HUDUD: PAS Johor Kafirkan Anwar...


PETALING JAYA: PAS Johor menempelak kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak kemungkinan agenda hudud dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.

“Hudud ini ada dalam PAS dan PAS berada dalam Pakatan Rakyat. PAS dalam perlembagaan dengan jelas mahu melaksanakan hukum-hakam Allah,” kata Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamad sambil merujuk kepada Fasal 5 perlembagaan parti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar merangkap Ketua Umum PKR yang dilaporkan media sebagai berkata bahawa agenda hudud tidak ada tempat dalam Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian dalam satu sesi dialog bersama pemimpin masyarakat Cina dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya kelmarin.

Bagaimanapun, Mahfodz mengakui bahawa parti komponen Pakatan Rakyat belum mencapai kata sepakat dalam pelaksanaan hukuman hudud dan menyatakan bahawa penekanan terhadap pelaksanaan hudud adalah menurut kesesuaian.

Menurut beliau, Anwar sendiri tidak mempunyai sebarang halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan. Tambahan pula agama adalah di bawah bidang kuasa negeri.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan Tantawi langsung tidak tahu menahu mengenai kenyataan Anwar itu.

“Saya tidak pernah dengar Anwar kata begitu,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian dilaporkan berkata bahawa undang undang hudud tidak dibincangkan sewaktu penubuhan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun katanya, ini tidak bermakna PAS menolak hudud kerana perkara itu boleh dibincangkan dalam Pakatan Rakyat pada masa depan.

Comments

Anonymous said…
macam2 konar baring punya excuse boleh didengar daripada pihak pas apabila diminta komen pasal nuar brahim punya kenyataan. pas memang takdak teloq lama dah. sandar agama kat kafir demi sekeping undi.
Anonymous said…
kan cantik bonyinya kalau semua bloggers panggil ngan gelaran Tuan Haji Anwar Ibrahim atau Tuan Haji DSAI kan manisss tu...tunjuk hormat dan kasi nilai tambah mnusuk kalbu sikit...adusss klu blogger PR dan ahlul bangang PAS baca sejukkkk hati2 dema kelian kah kah kah

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID