Tazkirah Politik Dan Fitnah Di Surau Seksyen 8 Shah Alam..


Warga seksyen 8 shah alam memberitahu aku petang semalam, yang imam jemputan di surau seksyen 8 shah alam melampau, tazkirah politik dan cerita fitnah berkumandang dalam surau ketika sembahyang sunat terawikh.

Kebiasaannya kalau orang nak bagi tazkirah masa sembahyang terawikh, mereka akan sembahyang sampai rakaat ke 8 dulu, lepas tu baru la tazkirah selama 15 ke 30 minit lepas tu sembahyang sunat terawikh di sambung semula.

Tapi di surau seksyen 8 ni pelik sikit, depa buat terawikh 4 rakaat, bertazkirah sampai 45 minit lepas tu sambung terawikh 4 rakaat lagi, kemudian balik. tazkirah tu baik untuk para jemaah yang buat tarawikh, tapi janganlah di gunakan tazkirah tu untuk memfitnah dan megadu domba sesama umat islam.

Aku di fahamkan, ada jemaah dari rawang selangor sanggup datang ke surau itu semata-mata nak dengar tazkirah politik di situ, insyaallah aku akan pergi dan rakam tazkirah di surau seksyen 8 tu sebagai bukti.

Untuk pengetahuan semua, surau seksyen 8 yang aku maksudkan tu adalah surau ar-rahmah yang satu masa dulu pernah di arahkan di tutup sementara oleh pihak jais kerana berlaku perebutan kuasa sehinggakan berlaku insiden kafir mengkafir pada tahun 2007.

Comments

Anonymous said…
siapalah pas tampa politik adu domba dan fitnah...
Anonymous said…
Teraweh ibadah khusus bulan Ramadhan. Sepatutnya buat lah penuh, jgn diganggu dgn tazkirah terutama tazkirah politik. Tazkirah boleh buat hari2 dibulan lain..pandai tak boleh diajar puak2 PAS ni.. geludok
Anonymous said…
Lucutkan aje imam macam tu..tak layak langsung di panggil imam!!
Anonymous said…
Surau Al-Ukhwah, Subang Bestari pun sama, sembahyang terawih 4 rakaat, lepas tu depa Tazkirah 45 min (panjang tu), baru sambung 4 rakaat dan witir, boring la,,,,,,
Anonymous said…
nak lucut macam mane bro, hasan ali rush gereja pasal ada bukti mereka nak murtadkan orang islam pun pas dah bising, ini lagi mau lucutkan imam tu, jais pun tersepit bro, dalam selangor ni tugas jais dah di ambil alih oleh pas.
Anonymous said…
Apa nak di herankan manusia yang jenis macam ni..aka barua-barua PAS. Bulan yang mulia pun tak abis berpolitik. Selagi ALLAH bagi can memerintah selagi itu lah mereka ni tak akan berhenti bergelumang dengan dosa...serba serbi salah UMNO or BN..pala BAPAK lu lah partai ajaran sesat...
Anonymous said…
Surau ni biasa lah.markas pas..sape tau lagi..dah jemu nak masuk surau ni..g terus masjid negeri..
Anonymous said…
Sayang nya surau ni jadi markas orang lepas emosi. Tak habis habis dengan mendahulukan perasaan. Apalah ajaran yang mereka ikut! Agaknya ini cara mereka lepaskan stress dari tempat kerja mereka. Yang pelik rata-rata orang Kerajaan, makan gaji kerajaan,, cilok kerja pun dengan kerajaan, minta biasiswa anak pun dari kerajaan, hutang perumahan pun hutang dari kerajaan, tapi kutuk kerajaan, sendiri pun tidak memberi sumbangan apa-apa pada kerajaan. Dasar orang pandai-pandai, ilmuan tetapi fikiran letak dikaki. Sayangnya rumah Allah jadi tempat lepas perasaan!
Anonymous said…
Bro semua,

Senang je, agak agak boring, angkat ponggong cabut la, kalau ditunggu pun silap silap tanggung dosa.

Besok datang lagi, tapi kali ini siap bawa bulldozer, robohkan je bangunan tu,

Benar, merobohkan surau atau mesjid tu dosa(betul ye?), tapi ini bukan surau , baik sikit dari DUMC, kalau surau masakan ada orang menabur fitnah? mencaci orang lain? mengaibkan orang lain? dll ....
azmean said…
Masjis Kuang, selangor pun sama. senaraikan sekarang semua masjid yang pakai trick sama.
Anonymous said…
Sebenarnya menghadiri majlis ilmu/tazkirah di bulan ramadahsn tu
lebih baik dan lebih banyak pahala yang akan didapati kalau nk dibandingkan dgn solat sunat terakwih, cumanya di surau tersebut mesti ada satu guide line utk para penceramah yang dijemput tanpa menyalah ertikan tasiran hadith/ayat quran yg dibacakan itu.
Anonymous said…
Tak heran. Sekarang hampir semua surau2 & masjid di kontrol oleh puak2 PKR. Dekat rumah aku seksyen 18 shah alam Masjid yg dekat dengan hi-way LAKSA, siang malam tazkirah politik & fitnah.
Anonymous said…
sekadar renungan untuk saudara penulis blog ini:

"orang yg bodoh adalah orang yang menjawab sebelum mendengar, berdebat sebelum memahami permasalahan dan menghukum sesuatu yg tidak diketahui" (imam jaafar siddiq)

u are welcome to surau ar rahmah sect 8. insyaallah.. dan saya yakin perspektif anda tentang surau ini akan berubah kerana setentunya saudara bukan tergolong dari orang2 yg dikatakan oleh imam jaafar siddiq ini.. :)
Anonymous said…
Pentadbir surau/masjid mesti besikap adil kariah yang datang untuk bersolat dan tidak memecahbelahkan mereka. Bila ada yang suka dan ada juga yang menolaknya bermakna penceramah ini tidak boleh diberi peluang lagi.
Unknown said…
Fitnah semata mata, kamu semua tidak akan tahu jika kamu sendiri tidak mengikut kuliah2 para ustaz di sini secara konsisten. Mulut manusia siapa boleh halang? Berhentilah memfintah saudara se islam kamu sndiri

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID