Ini Cukup Menakutkan Pandikutti...

Pandikutti cukup risau dengan perhimpunan gerak aman di padang kelab sultan sulaiman, kampung baru semalam, tengok betul-betul gambar di bawah tu, selama ni, orang cina di momokan oleh pandikutti dan juak-juaknya kononnya perkasa sebuah pertubuhan perkauman, perkasa benci pada orang cina, tapi semalam, segala apa yang di momokan oleh pandikutti dan juak-juaknya terbukti salah.

Semalam ramai orang cina yang tidak berparti telah datang memberi sokongan kepada perkasa, mereka juga turut terpanggil untuk bersama perkasa menentang perhimpunan haram yang nak dibuat oleh ambiga dan pakatan haram, mereka datang kerana mereka merasakan, ambiga dan pakatan haram telah melampau.

Mereka merupakan wakil peniaga dan penjaja kecil di sekitar kuala lumpur, sekiranya berlaku perhimpunan haram "bersih" bermakna perniagaan mereka akan terjejas teruk pada hari itu, siapa yang nak bertanggung jawab atas kerugian mereka pada hari itu? adakah ambiga nak bertanggung jawab? adakah mat sabu nak bertanggung jawab? siapa nak bertanggung jawab soal mereka...

Peniaga cina yang hadir semalam bukan lah bodoh seperti yang pandikutti sangkakan, mereka tahu, perhimpunan haram itu tidak ada kena mengena dengan SPR, sebaliknya perhimpunan itu di buat untuk divert isu liwat pandikutti, jadi kata mereka, yang bermasaalah pandikutti sorang, kenapa nak di heret rakyat bersama dalam masaalah dia.















Comments

Anonymous said…
Kaum cina mereka tidak sejahat mana, cuma mereka mahu "kuasa" dlm pendidikan, perniagaan dan pekerjaan.

Saya rasa amat bergembira juga mereka ini hadir dlm perhimpunan tersebut dan mahu suasana aman damai dan bebas bergerak tanpa gangguan.

Wahai bangsaku, bangkit lah dan berjuanglah demi bangsaku dan anak-anakmu, bebaskanlah diri kamu dari anasir-anasir yg cuba memporak perandakan umat bangsaku, sedarlah kamu bahawa apa yg kita kecapi hari ni dlm suasana harmoni, bebas, saling bertolak ansur, saling sayang menyayangi semasa umat akan berkubur dan menjadi debu dan nostalgia hitam buat diri anak anak kita. Bersatu lah demi keamanan dan hidup dalam harmoni.
Anak PM said…
Tengok kepada watak Datuk Him anak kelate ni teringat saya kepada bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Harun Idris sanggup mempertahankan maruah bangsanya hingga ke titisan darah terakhir
Anonymous said…
Saya setuju dan sokong komen2 anda di atas, apa yang kita mahukan adalah keamanan dan keharmonian
demi mempastikan generasi kita akan datang dapat hidup aman, damai dan
makmur, janji maruah bangsa kita tidak tergadai....

A M A N M A L A Y S I A ! ! !

Orang lama.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID