Pas sudah diserapi Ideologi Komunis


Kenyataan Media GAPS

Pas sudah diserapi Ideologi Komunis

Kenyataan Md Sabu Timbalan Presiden Pas yang menganggap komunis sebagai hero negara dalam peristiwa diBalai Polis Bukit Kepong telah mengguris hati pasukan keselamatan polis dan tentera dan para pesara pasukan keselamatan negara.

Kenyataan ini sekali gus telah mencemuh dan menidakkan sumbangan besar pasukan polis dan tentera yang berkerja 24 jam sehari serta sedia mempertaruhkan nyawa bagi memastikan keamanan dapat dicapai dan keselamatan dapat dinikmati.

Kenyataan Md Sabu yang mengherokan Komunis sebagai hero negara juga telah memberikan perspektif baru dalam aliran politik Pas dalam arus politik perdana dinegara ini.

Lebih 2 tahun lalu Pas telah mencabut 'Perjuangan Negara Islam' dalam objektif mereka dan kini mereka melangkah terus kehadapan dengan menjadikan komunis 'Hero' perjuangan mereka.

Dalam mentafsirkan kenyataan Md Sabu, GAPS ingin mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden Pas itu kerana membuktikan parti Pas kini semakin jelas diresepi ideologi komunis. Md Sabu berjaya mengalih pandangan orang Melayu yang sebelum ini melihat Pas parti pro Negara Islam, kini sudah jelas menjadi parti yang pro komunis.

Kelmarin Pas tolak Islam bila Hadi Presiden Pas berkata hudud itu irrelevan, hari ini Pas mendakap ideologi komunis bila Md Sabu Timbalan Presiden Pas kata komunis itu hero dan pejuang sebenar negara.

Ideologi komunis dengan jelas menolak ajaran agama terutamanya agama Islam. Ramai umat Islam di Russia dan China diseksa apabila mereka cuba mengamal ajaran Islam.

Kini rakyat sudah tahu rupa Pas yang sebenar. Pas kini semakin dekat dan rapat dengan Chin Peng dan Rashid Mydin. Kenyataan Md Sabu juga boleh ditafsirkan Pas semakin sebati untuk mendaulatkan ajaran Hegel, Karl Max dan Mou Tzee Dong di negara ini.

GAPS tidak terperanjat jikalau visi Md Sabu adalah untuk menyatukan Pas dengan Dap. Ini cuba dilakukan oleh Tan Malaka apabila ia cuba menyatukan Sarekat Islam Indonesia dengan KMN sebuah sayap komunis antarabangsa pada tahun 1922.

Kini Md Sabu cuba meniru teori Tan Malaka untuk cuba merampas kuasa politik dinegara ini. Rakyat mentafsirkan demokrasi cuma mainan Pas tetapi matlamat mereka adalah untuk melaksanakan cita-cita komunis.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

4 September 2011

Comments

dinbangi said…
Artikel yang bagus.cuma tambahan.

Sejak penubuhan PAS memang bekerjasama rapat dengan golongan KOMUNIS.

Pada Pilihanraya 1969 juga PAS pada dasarnya bekerjasama dengan DAP. Kini PAS adalah rakan kongsi DAP.

Kini PAS juga pro-Kristian dalam beberapa perkara pokok yang berkait dengan pencerobohan akidah Islamiah oleh pihak Kristian.

Komunis dan Parti komunis bukan mahu membebaskan Malaya tetapi menakluk Malaya dan menghapuskan Melayu.
Anonymous said…
PAS + DAP = Komunis

Komunis + DAP = PAS

PAS + Komunis = DAP

Aisshhh..samer jer la deme nihhh...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID