Breaking News
Loading...
May 14, 2011

Info Post

Cakap banyak tak guna, aku tikam mesti kena, tak payah ayat berbunga-bunga, terus terang aku nak kata, kami bloggers selangor telah di tikam belakang oleh keng-kawan bloggers sendiri, siapa yang tikam kami, nanti aku akan listkan blog-blog tu bila tiba masa yang sesuai.

Bukan nak menidakan rezeki orang, tapi puak-puak yang silang kami tu, tak pernah berpeluh pun di selangor ni, senang cerita, apa lancau isu selangor depa tak tau, bukan tak ada bloggers hebat di selangor ni, ramai, tapi kenapa mereka sanggup mengaku merekalah bloggers yang pertahankan selangor sejak dari awal, aku bagi korang sikit hint ye... bayangkan ada sorang bloggers dalam team tu orang luar selangor, yang baru berapa bulan buat blog, sejak dari prk permatang pauh sampailah prn sarawak, pengalaman dalam prk baru dua-tiga, punya la penakut nak masuk ke ceramah pembangkang, tapi dia boleh mengaku dia lah bloggers yang terhebat di selangor, kalau tanya dia apa isu di selangor, aku jamin dia akan cari pak cik google untuk dapat jawapan.

Memang sial politik bloggers ni, ada yang dah makan besar bulan-bulan tapi masih tamak haloba, ingat...kejatuhan group bloggers pembangkang yang ketika itu di namakan bloggers network di sebapakan benda macam ni jugak lah, silang menyilang dan tikam belakang, akhirnya apa jadi dengan bloggers pembangkang? depa semua dah jadi bacul macam pondan, aku redha kalau rezeki tu bukan aku punya, tapi aku tak boleh terima bila orang yang pernah makan semeja dan panggil aku bro, boss dan abang tikam belakang aku dan kawan-kawan lain.

Apa korang nak main politik ke? ok kalau nak main politik, kita main politik, lepas ni kita tengok politik sapa lebih hebat dan politik sapa lebih gila, politik aku atau politik korang, kita tengok sapa yang terduduk lepas ni, jangan menyesal, dari pada elok-elok senang lenang, tiap-tiap bulan dapat income silap-silap lepas ni jadi papa kedana, bukan korang je papa kedana tapi sekali dengan vvip di selangor tu akan pastikan dia hilang jawatan dalam perhubunggan negeri, kami dah tahu sapa punya game ni. jangan main bangsat...

6 comments:

Anonymous said...

sabar bro, dunia macam tu la, hasat dengki dan tamak haloba tak boleh lari, tambah pulak sekarang ni, bloger lebih berani dari pemuda umno, jadi tak heran la semua benda ni boleh berlaku.


ADIB pembaca setia blog pro bn.

MPP said...

Lawan tetap lawan boss.. Kalau nak gaduh nanti jangan lupa ajak gua... Gua dah spare steering lock ni... Hahahahaha

Anonymous said...

Salam tuan DET.

Saya antara pembaca setia blog2 proBN. Bukan pertama kali hal ini diketengahkan oleh tetuan blog proBN. Setiap kali isu ini timbul, hati saya jadi resah. Resah kerana cuba mengikuti dan memahami apakah senario sebenarnya.

Mungkin beginilah yang letakkan status MEDIA BARU akaplah apa nak cakap. Sebagai pembaca setia MEDIA BARU, nampaknya pembacanya juga perlulah berpemikiran terbuka sebagaimana pengendali blog itu sendiri.

Apa kata tubuhkan je persatuan penulis Blog. Buatlah cap apa pun. Kemudian buat je urusan marketing dengan agensi-agensi berkenaa. Rasanya kaedah itu dapat selesaikan isu ini daripada terus diungkit.

Saya juga tidak setuju dengan pengendali blog yang curang dan pentingkan diri sendiri. Masalahnya ikatan hubungan antara blogers itu hanya pada hati. Asasnya, setiap blogers itu BEBAS. Maka itu tak hairan ada yang terBABAS!

Pembaca juga ada pertimbangan sendiri.

Anonymous said...

bro

mula2 kita sabor bro kita sabo

kalau dia org dok main kotor...

next step...

kita bako bro kita bako.....

hemisfera said...

Kalau dah ada bahan, keluarkan aje DET.
jangan nak tunggu-tunggu kemudian.
jangan nak jadi macam geng Pakatan Rakyat, main ugut-ugut.
Ada bahan, bantai kasi rapat.
jangan nak tunggu dekat PRU13.
Rasa macam ada orang nak rosakkan kerja bloger, bantai kasi rapat.

saya pembodek umno tegar said...

x cukup lagi ke yang ketua cawangan bagi bro?

haha..tu la..sapa suh jadi pencacai..

buat kerja ikhlas je bro..apa susah..