Isu Calon Melayu: PAS Lupa DAP Pun Ada Nafsu Nak Jadi MB...


Macam yang aku tulis hari tu, pas dan dap tak mampu untuk duduk semeja, belum pun parlimen dibubar, pas dan dap dah bergaduh pasal isu calon, kata pas, mereka tak bersetuju sekiranya dap meletakan calon melayu...

Haa... baru pas ada akal, tengok sendiri bertapa liciknya permainan politik dap, mereka sanggup import calon melayu untuk bertanding atas tiket roket.

Kenapa dap beria-ia sangat nak letak calon melayu? contoh terbaik ialah di perak, dap terlepas menjadi mb perak kerana undang-undang tubuh kerajaan negeri perak berkehendakan melayu jadi menteri besar, bayangkan kalau pru lepas ada seorang calon melayu dari dap yang menang, sudah tentu menteri besar perak adalah dari dap dan bukan nizar.

Dap cukup yakin dapat menguasai kerusi yang mereka bertanding, mereka confiden semua kerusi yang mereka bertanding akan menang, negeri-negeri yang dap aim ialah selangor, negeri sembilan dan perak, maka di tiga negeri itu yang mana undang-undang tubuh negerinya meletakan melayu sebagai syarat untuk menjadi menteri besar, jadi kerana itulah dap nak juga letak calon melayu untuk bertanding.

Dan korang jangan terkejut, nanti masa pilihanraya dap akan letak calon melayu untuk bertanding di kerusi dun di berberapa kawasan selamat buat dap, buka ape sebagai insuran sekiranya dap menang dan memiliki lebih kerusi dari pkr dan pas... so dia boleh la jolok orang dia sebagai menteri besar.

Comments

Anonymous said…
Nak buat macamana, Allah dah butakan mata dan hati puak-puak hijau ni
Anonymous said…
Ini SU dia punya negeri pun sudah tak laku oii..
Anonymous said…
hebat taktik dap ni..nmpak sgt perjuangan utk kuasa..harap Pas cepat sedar

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID