"Selangorku": Dua Lagi Asrama YS Di Tutup

Lebih daripada 450 pelajar Yayasan Selangor (YS) bakal menghadapi masa depan yang gelap ekoran keputusan pentadbiran sayap pendidikan negeri Darul Ehsan itu bakal menutup dua buah asrama terkemukanya di ibukota yang selama ini menjadi penyambung talian pendidikan di beberapa sekolah terkemuka termasuk Sekolah Menengah Victoria dan Sekolah Aminuddin Baki.

Langkah itu walaupun ditentang oleh wakil Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanahnya, tetap dilaksanakan oleh YS dengan tidak lagi mengambil pelajar baharu tingkatan satu ke kedua-dua asrama pusat berkenaan pada awal tahun ini.

Pihak pentadbiran bercadang menutup operasi kedua-dua asrama gah itu apabila sesi sekolah berakhir pada akhir tahun ini. Pelajar-pelajar sedia ada bakal dipindahkan ke asrama-asrama sekolah berkenaan yang pastinya tidak menjadi kenyataan kerana sekolah-sekolah tersebut juga menghadapi masalah kekurangan tempat di asrama masing-masing.

YS memberikan alasan bodohnya, bahawa kedudukan asrama berkenaan tidak sesuai lagi kerana para pelajar tersepit dalam kesesakan lalulintas sehingga menyebabkan mereka yang ke sesi petang hanya sampai ke asrama jam 8.30 malam dan tergesa-gesa untuk kegiatan selanjutnya.

Tetapi itu hanyalah alasan YS, menurut sumber dalaman, kewangan defisit YS adalah punca utama tindakan tersebut kerana pihak pentadbiran sudah tidak mempunyai kewangan untuk mengurus para pelajar berkenaan dan dengan memindahkan mereka ke asrama-asrama daerah seperti di Sabak Bernam dan Klang pastinya mengurangkan beban yang ditanggung.

Sebelum ini YS menutup kolej kemahiran di Kuala Selangor dengan alasan operasinya tidak menguntungkan.

Comments

Sebelum ini Institut Kemahiran Yayasan Selangor juga ditutup atas alasan tidak menguntungkan. Di Selangor, apa sahaja yang tidak menguntungkan walaupun ianya bertujuan untuk kebajikan kepada rakyat adalah TIDAK PERLU.

Kalau nak tahu ceritanya rujuk di SINI

Aku Yang Bingai
Anonymous said…
biar berkecai tulang dari berputih mata...asrama YS yang banyak melahirkan ramai professional melayu harus dipertahan.
jebat said…
Sudah terang lagi bersuluh... baru berkuasa waktu singkat habis hak orang melayu nak dihapus. Bangun pertahankan anasir2 anti melayu diselangor ini.
Anonymous said…
tapak asrama tu di jual pada harga rm 1.5b ulang balik rm 1.5b
banyak duit untuk di songlap bro...
pacat said…
harga yang perlu dibayar oleh rakyat selangor kerana memilih PR memerintah. Biarlah rakyat selangor yg menyokong PR sedar bahawa mereka tidak pernah bersyukur ketika BN memerintah tetapi kini tidak mampu berbuat apa2 apabila nikmat berkenaan tergadai.....

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID