Sekitar Misi JOM Di Negeri Pahang

Selepas terengganu, jelajah one malaysia (jom) singgah di negeri pahang, sambutan luar biasa dari rakyat dan kerajaan negeri memberi semangat kepada pemuda umno untuk meneruskan misi jom.

Program baik pulih rumah di kampung darat jering, sungai ular, indera mahkota menjadi pembuka tirai misi jom di negeri pahang, ia mendapat pujian daripada masyarakat di kampung tersebut. rata- rata di kalangan mereka tidak menjangkakan bahawa pemuda bn akan turun padang di kawasan kampung mereka.

Kehadiran yb. khairy jamaluddin bersama barisan pemuda bn negeri lebih meyakinkan masyarakat di kawasan itu bahawa hanya bn yang mampu menjadi tunggak kerajaan negeri. dalam ucapannya khairy menyeru kesemua penduduk yakin dengan kepimpinan bn, janji bn bukan omong kosong dalam membantu rakyat. malah, ahli parlimen pkr indera mahkota sendiri tidak mengotakan janji pilihanrayanya dan hanya sibuk berpolitik mengejar kuasa.

Khairy menjelaskan yang program JOM merupakan sebahagian program pemuda bn dalam memastikan tradisi bn membela rakyat diteruskan melalui khidmat pemuda bn Indera mahkota, pemantauan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa agar masyarakat di kawasan ini terus diberi perhatian dan pembelaan.

Dalam progaram di indera mahkota itu, khairy sempat singgah ke majlis perkahwinan ajk pemuda UMNO bahagian indera mahkota sebelum meneruskan konvoi ke kuantan dengan di iringi oleh konvoi bermotor dari kelab bermotor kuantan. ketika di kuantan, pemuda bn turut menyumbangkan dua buah kerusi roda kepada golongan kurang upaya disana.







Comments

Anonymous said…
Apahal.. tuan punya blog ni rupanya tak berpijak di bumi nyata. Orang benci dengan si beruk ni. Tak paham lagi ke?

Tak pe, kita semua ada pilihan, lagi sekali ada cite pasal promote Beruk ni lagi, nyah blog ni dari subsciption aku.
Anonymous said…
buat baik pun salah.. !!!!
MK IV said…
huhh.. mak aii.. baik punya ugut..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID