65 Tahun UMNO, Pemimpin Umno Dah Lupakan Blogger.

Masa susah cari blogger, masa kena balun teruk, cari blogger, masa prk pun cari blogger juga, tapi bila tiba 11 mei, sorang pun pemimpin umno tak ingatkan blogger, kami bukan mintak invitation card pun, tapi sekurang-kurangnya hantar sms pun jadi la.

Aku tau la umno sekarang ni dah kuat, tapi jangan la pulak insan kecil macam kami ni di lupakan terus, kalau ada program tu, cepat je sms sampai, tapi tarikh 11 Mei, satu sms pun kami tak terima, bukan kami mintak vip table pun, umno semakin kuat, kalau tarikh 11 mei pun pemimpin umno tak ingat kat blogger, macam mana la nasib kami kalau umno dapat majoriti 2/3 pada pru akan datang, adakah kami akan di lupakan terus....? nampak gayanya, bergitu lah nasib kami.

Aku memang sengaja tak mau keluarkan posting ni pagi tadi, pasal aku tunggu ada tak pemimpin umno yang selama ni kerap sms kat aku hantar sms untuk jemput kami, tapi dah sampai habis solat isyak, haram satu pun sms jemputan tak di hantar, so aku keluarkan la posting ni, memang betul la, pemimpin umno langsung tak ingatkan kami.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Comments

Jawa Bernam said…
suka posting ni...
mohon link....jawaber6
Gerakan Timur said…
ishh... ish...

sedih la bro... beginilah nasib, diriku yang malang...

oh tuhannnnn....
Unknown said…
Aku setuju...kalau nak penuhkan program diaorang jemput la..tapi program ni ramai yang hadir...tu yang tak de jemputan...ehehehe
Jawa Bernam said…
Gerakan Timur bila nak meeting di kampung Sabak Bernam...hehehe
detguaq said…
Sebak bro....
setuju bro DET ,

setakat kami di Penang ni tak pa la kalau tak sms pun , tapi member2 di KL dan Selangor sepatutnya dijemput ka ke majlis hari ulangtahun UMNO ..
Anonymous said…
Kita semua ucapkan Selamat Hari Lahir buat UMNO dan hantar ucapan tsb kepada pemimpin2 UMNO. Kita kena ucapkan begitu supaya dorang UMNO teringat yang dorang tak ingatkan bloggers!!
KAKIGOMO said…
jangan bersifat ketika busuk memerlukan pewangi wahai umno

Kekadang aku fikir penulis blogger pun kena tibai umno,bukan gosok jeer,nilah akibat dok gosok sanggat,mereka rasa selesa dengan gosokan penulis blog
Anonymous said…
the best VIEW of all time!!!


mmg kebanyakan PEMIMPIN UMNO mudah LUPA ...lupa pada si NYAMUK aka blogger....

BODOH,BEBAL,DUNGU aku boleh bagi label kat PEMIMPIN mcm nih...
KALAU kalah nnti ..... baru tau siapa pejuang SEBENAR......

sebab tu...masih ramai lagi Hipokrit2 kat dlm UMNO ni.....
Anonymous said…
benda2 mcm ni MESTI MESTI MESTI di UTARAKAN......

at least sms la....

aq yg x suka blog selama ni...dah bookmark majority blog pro BN.... dan mmg BLOG ni senjata UTAMA, bukannya ADUN2 semua tu.........bullshit.
abidin tawau said…
bro, linkan http://abidintawau.blogspot.com/
Ezad said…
boss..

aku rasa, bukan sebab pemimpin UMNO lupa blogger, tapi mereka tak tau peranan blogger..

ye la.. masih lagi ditakuk lama..
Anonymous said…
Assalamualaikum bro, bukan nak menyampuk tapi ada sikit tak kena ngan statement la.. wa pun peminat setia UMNO... cuma bagi saya la blogger wujud berapa lama bro? ada 2 atau 3 tahun.. kalau wa salah betulkan la... 65 tahun tu cukup lama kalau blogger wujud cthnya 3 tahun lepas...65-3 = 62 tahun perjuangan UMNO tanpa blogger... duluuu!!! skang zaman IT kita ada blog utk mnyebarkan maklumat.. mungkin blogger akan dijemput... kita tunggu laaa
komandomelayu said…
MODUS OPERANDI UMNO WAJIB DIUBAH:

1-UMNO HARUS BUANG IMEJ PARTI ELIT
HANYA UNTUK GOLONGAN ATASAN, BANGSAWAN,USAHAWAN DAN ORG KAYA MENGAUT KEKAYAAN NEGARA DENGAN BERPURA-PURA BERJUANG UNTUK RAKYAT!

2-UMNO MELETAK MATLAMAT UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM MAJU YANG SOFISTIKATED DENGAN BERTERASKAN HUKUM AL QURAN DAN LAKSANA HUKUM ISLAM UNTUK UMAT ISLAM DAN UNDANG2 PENJAJAH UNTUK GOLONGAN BUKAN ISLAM
BUKAN SEPERTI PAS YANG MEMUNDURKAN NEGARA DENGAN FAHAMAN ISLAM YANG SEMPIT DAN GAGAL MELIPUTI SEMUA ASPEK SPT PELAN EKONOMI,PELAN PERTAHANAN,PELAN PENDIDIKAN DLL

3-PEMIMPIN UMNO DARI MAJLIS TERTINGGI HINGGA KETUA CAWANGAN HARUS KENAL SEJADAH,SURAU DAN MASJID DENGAN PEMAHAMAN ISLAM YANG MENDALAM DAN MAMPU MEMIMPIN UMAT KE JALAN LURUS!-
BUKAN KELAB MALAM DANGDUT DAN COFFEE HOUSE DAN HANYA MINUM DI WARUNG BILA PILIHANRAYA!

4-PEMIMPIN UMNO TIDAK MENONJOLKAN KEKAYAAN DENGAN RUMAH MEWAH BERPAGAR TINGGI DAN BERKENDERAAN MEWAH KERANA AKAN MENGUNDANG PERSEPSI RAKYAT TERHADAP RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA!
-SIBUK DENGAN URUS KEKAYAAN SENDIRI TIADA MASA UNTUK RAKYAT BAWAH YANG MISKIN!

5-UMNO HARUS MERAPATI SECARA KOLEKTIF GOLONGAN PASCA MERDEKA DAN PASCA 13 MEI KERANA RAMAI TIDAK MEMAHAMI SEJARAH DAN JASA UMNO TERHADAP AGAMA DAN BANGSA
-BUKAN BUANG MASA SIBUK DENGAN PROGRAM BELIA BERKUMPULAN KECIL SAHAJA DAN SIBUK DENGAN BANTUAN2 KELUAR NEGARA TETAPI BELIA DALAM NEGARA TERABAI!

INSYAALLAH UMNO MARA!
Semut Hitam said…
Ya betul. apa yang disarankan oleh Darul Ehsan ni adalah hakikat sebenar.

Kenapa tetiba je, blogger tak dijemput hadir ke majlis sambutan malam tadi? itu satu benda yang cukup pelik dan harus diberikan perhatian.
GAP KEMBALI said…
aku sependapat dengan artikel ini
PAPA GOMO said…
jam 10 pagi.....blogg aku pun hangat he he he


takpa depa sibuk lah tu det.....tak sempat nak jemput kita....
Anonymous said…
Wohaaa.. Hidup bloggers elit.. Yang penting.., Anwar memang patut bertobat.
Anonymous said…
agaknya mereka nak wat program khas untuk blogger kot! Mungkin sepetang UMNO bersama blogger sempena 65 tahun? Apa pun hang kena berfikiran positif. hang ni ahli UMNO ke tak? he.he.he
Pang5Husin said…
Cyber muncul pada awal 1997. Lebih kurang 14 tahun sudah. 14 tahun agak lama dan patut juga diiktiraf. Bukan diberi gelaran blogger musang, blogger perasan dan sebagainya.
Anonymous said…
Bro tak payah tanya la tuan punya blog tu ahli umno ketidak, mereka ni semua buat kerja melebihi keberanian yang ada pada pemimpin pemuda umno, pemuda umno pun tak seberani bloger, jadi soalan tu nampak bodoh dan tolol.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID