Operasi Lalang: NPW Dan PAS Eksploitasikan Isu Krisrianisasi

Hasil Tulisan Abba.

Kegiatan NPW ini diketahui dan dieksploitasi oleh Salleh Omar, seorang penganggur yang berasal dari Kedah, dengan membesar-besarkan kejayaan mengkristiankan orang-orang Melayu melalui ceramah-ceramahnya di beberapa buah masjid , sekolah dan jabatan kerajaan.

Kamaluddin hj.Tahir, seorang penjaja yang berasal dari Kampung Damansara Dalam, Kuala Lumpur, yang mengakui kononnya pernah menajdi paderi, turut juga mengeksploitasi isu ini dengan menghebohkan kejayaa-kejayaan yang kononya telah dicapai dalam usaha mengkristiankan orang-orang Melayu .

Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua mereka yang tersebut di atas telah dipercayai oleh beberapa golongan orang Melayu dan telah menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Islam.

Kegelisahan ini telah dipergunakan oleh beberapa pemimpin PAS untuk kepentingan politik mereka. Pada 7 Ogos 1987 di Parit Amal, Johor, Khalid Abdul Samad Setiausaha Pemuda PAS (kini ahli parlimen shah alam) telah membuat kenyataan bahawa "seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya pada tahun 2000".

Pada 1 September 1987, akhbar The New Straits Times telah menyiarkan kenyataan Haji Yusof Rawa, Yang DiPertua Agong PAS, yang mendakwa 66,000 orang Melayu telah meninggalkan Islam .

Pada pertengahan tahun 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Anti-Kristianisasi yang telah melancarkan kempen penerangan seperti seminar-seminar, ceramah-ceramah umum dan penyebaran risalah-risalah berkaitan denagn isu Kristianisasi tersebut, dan ia disusuli dengan satu "Perhimpunan menentang Kristianisasi" yang telah diadakan di Sitiawan, Perak pada 29 Ogos 1987 .

Semasa perhimpunan itu Mohamaed Sabu, seorang tokoh Pemuda PAS, mendakwa bahawa seramai 10,000 orang Melayu telah diKristiankan .

Berhubung dengan perhimpunan tersebut DAP telah membuat laporan Polis membantah kain rentang yang di letakkan oleh pas di Pekan Sitiawan yang berbunyi "Ceramah Dan Perhimpunan menentang Kristianisasi" dilihat boleh menimbulkan penghinaan terhadap agama pihak yang membaca kain rentang tersebut .

Kegiatan NPW dan aktiviti-aktiviti golongan tertentu yang cuba mengeksploitasikan isu kristianisasi, telah menimbulkan perasaan curiga dan ketegangan kaum antara orang Melayu dan Kristian .

Bersambung esok jam 1 petang....

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID