Press Sec Dan Pegawai Khas TPM Kurang Ajar...

Atas dasar solidariti, aku terpanggil untuk mengutuk tindakan dan perangai setiausaha akhbar dan pegawai khas timbalan perdana menteri malaysia yang cukup kurang ajar dan biadap dengan wartwan, cerita tentang kekasaran dan maki hamun pegawai dan press sec tpm itu korang boleh baca di blog papa gomo.

Cerita pasal press sec tpm kurang ajar, biadap dan tak respect orang ni dah banyak aku dengar, aku pernah juga kena dengan dia sewaktu buat liputan program tpm di ampang campuran, sesudah program lawatan tu, aku bertanya dengan cara yang aku rasa amat tertib, tak pernah aku se tertib ini, maklumlah benda yang aku nak tanya ni pada press sec tpm, so kena susun ayat betul-betul, soalan aku simple je, "datuk lepas ni tpm ke mana"? dengan muka berminyak, rambut berserabai, dia jawab, "mane aku tau, dia balik" tak ke haram jadah punya jawapan tu, macam tu jawapan press sec, ooo... mentang-mentang aku blogger dia tak pandang aku ekk... (gambar program tpm di ampang)

Lepas aku dapat jawapan macam haram jadah dari press sec tpm, aku dengan sorang lagi rakan blogger pun blah, nasib aku baik aku jumpa dengan ketua umno bahagian ampang, datuk ismail kijo, dia yang arahkan aku dan kawan blogger ke sebuah gerai di bandar baru ampang, katanya tpm nak pekena teh tarik kat situ.

Timbul persoalan kat sini, dia sebagai press sec takan dia tak tahu apa program boss dia lepas ni, atau pun perangai dia memang berlagak nak mampos... tpm perlu tengok-tengokkan la sikit perangai press sec dan pegawai dia yang maki hamun wartawan agenda daily hari tu, perangai semacam ini akan menyebapkan orang benci pada tpm.

Comments

Anonymous said…
Sebenarnya bukan TPM saja yg mcm tu... tapi boleh dikatakan majoriti Menteri mcm tu. Menteri tak ada hal, yg buat hal ialah Press Sec & pegawai khas @ setiausaha sulit. Kepada Pak Menteri, beringatlah.... jgn sesekali kau biarkan pegawai tersebut melayan wartawan dan kakitngan kerajaan secara kurang ajar kerana mereka ini lah yg amat di percayai rakyat. Kalau nak menang PRU akan datang sila perbetulkan sebelum terlambat.
Anonymous said…
Saper Press Sec TPM? Ainon ke?
Anonymous said…
sendiri mau ingat la bro
Anonymous said…
Hahahahahaha..... Lebih sudu dari kuah..... wa kenal sgt dia ni.... satu famili aku kenal.........
Anonymous said…
Apa nak buat Menteri ahli politik... sedor yang dia orang tu semua kena ada orang sokong.... Yg dilantik-lantik ni besor kepala ... answerable to Menteri jer.... perasan tak habis......

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID