Operasi Lalang: Isu Mata Pelajaran Pilihan.


Hasil Tulisan Abba.

Kegiatan DAP dalam meneksploitasikan isu mata pelajaran pilihan di Universiti Malaya telah menambahkan ketengangan di antara Melayu dan kaum bukan Melayu. pada 17 Ogos 1987 ahli-ahli DAP yang diketuai oleh V.David, timbalan Pengerusi DAP Selangor, Dr.Eng Seng Chai,Pengerusi DAP Selangor dan Lim Guan Eng telah mengadakan tunjuk perasaan haram di hadapan pintu masuk Universiti Malaya yang berkesudahan dengan pertengkaran dan caci mencaci antara mereka dan penuntut-penuntut Melayu Universiti itu. Kata-kata seperti "Cina balik Tongsan "dan "Melayu balik Indonesia", serta "Kalau berani keluarlah",telah dilaung-laungkan.

Hanya kawalan yang rapi oleh pihak Polis serta pihak keselamatan Universiti telah dapat mencegah dari tercetusnya pergaduhan. Sebagai reaksi kepada peristiwa 17 Ogos 1987 itu, siswa-siswa Melayu pula telah mengadakan perhimpunan di Kampus Universiti Malaya pada 20 Ogos 1987 tanpa kebenaran pihak Universiti, dan perhimpunan itu telah menegangkan lagi keadaan .

Tanpa menghiraukan keadaan yang sudah tegang itu, DAP pada 9 Oktober 1987 telah menganjurkan satu lagi perhimpunan haram dan mogok lapar di pintu masuk Universiti Malaya.Perhimpunan tersebut diketuai oleh Dr.Eng Seng Chai. Sebelas orang daripada pemogok lapar ini telah ditangkap apabila enggan bersurai .

Untuk menonjolkan diri mereka sebagai juara kaum Cina dan India dan untuk menguatkan sokongan kaum-kaum tersebut kepada mereka, pemimpin -pemimpin DAP telah menuduh MCA dan MIC sebagai tidak memperjuangkan kepentingan kaum-kaum ini, dan mencabar mereka membela kepentingan kaum-kaum tersebut.

Semasa perhimpunan haram DAP pada 17 Ogos 1987 di pintu masuk Universiti Malaya untuk menentang keputusan penggunaan Bahasa Malaysia dalam mata pelajaran pilihan, sepanduk-sepanduk yang mengandungi ungkapan-ungkapan berikut telah dipamerkan:

-"MIC,MCA DAN GERAKAN-JANGAN MENGGADAI MARUAH"
-"MIC,MCA- SELEEPING BEAUTIES"
-"MCA dan MIC- LETAK JAWATAN "
-"MENGAPA MIC JADI PENDIAM "
-"MCA TIDAK BERBUAT APA-APA "
-"MIC,MCA JUAL MARUAH "

Bersambung esok jam 1 petang...

Comments

detguaq said…
Sejarah bakal berulang?
Sejarah boleh mengajar?
Sejarah sedang di ubah?
Sejarah boleh di ubah?

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID