Adun DAP & Aziz Bari Perlekehkan Kuasa Sultan Selangor

Adun dap kampung tunku lau weng san membidas tindakan sultan selangor kerana memperkenankan perlantikan khusrin sebagai setiausaha kerajaan negeri selangor yang baru, kata lau "pelantikan suk selangor yang baru tidak akan sah selagi dia tak angkat sumpah di hadapan menteri besar" dan lau menambah "Kalau mengikut undang-undang pun, jawatan itu mesti dipenuhi oleh calon daripada suruhanjaya perkhidmatan awam kerana mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri selangor 1959, jawatan ini perlulah dilantik daripada suruhanjaya perkhidmatan yang sahaja, maka semestinya perlu dilantik daripada SPA".

Aku tak pasti sama ada cina dap ni paham atau tidak bahasa melayu dan undang-undang tubuh negeri selangor, apa pun pakatan haram nampaknya terlalu takut dengan pelantikan kusrin sebagai suk selangor, perkara ini samalah dengan sewaktu pakatan haram mula-mula perintah selangor dulu, ketika itu datuk ramli pun mereka hendak singkirkan, tapi di sebapkan kontrak datuk ramli belum tamat, maka pakatan terpaksa menerima datuk ramli sebagai suk negeri tetapi kuasa datuk ramli di kecilkan oleh khalid dan kuncu-kuncunya.

Prof cari makan, aziz bari pun senada dengan lau, malah aziz bari terang-terang perlekehkan kuasa tuanku sultan selangor dengan mengatakan, "kenyataan yang dibuat oleh setiausaha sulit tuanku sultan selangor, datuk munir bani yang mana tuanku telah perkenan melantik khusrin sebagai suk selangor sebagai tidak ada sebarang asas dalam perlembagaan," pahamnya kita dengan kenyataan ini, aziz bari melihat tindakan tuanku sultan selangor melantik khusrin tidak mengikut perlembagaan negeri.

Makin teruk aku tengok raja-raja melayu di perlekehkan, jika dulu pembangkang kini orang yang bergelar profesor pun ikut juga memperlekehkan kuasa sultan.

Comments

Lau Weng San said…
Kamu perlu merujuk kepada tulisan asal dan jangan tokok tambah. Yang memperlekehkan institusi raja berpelambagaan ialah UMNO bukan Pakatan Rakyat. Lagipun tulisan kamu tidak memetik tulisan asal saya. Jangan jadi batu api.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID