Operasi Lalang: Kemunculan Kumpulan Marxist


Hasil Tulisan Abba...

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah muncul kumpulan Marxist yang bertujuan untuk merungkai struktur sosial dan pilitik negara dan menubuh sistem komunis. Kumpulan ini dipelopori oleh beberapa individu yang menghayati fahaman Marxist ketikamenuntut di beberapa buah universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat dan universiti tempatan.

Kumpulan tersebut mempunyai perhubungan dengan pertubuhan luar negeri yang merupakan "front" komunis antarabangsa. Mereka menerima latihan di Filipina menerusi "Philippines Educational Theatre Asociation" (PETA) dan "Kilusang Mayo Uno "(KMU) atau "May First Movement"yang mana kedua-duanya adalah pertubuhan pro-komunis.

Kumpulan ini telah menjalankan kerja "conscientization "di kalangan masyarakat. Proses "conscientization"adalah bertujuan menyedarkan rakyat kononnya kemiskinan,penderitaan dan ketidakupayaan mereka adalah berpunca dari penindasan oleh sistem yang wujud sekarang. mengikut kumpula ini, rakyat hendaklah berjuang menukarkan sistem sosial yang ada dan seterusnya mewujudkan satu sistem bersifat kesamarataan (egalitarian).

Dalam hal ini, dakwaan masalah-masalah seperti kemiskinan, penindasan, ketidakadilan, kepincangan jentera kerajaan dan ketidaksungguhan pemerintah menyelesaikan masalah-masalah sering dimainkan semata-mata untuk menghakiskan kepercayaan rakyat kepada sistem yang wujud sekarang. Semua ini adalah selaras denagn strategi Barisan Bersatu Komunis (BBK) adalah satu strategi komunis mendapatkan sekutu sementara waktu (temporary alliance) dengan sebarang kumpulan atau orang-orang perseorangan yang bukan komunis dan berkerjasama dalam memperjuangkan satu-satu isu yang menjadi kepentingan bersama.

Tujuannya ialah untuk menrik perhatian atau minat kumpulan atau seseorang itu agar menerima kepimpinan politik komunis serta corak dakyahnya.) Beberapa individu dalam kumpulan Marxist ini,di antaranya Dr.Mohd.Nasir Hashim (sekarang adun kota damansara), seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Chee Heng Leng, seorang pensyarah di Universiti Pertanian malaysia, telah di ketahui menggunakan kaedah-kaedah Marxist untuk mempengaruhi rakyat jelata,khususnyakaum buruh. sehubungan dengan ini Dr.Nasir telah mengakui bahawa hasratnya bergiat demikian ialah untuk "mewujudkan sebuah Kerajaan dictatorship of the proletariat" adalah satu kerajaan transisi sebelum pemerintahan Komunis sepenuhnya .

Bersambung minggu depan...

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID