Breaking News
Loading...
October 11, 2011

Info Post
Sinar harian semalam ini melaporankan 20,000 ahli dewan himpunan penyokong pas akan keluar pas jika hudud dilaksanakan.

Pengerusi dewan himpunan penyokong pas hu pang chaw berkata, pas berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud.

Menurut hu, ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah pas mahu memperkenalkan hukum hudud di kelantan.

Justeru beliau memberi amaran langkah itu akan menyebabkan ahli-ahli sayap paling muda pas itu meninggalkan secara besar-besaran, sekali gus menjejaskan peluang parti komponen pakatan rakyat itu dalam pilihan raya umum.

PAS perlu mengambil kira dan menerima pandangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam, sementara itu pemuda pas kelantan melalui ketuanya, abdul latif abdul rahman berkata, pihaknya berpendirian, hu yang menerajui dewan itu lebih memahami dasar pas berbanding dengan ahli-ahli biasa yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat ini.

Beliau juga mengingatkan hu agar tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti.

2 comments:

Anonymous said...

Bagi jer kawasan2 balak lagi kat kelab penyokong ni... D jamin beres...

Anonymous said...

Alahai.. yang jadi ahli dewan perhimpunan tu siapa pulak..? jawab lah sendiri jika benda tu menyusahkan kita balek.. masih tak sedar lagi ke?...