Siapa Betul, Siapa Salah....

Ini adalah kenyataan Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS, Kawasan Shah Alam pada hari keputusan Mahkamah memberi green light kepada Herald menggunakan perkatan ALLAH dalam majalah mereka. sumber: haprak daily

"Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini. "Saya rasa keputusan ini (mahkamah) akan mengukuhkan lagi kefahaman Islam di kalangan orang Islam sendiri, bukan atas nama (Islam) saja," jelasnya.

Ini pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Murshidul Am Parti Khalid Samad. sumber: mstar online

"Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran."

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. "Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama,"

Dan ini Kenyataan dari Jawatankuasa Biro Politik PAS Pusat. sumber: haprak daily

Biro Politik PAS Pusat yang bermesyuarat lebih dua jam di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur Isnin malam berpendirian supaya semua pihak tidak menyalahgunakan perkataan ‘Allah’ tanpa pendirian jelas samada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan majalah Herald The Catholic Weekly itu perlu ditolak, diterima ataupun dibuat rayuan.
Dalam kenyataan ringkas yang diedarkan kepada wartawan pada hampir 12 tengahmalam Se itu, PAS hanya memberi peringatan supaya perkataan ‘Allah’ tidak disalahgunakan bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat. PAS juga menjelaskan bahawa dasar pada kaedah Islam, penggunaan nama ‘Allah’ pada asasnya adalah dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Mesyuarat itu hanya membincangkan satu agenda sahaja berhubung ‘Penggunaan nama Allah’ dan ianya disertai oleh 25 orang pemimpin termasuk Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad.

Woii Khalid Samad dah beli biro politik PAS, sampaikan ape yang Timb Murshidul diaorang cakap pun mangkok-mangkok ni tak endah.

Macam mane parti la yang kerap mengkafirkan sesama islam dan parti yang menjamin ahlinya masuk syurga boleh bercanggah pendapat, apa tuhan khalid samad lain ke dari tuhan Haron Din? atau quran yang Khalid baca berlainan dengan Quran yang Haron Din baca?

Sebenarnya kalau korang nak tahu, si khalid ni, badan dia je ada dekat PAS tapi hati dan perasaan dia dah bersama DAP, tu pasal la mase Nga Kor Meng nak mengaji atas pentas ceramah dulu dia rujuk kat Khalid Samad, khalid la yang bagi tahu kat Nga yang dalam quran memang ada surah aura, ini cerita betull dan sekarang ni memang sah la quran yang khalid samad baca berlainan sekali dengan Al-Quran yang kita semua baca.


Comments

Anonymous said…
AKU RASA DIA BACE QURAN SUKU2 LA BRO. TP DIA BACE BIBLE SIAP HARKAT, IDGHAM PNJG ENDEK LAGI! TU YG LIDAH TAK BENTI2 MEMBELIT! HARKKK PTUIHHH!!!
Anonymous said…
Pendirian Pas Macam Rokok Marlboro Light: Berangin Tetapi Tidak Menyengat
Anonymous said…
pas dah mengarut, ikut pas mati masuk neraka.
kulatlapok said…
MANA NASNYA????? SAMPAI SEKARANG AKU TENGAH TUNGGU NI, KE HANG MASIH TENGAH TERCARI2.... KALAU TAK JUMPA AKU NAK HABAQ KAT HANG NIE..
Mv Agusta said…
Haaa... haaa, apa kebendanya puak -puak PAS nie. Pakat sokong sebab asasnya dikatakan kristian dan Yahudi agama samawi ( agama langit ). Lupa atau buat2 lupa kristian dan yahudi hari ini mana rujuk kitab zabur, taurat atau injil yg asal. Mereka dah cetak baru dengan berbagai versi.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID