Rembat Duit Parti Kena Gantung, Hina Jalur Gemilang Lepas Bebas...

Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP mengetepikan hukuman gantung selama enam bulan yang dikenakan terhadap ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan berhubung kenyataannya tentang bendera Malaysia, kata kenyataan yang dikeluarkan ibu pejabat kebangsaan parti itu hari ini.

CEC membuat keputusan menggantikan tindakan penggantungan itu dengan memberi amaran keras kepada Manoharan.

Jawatankuasa itu membuat keputusan tersebut berikutan rayuan yang dikemukakan Manoharan berhubung penggantungan yang dikenakan terhadapnya oleh jawatankasua disiplin DAP.
Kenyataan itu juga berkata CEC bagaimanapun mengekalkan penggantungan selama enam bulan yang dikenakan terhadap ADUN Bentayan Gwee Tong Hiang atas dakwaan penyalahgunaan kuasa berhubung dana parti.

komen aku: maknanya dap menganggap menghina jalur gemilang adalah perkara kecil yang hanya perlu di beri amaran sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID