
Aku tengok clip video tv pas interview bob lokman, soalan wartawan tv pas tu pada bob ialah, kenapa bob masuk pas, jawab bob, saya tak mahu masuk neraka, nampak tak bertapa hebatnya jawapan bob lokman tu. bob kata sistem pelajaran yang ada sekarang ni tak islamik, contoh yang bob berikan ialah, mata pelajaran ilmu alam, kata bob, dalam mata pelajaran ilmu alam tak di sebut pun alam ini tuhan yang cipta. kalau bob tak reti baca quran pun, bob bukalah apa kitab agama dalam dunia ni, pasti setiap agama tu kata alam ini ciptaan tuhan, aku tak pasti sama ada bob sewaktu kecilnya dia pergi ke sekolah atau tidak, aku kurang pasti sama ada bob menghantar anaknya ke sekolah atau tidak, semua agama tahu alam adalah cipataan tuhan, kalau dalam buku geografi tak tulis, rujuk balik la pada al-quran, kerana kita orang islam aku yakin ketika bob bersekolah dia suka ponteng kelas agama atau dia tak reti baca quran, itu pasal dia terima bulat-bulat apa yang di tulis dalam buku geografi. benda simple pun bob tak boleh fikir...
Tapi aku cukup suka jawapan bob kenapa dia masuk pas tu, katanya dia tak mahu masuk neraka, sekarang ni kita semua tengok sendiri, tujuan orang masuk pas pasal dia tak mahu masuk neraka, pas mereka lihat seolah-olah jaminan untuk masuk syurga. mereka tengok pas tu sebagai tiket untuk mereka cuci dosa-dosa besar yang dia telah buat di zaman mudanya. Astafirrullah... bob, jangan lah sampai taksub macam ni, kau buat pas tu macam agama pulak, pas boleh cuci dosa masa silam kau, bukan ke lebih elok kau buat taubat nasuhah dari kau masuk pas yang menghalakan penggunaan kalimah ALLAH oleh puak-puak kafir kristian.
"saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.." kenapa bob tak joint jemaah tabligh, bukan ke jemaah tabligh tu bebas dari politik dan cara mereka berdakwah lebih tulus dari pas yang hanya tahu memaki hamun orang.