Breaking News
Loading...
November 3, 2011

Info Post
Melabelkan pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai 'dajal', Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menuntut tindakan diambil terhadap Ambiga yang didakwanya "mempromosi ajaran terlarang dengan menggalakkan homoseksual".

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris mendakwa, bekas presiden Majlis Peguam itu sedang membawa "agama baru" yang bergabung sama dengan hak asasi dan menggalak homoseksual.

Irwan mengulas program Seksualiti Merdeka yang akan dirasmikan oleh Ambiga pada 9 November ini.

"PERKASA menentang program ini kerana homoseksual adalah perbuatan terlarang dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap program ini.

"Rakyat perlu mengenali Islam sebagai agama rasmi persekutuan. PERKASA tidak mahu melihat aktiviti menghakis Islam dan agama lain.

"(Homoseksualiti) adalah juga dikutuk oleh agama lain. Maka polis dan pejabat peguam negara harus bertindak segera (terhadap Ambiga)

"Ratusan laporan polis telah dibuat terhadap Ambiga, tetapi tiada
tindakan diambil. Ia menunjukkan seolah-olah beliau kebal dan kami mahu hal ini dihentikan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Dang Wangi membantah program Seksualiti Merdeka.

Ketika dihubungi, Ambiga enggan mengulas.

komen aku: kenapa ambiga beria-ia sangat mempromosi dan mempertahankan golongan gay, lesbian dan bisexual? pasal dia pun lesbian... cuba cek balik, ambiga tak pernah berkahwin pun, dia tak de nafsu pada lelaki, pasal dia lesbian.

3 comments:

Anonymous said...

Jangan dibiarkan penularan budaya barat yg jahil ini. Sejarah dahulu telah membuktikan betapa kaum-kaum ini telah dihapuskan oleh Allah di muka bumi ini. Allah beri kita hati, perasaan dan akal. Tapi gunakanlah akal supaya kita selamat.

Anonymous said...

Kalau gitu lebih kurang dengan nuar berahim juga la.

mdsaf said...

jom buat report polis!!! sediakan meriam air....