DEDAH: Kepada Orang India, Ada Yang Lebih Penting Dari Interlok.


Aku kadang-kadang tak paham dengan sesetengah orang india ni, dok kecoh satu malaysia pasal buku interlok, tak habis-habis dengan isu perkataan "pariah" dalam buku tu, macam tak ada isu lain yang lebih penting....

Kalau ada orang india yang baca blog aku, kat sini aku nak bagi korang satu isu, ini mengenai pembohongan khalid gagap terhadap kaum india, ini soal pelajaran, cuba korang bising kat khalid gagap, mana perginya sekolah tamil yang baru untuk penduduk bekas ladang midland shah alam? kerajaan bn dulu dah janji bukan setakat janji je, tapak pun dah dapat untuk buat sekolah tu, tapi tak sempat pasal kalah pru lepas, so bila kerajaan baru naik, khalid gadaikan tanah tapak sekolah tamil tu kepada kawannya di syarikat i-city.

Ini kenyataan khalid, "Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu."

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Nampaknya khalid melebihkan kawan koperatnya dari penduduk india yang mengundi pkr pada pru lepas, kalau dulu orang india kata khir toyo zalim dan jahat, tapi sejahat-jahat dia pun dia paksa juga i-city untuk bagi tanah untuk di dirikan sekolah tamil, tapi khalid gagap lagi jahat dari khir toyo, langsung tak ambil peduli, malah sanggup megenepikan permintaan kaum india yang memberikan kemenangan pada pkr pada pru lepas.

Comments

Anonymous said…
Dulu elok elok dalam buku aje....dah setel dah.... SEBAB DIA BUAT KECOH SEMULA, BATALKAN PERUBAHAN PADA INTERLOK...KEKALKAN VERSI LAMA....BUAT KECOH LAGI...LUCUT KERAKYATAN DAN HALAU KELUAR DARI BUMI MELAYU INI....HABIS CERITA
Anonymous said…
aku setuju dengan bro det. interlok bukanlah isu yang terlalu besar, isu pendidikan lebih besar bagi kaum india, selepas memberikan kemenangan kepada pkr dan pakatan rakyat, kaum india di pinggir oleh kerajaan pakatan rakyat, sepatutnya mereka mendapat sekolah baru, tapi di sebapkan khalid tamak, maka pakatan rakyat nafikan hak kaum india.
Anonymous said…
yelah bro.

beritau kaum India bahawa harga minyak telah naik untuk kali ke 4 dalam masa 4 bulan.

Harga masih murah berbanding Zimbabwe yang memang tak keluar minyak.

Kalau ada yang cakap "gua takde kena mengena sebab gunakan RON95" Suruh dia terjun lombong

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID