ISU GEREJA: Khalid Gagap Arah Hasan Ali Tutup Mulut.

Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata beliau sanggup dipecat jika diminta melepaskan jawatannya berhubung kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis di sebuah gereja beberapa hari lalu.

Hasan Ali sebagai berkata, beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika diminta melepaskan jawatan sebagai exco kerajaan negeri dan apa-apa jawatan sekali pun "demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor."

Dalam satu kenyataan Khamis lalu, Dr Hasan berkata JAIS melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya Rabu lalu kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Bagaiamanapun, presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philip menyangkal dakwaan bahawa kumpulan Kristian menggunakan kerja-kerja kebajikan untuk mendorong orang ramai menganut agamanya.

Hasan Ali enggan mengulas lanjut tentang isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID