Isu Kuil Hindu Seksyen 19 Shah Alam, Surat Rayuan Kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor...

Masih belum selesai lagi cerita pasal kuil haram seksyen 19 shah alam, mana janji-janji khalid samad dan roziah kepada penduduk nak pindahkan kalau mereka di pilih sebagai adun dan ahli parlimen, ni dah nak dekat pru 13, masaalah penduduk seksyen 19 masih lagi tak settle, bila kuil hindu yang didirikan secara haram tu nak di pindahkan, buntu dengan janji-janji manis khalid samad dan roziah, penduduk seksyen 19 menghantar surat kepada setiausaha kerajaan negeri selangor, datuk khusrin, memohon kepada datuk kusrin supaya jangan tangguhkan lagi pemindahan kuil haram itu.

Yang Berhormat,
Datuk Khusrin bin Haji Munawi,
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Datuk,

Penduduk Seksyen 19 mohon pemindahan kuil ke Seksyen 23 tidak akan di tangguhkan oleh kerajaan Negeri Selangor.

Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas.

Berhubung perkara di atas penduduk Seksyen 19 akan menghantar surat yang telah di tanda tangani oleh penduduk sekitar dalam masa yang terdekat kepada pihak Datuk. Kami masih mengumpul tanda tangan penduduk yang tinggal sekitar kawasan kuil. Penduduk akan meneruskan usaha untuk menghantar bantahan kepada DYMM Sultan Selangor jika pemindahan kuil tidak di selesaikan sebelum akhir tahun 2011. Wakil-wakil Rakyat kawasan Shah Alam telah berbohong kepada penduduk untuk selesaikan isu pemindahan kuil pada November 2010. Tetapi hingga ke hari ini pemindahan kuil masih tertangguh begitu lama. Penduduk mohon bantuan pelbagai pihak agar masalah yang dihadapi oleh penduduk Islam Seksyen 19 di selesaikan segera. Penduduk sudah terlalu lama bersabar menunggu masalah itu di selesaikan oleh pemimpin Negeri Selangor. Namun kesabaran penduduk Islam Seksyen 19 telah dipermainkan oleh pemimpin politik yang terlalu menjaga hati dan perasaan bukan Islam.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Salam Aidilfitri. Maaf zahir Batin.
Penduduk Seksyen 19 Shah Alam.

Comments

Anonymous said…
Dalam kes-kes yang ada kena mengena dengan kuil ia adalah dianggap isu yang sensitif. Kita jarang dengar surau atau masjid yang dibina secara haram di tanah orang lain, tiada kan.
Parti-parti yang melibatkan kaum India harus memainkan peranan. Ini mungkin dilihat tindakan yang tidak popular, tapi puak-puak ini mesti berfikir secara rasional. Sebelah pihak lagi mungkin akan cuba meneguk di air yang keruh. Ini mungkin punca banyak pihak berdiam diri.
Anonymous said…
sy penduduk taman kat situ. dengar cerita,tak lama lagi memang confirm kuil ni akan dipindahkan (ke mana, tak pasti. soon akan naik rumah tak silap kat situ...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID