Al-Fatihah, Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia...

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Ahmad Jais,75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di sini kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa.

Jenazah akan dibawa di Masjid Negeri Shah Alam dan akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC kerana beliau mempunyai rekod perubatan di situ.

Antara lagu popular beliau ialah Bunga Ku Puja Dipetik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah dan Bahtera Merdeka. sumber: mStar Online.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID