JOM: Pemuda BN Prihatin Golongan Memerlukan

Program Cakna Pemuda BN Malaysia yang memfokuskan bantuan segera terhadap golongan yang memerlukan merupakan salah satu bingkisan program Jelajah One Malaysia (JOM) yang kini sedang berlangsung.Ianya merupakan salah satu inisiatif Pemuda BN dalam mendekati rakyat seterusnya membuktikan bahawa Pemuda BN di bawah pimpinan YB. Khairy Jamaluddin sentiasa mengambil berat nasib golongan yang kurang berkemampuan.

Semalam, team JOM yang memulakan program ini di Terengganu telah menziarahi beberapa insan yang memerlukan seperti warga emas dan golongan kurang upaya (OKU). Keprihatinan YB. Khairy telah memberi satu sentuhan baru terhadap mereka. Antara sumbangan yang diberikan kepada mereka termasuklah kerusi roda dan wang ringgit. Ianya sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka.

YB.Khairy Jamaluddin telah memaklumkan bahawa usaha ini akan diteruskan dalam program JOM di masa akan datang. Beliau berkata, golongan muda wajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan selain dari aktiviti sukan yang menjadi pilihan utama generasi baru ini.

YB. Khairy juga amat kagum dengan kesungguhan golongan belia di Terengganu yang begitu teruja menyertai program JOM. Antara kumpulan yang menyertai program JOM termasuklah Kelab Bermotor Terengganu dan Persatuan Remaja Terengganu.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID