PAS Batal Demo, Hassan Ali Berdemo Jam 2 Petang Ini...

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan Islam termasuk Pembela mahu meneruskan demonstrasi berkaitan Seksualiti Merdeka di Masjid Negeri Shah Alam petang ini manakala Pemuda PAS pula memutuskan untuk membatalkan tindakan mereka yang dirancang untuk diadakan di Kampung Baru di sini. Demonstrasi (di Masjid Negeri) tetap diteruskan, kata Pembela dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Dalam kenyataan terdahulu, Pembela berkata pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan penganjur, penaja dan penyokong program yang telah merencanakan agenda gerakan homoseksual di Malaysia sekian lama. Antara dijangka berucap sempena demonstrasi 2 petang ini ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Dalam pada itu Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, sayap parti Islam itu meminta kepada setiap Pemuda PAS negeri di Malaysia membatalkan himpunan aman bagi membantah program tersebut.

komen aku: kan aku dah kata, dalam kes seksualiti merdeka ni, bantahan pas cuma berskala cap ayam je, kalau pun polis dah haramkan, tak bermakna ambiga dan kuncu-kuncunya nak batalkan program tu, hassan ali sanggup turun berdemo nak tunjuk pada umat islam lain yang seksualiti merdeka menyimpang dari ajaran islam.

Comments

Anonymous said…
Memang sah Pas lacurkan agama.
UATAZ SYED HAJI ALI said…
Kalau kita berdemo pun,bukan sebab politik,tapi sebab ISLAM.

PAS tak suka Islam ke?

MASYAALLAH.....NAUZUBILLAH.
Sudir said…
Ada apa-apa perkembangan mengenai demo ni?

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID