jika dia bukan Mukmin.

Iman itu percaya dan ta’at dengan sebenar-benarnya akan perintah Allah Ta’ala. Taqwa pula takut dia untuk melakukan larangan Allah dan takut dia jika tidak melakukan apa yang Allah suruh keatas dia. Jelas di sini iman dan taqwa tidak boleh dipisahkan. Hanya manusia yang takut saja akan ta’at perintah tuhannya. Sebab itulah apabila mereka ini diserukan nama Allah kepada mereka, mereka menjadi gentar dan takut, kerana merasa dirinya seperti ada arahan Allah yang dia tidak laksana dan larangan Allah yang dia kerjakan. Seperti mana firman Allah Ta’ala :

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ

وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ

“Sesungguhnya orang-orang beriman yang bila disebut Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka bertambahlah imannya, sedang mereka itu bertawakkal kepada tuhannya.”(Surah Al-Anfaal : ayat 2)
Anonymous said…
Namun disana ada lagi satu spesis manusia yang muslim tetapi tidak mukmin. Manusia spesis ini hanya mengaku dirinya muslim tetapi di dalam hati sanubarinya tidak takut kepada arahan Allah. Mereka hanya menyatakan bahawa mereka juga adalah pejuang agama, pejuang Islam, berjuang mempertahankan Kalimah Allah, namun malangnya, mereka hanya mempertahankan lafaz bukan makna. Mereka hanya menyatakan keIslaman dan keimanan di lidah namun ingkar dihatinya. Perbuatan menyembunyikan kufur dan menzahirkan keislaman dipanggil nifaq. Orang yang melakukan perbuatan nifaq dipanggil Munafiq. Bahkan Allah menurunkan satu surah khusus dinamakan Surah Al-Munafiqun. Ia meunjukkan betapa antara musuh di kalanga masyarakat Islam ialah munafiq. Ianya tidak mustahil, kerana Allah telah membongkar isi hati mereka yang sebenar di dalam kitabnya yang maha lengkap. Sepertimana firman Allah :

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ

“Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian”, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman”

( Surah Al-Baqarah : ayat 8)

Orang yang takut kepada sesuatu adalah orang yang kenal kepada benda yang dia takuti. Semua orang tahu dan kenal sifat dan perangai Harimau dan Kucing. Sebab kenal dan tahu sifat harimaulah seseorang itu takut untuk ke hutan. Ada orang ingat kucing sifatnya makan orang macam harimau. Jelaslah dia tidak kenal akan hakikat kucing itu. Jika dia kenal, dia tidak setakut itu.

Orang yang takutkan Allah, maka dia mestilah kenal sifat-sifat Allah yang maha sempurna. Dia amat tahu betapa Allah akan memberi azab sebagai balasan ke atas perbuatan ingkar kepada Allah. Dan dia tahu betapa Allah tidak akan memungkiri janji-Nya.

Kita ingin lihat apakah mereka yang sokong dan bantah ini, apakah benar-benar kerana mereka kenal akan Allah…? Atau bantah kerana semata-mata mahu mencipta sentiment yang boleh menjadi keuntungan politik perkauman mereka, atau menyokong sepenuhnya semata-mata mahu menjaga hati pengundi?
Unknown said…
Persoalannya ialah, apakah mereka yang membantah ini kerana mereka kenal akan segala sifat kesempurnaan bagi Allah yang wajib, mustahil dan harus bagi aqal kita sepertimana yang termaktub di dalam perbahasan-perbahasan ilmu tauhid..? Apakah mereka membantah ini atas kesedaran yang lahir dari aqidah tauhid mereka..?

Sekiranya mereka benar-benar membantah atas kesedaran tauhid, maka kehidupan mereka mestilah tunduk dibawah arahan Allah dan Rasul-Nya. Iman dan taqwa memberi kesan dalam corak perjalanan hidupnya. Iman dan taqwa bukan sekadar di mulut yang melaungkan slogan dan bantahan sahaja. Iman dan taqwa itu mesti memberi kesan terhadap setiap tindak-tanduk, gerak-geri, sikap dan pemikiran seseorang itu, berdasarkan apa yang Allah gariskan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.

Adalah pelik apabila, seseorang itu, yang mana hidupnya dicorakkan dengan unsur penolakan arahan dan suruhan Allah, sedangkan Allah mengarahkan setiap yang beriman kepadanya untuk mempertahankan apa yang telah diwahyukan-Nya, dan dia selama ini tidak pernah patuh pun kepada-Nya, bukankah di sana ada percanggahan mempertahankan nama tuhan dalam masa yang sama menolak suruhan tuhan yang dipertahankan namanya. Bukankah pelik…??? Katakanlah seserang itu amat meluat dan benci kepada si fulan, namun di hadapan orang lain di menafikan sikap meluat dan bencinya itu dan menaikkan nama si fulan itu. Kebetulan pula orang lain itu orang yang kenal baik dengan si fulanini . Tidakkah di sana seperti ada sesuatu yang hendak dituntut dari orang lain atas perbuatanya itu sedangkan dia sendiri tidak suka kepaa si fulan ini…???

Kerana itulah kita mesti berhati-hati dengan telatah mereka ini sebagaimana firman Allah :

يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَمَا يَخۡدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمۡ وَمَا يَشۡعُرُونَ

“Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar”( Surah Al-Baqarah : ayat 9)

Membantah atas dasar mencipta sentiment perkauman sempit dan mencari sokongan manusia mukmin bukan perkara baru. Ia perkara lama yang diwarisi dari golongan munafiq lama oleh generasi munafiq baru. Perkara ini dapat dibuktikan dengan firman Allah :

وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَـٰطِينِهِمۡ

قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ مُسۡتَہۡزِءُونَ

“Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman.” Dan bila mereka kembali kepada syaitan-setan mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok”( Surah Al-Baqarah : ayat 14)
Anonymous said…
Kemudian Allah menegaskan :

ٱللَّهُ يَسۡتَہۡزِئُ بِہِمۡ وَيَمُدُّهُمۡ فِى طُغۡيَـٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ

“Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka”( Surah Al-Baqarah : ayat 15)

Golongan munafiq yang berpura-pura membantah juga hanya bertujuan hendak merancang strategi baru menewaskan golonga-golongan pejuang mukmin yang muttaqin, juga mereka yang membela keadilan dan kebenaran bersama orang-orang mukmin. Mereka dengan penuh semangat melaungkan lafaz mempertahan kalimah Allah dan Islam, tetapi pada hakikatnya, selepas daripada itu, mereka mengambil kesempatan terhadap suasana ini untuk berbincang strategi baru untuk menjatuhkan Islam. Firman Allah :

وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ۬ فَإِذَا بَرَزُواْ مِنۡ عِندِكَ بَيَّتَ طَآٮِٕفَةٌ۬ مِّنۡہُمۡ غَيۡرَ ٱلَّذِى تَقُولُ‌ۖ وَٱللَّهُ يَكۡتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ‌ۖ فَأَعۡرِضۡ عَنۡہُمۡ وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلاً

”Dan mereka (orang-orang munafiq) mengatakan: “(Kewajiban kami hanyalah) taat”. Tetapi apabila mereka telah pergi dari sisimu, sebahagian dari mereka mengatur siasat di malam hari (mengambil keputusan) lain dari yang telah mereka katakan tadi. Allah menulis siasat yang mereka atur di malam hari itu, maka berpalinglah kamu dari mereka dan tawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi Pelindung” (Surah An-Nisaa’ : ayat 81)

Dan ketika mereka bersungguh-sungguh memperlihatkan diri mereka sebagai pejuang agama dan mempertahankan kalimah Allah, ita akan melihat mereka keluar dengan penampilan seolah mukmin, malaungkan kalimah-kalimah suci sambil bertakbir. Namun malang, Allah Ta’ala telah memperingatkan kita betapa pada hakikatnya seperti sebatang kayu yang disandarkan di dinding sahaja. Pendirian mereka tidak kukuh, tidak kukuh sekukuhnya pohon yang tinggi bertunjangkan iman. Kekuatan iman dan aqidah mereka amatlah lemah, kerana hanya dengan sedikit gegaran, kayu yang bersandar itu pun tumbang menyembah bumi. Sebaliknya bagi mereka yang kenal sungguh-sungguh akan Allah, pastlah iman mereka kukuh, tidak akan tumbang walau sekuat mana gegaran yang terjadi. Firman Allah :

وَإِذَا رَأَيۡتَهُمۡ تُعۡجِبُكَ أَجۡسَامُهُمۡ‌ۖ وَإِن يَقُولُواْ تَسۡمَعۡ لِقَوۡلِهِمۡ‌ۖ كَأَنَّہُمۡ خُشُبٌ۬ مُّسَنَّدَةٌ۬‌ۖ يَحۡسَبُونَ كُلَّ صَيۡحَةٍ عَلَيۡہِمۡ‌ۚ هُمُ ٱلۡعَدُوُّ فَٱحۡذَرۡهُمۡ‌ۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُ‌ۖ أَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ

“Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka ini boleh berpaling (dari kebenaran)? ( Surah Al-Munafiqun : ayat 4)

Dan demikianlah sikap dan pendirian sebenar golongn munafiq apabila tiba-tiba bangun mempertahankan Islam dan Kalimah Allah. Kerana ramai dikalangan mereka yang hanya mahu mengambil kesempatan untuk kepentingan diri dan golongan mereka sahaja. Adapun bagi orang-orang yang beriman serta takut dan ta’at kepada perintahnya, mereka akan berpendirian betapa Kalimah Allah itu hanya layak dinisbahkan kepada segala sifat ke-Esa-an-Nya. Tidak tidak sama sekali boleh dinisbahkan kepada konsep-konsep ketuhanan yang sesat lagi bathil.

http://www.politikbanjar.blogspot.com/

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID