Sham Kamikaze Dah Berubah...

Syukur ada sorang lagi artis dah berubah, semalam aku pi dengar pengakuan sham di masjid subang airport, menarik juga pengakuan yang dia buat dan dia mengaku selama ni dia memang jahil pasal agama Islam.

Apa yang lebih menarik tu, walau pun si sham ni mengaku yang dia memang jahil pasal agama, tapi dia tak salahkan orang lain, dia mengaku kejahilan dia tu kerana kesalahan dia sendiri.

Tak macam bob lokman, dah la dia jahil agama, tapi dia tak mau mengaku itu kesalahan dia, malah sedap-sedap je dia salahkan buku ilmu alam (geografi) dan orang lain sebagai penyebap dia jadi jahil agama dan sekarang ni dia dah di angkat oleh puak-puak pas sebagai ustaz... mamposs beb, bob lokman dah jadi ustaz.

Mencari ilmu untuk bekalan ke akhirat memang di tuntut, tapi jangan lah kerana taksub untuk mencari ilmu akhirat, orang lain kau sebat semacam je, mentang-mentang kau dah pakai serban dan berjubah dan kau dah dapat title ustaz, orang lain semua salah, kau sorang je yang betul.

Aku harap sham tak mengikut perangai buruk bob lokman yang makin hari makin riak dengan dengan jubah, serban dan gelaran ustaznya tu, carilah ilmu agama sebanyak mana pun, tapi kalau dalam hati ada sifat riak dan meninggi dia seolah-olah aku sorang je yang maksum dan orang lain semua jahat dan mati masuk neraka, ilmu yang kau cari tu sia-sia je...tak de maknanya...

video pengakuan sham yang dia buat di masjid subang airport semalam klik sini untuk part 1 dan part 2.

Comments

Anonymous said…
bagus la tu, jangan terikut dengan pas dah la ye, aku lebih suka kalau sham menjadi pendakwah bebas..
Anonymous said…
Taubat tu bagus, apatah berubah kearah kebaikan, jangan sampai jadi braheng b'b dok takok tu je...asyek nak beperang SALIB????? Eh ngko geng mane ni? Geng Salibi kot braheng........Yang nu yg kata orang 'Jahil' murakap.Orang buat secara aman dia nak gaduh.Jadi pendakwah bebas? he ek lek, belajar potong ayam dulu bang ooi.
Anonymous said…
Anon 12.37 am,org baru nak berubah ko dah mcm2,manusia cam ko ni la haram jadah,support tunjuk ajar la sikit.Belajar potong ayam konon..sembang lebih kau..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID