31 March 2011

GEMPAR: Joe Bedul Terkantoi Lagi.

Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

haaahaaahaaa..... kantoi lagi la joe bedul....

RM 369,370 Kos Tempah Kain Ela & Beli Baju.

Tak tahu apa punya jenis manusia yang bersarang dalam yayasan selangor (ys) ni, besar betul tembolok depa dok lahap duit yayasan, korang bayangkan hampir suku juta di perabiskan dengan membeli kain ela, baju lelaki dan pompuan, sejadah dan al-quran, semuanya berjumlah rm 369,370, untuk 1000 orang tetamu pada majlis sambutan ulang tahun ys. maknanya seorang tetamu ys peruntukan rm 369.37. wahhh... grand betul majlis tu.

Pakatan dok kata ekonomi malaysia tengah gawat, tapi macam mana pulak yayasan selangor boleh berbelanja besar macam tu dalam keadaan gawat, apa maknanya ? ekonomi malaysia tak gawat la tu, tu pasal dia orang boleh belanja dekat suku juta untuk sambut ulang tahun penubuhan yayasan selangor.

Belanja dekat suku juta, tapi hanya dua syarikat sahaja yang dipilih untuk urus program tu, kenapa pihak ys tak buat tander terbuka ? dulu kata nak ketelusan dalam pemberian tander, tapi dalam kes sambutan ulang tahun ys, tak nampak pun kenyataan tawaran tander, kenapa tak buat?

Pihak audit dalaman pejabat suk berpendapat bahawa perbelanjaan yang dicadangkan itu adalah terlalu tinggi dan tidak munasabah. malah pihak audit juga telah mendapati ys telah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM270,750 yakni 90% dari jumlah sebenar walaupun majlis tidak lagi berlangsung.

So apa khalid nak jawab? nak salahkan umno/bn lagi?

30 March 2011

Mari Kita Kenali Blogger PAS Yang Tinggi Akhlaknya.


Like boss like pencacai, itu lah yang aku boleh kata pasal pojie @ topeng perak @ mohd fauzi ini, kalau anwar suka menutuh china doll dia pun sama jugak macam anwar, gambar di atas di ambil sewaktu dia sedang berpoya-poya di shanghai, dalam fb nya dia mengakui amoi sebelah kanannya tu adalah pompuan dia, apa maksud pompuan dia tu, hanya dia je mampu jawab.

Perangai poji yang menjadi kepala dalam serangan cyber terhadap blog-blog pro bn memang teruk, dia ni dulu pernah terlibat dalam kumpulan black metal, tak tau la mungkin sampai minum darah kambing hitam dan pijak al-quran kut, korang kena tanya dia laa... heeeheee. tapi aku rasa dia buat kut itu pasal dia masuk pas, nak cuci dosa, untung-untung nik ajis ampunkan dosa dia.

Dia ni budak kelantan tapi merempat kat subang jaya, memang betul la di ni peminat china doll, korang boleh tengok dia undi siapa masa pru lepas, tapi aku dengar sekarang ni dia dah dok kat kelantan, pasal husam panggil dia balik sana untuk kerja dengan dia, banyak lagi kes mamat muka macam mat gian ni, nanti lah kalau ada masa aku tulis lagi, apa pun korang tengok la berberapa bukti yang aku tulis tu.

Anwar Ke Siam Main Pelacur ? Jawab 5 Soalan Ni Dulu...


Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”

Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.

Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi “Datuk T” iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.

Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah “jawapan dari Allah s.w.t.”

“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk ‘check and balance’.

“Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga,” katanya.

Bagaimanapun blog itu memetik Shazryl Eskay berkata, “tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan.”

Malah Eskay juga berkata, beliau tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.

“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak,” katanya.

Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, 21 Mac lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Menurut Mohamad Mahti, Shazryl Eskay marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

“Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata ‘saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun,” katanya.

“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan,” Shazryl Eskay dipetik berkata.

Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah
“pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
Ketiga, di hotel mana Anwar menginap?
Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan
kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay.

“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.

“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.

Habis 178,200 Untuk Buat Pertandingan Memancing.


Memang gila kerajaan selangor pimpinan khalid gagap ni, sanggup membelanjakan sejumlah wang yang cukup banyak untuk buat pertandingan memancing, 178,200.00 bukan satu jumlah yang sedikit, kalau nak di ikutkan dengan jumlah tu, berapa banyak kerajaan negeri boleh bantu perbaiki rumah rakyat.

Apa yang bestnya tu, kalau pertandingan itu di buat di kolam memancing berbayar tak pe la jugak, aku paham la, mungkin sewa kolam tu mahal tapi ini tak, yayasan selangor menggunakan kolam tadahan air di seksyen 7 shah alam (sebelah dewan belia) sebagai lokasi pertandingan memancing, kolam tu mana ada ikan beb... kalau ada pun ikan talapia sebesar saiz tapak tangan.

Yayasan selangor menganggarkan penyertaan seramai 700 orang dengan yuran penyertaan satu kepala rm 50 dan kalau sewa sekali joran kat penganjur yurannya rm 80, hitung panjang kalau penuh la penyertaan pun di kira sekali dengan orang yang datang memancing dan sewa joran dari penganjur, masih lagi yayasan selangor tak ada untung, hadiah pemenang pulak, mereka hanya menyediakan hamper yang berharga bawah rm 100, kalau bagi motosikal sebijik dua tu logik la nak habis sampai ratus ribu, itu belum kira lagi, berapa tan ikan yang mereka masukan dalam kolam tu? aku yakin tak ada beb... pasal ikan tak ada dalam bajet yayasan selangor.

Untuk apa dia habiskan rm 178,200 tu ? pada aku pertandingan ni adalah pertandingan untuk menipu rakyat dan bukan lah untuk meraikan ulang tahun yayasan selangor, tapi sebaliknya untuk meraikan poket dua-tiga orang kroni khalid gagap, bagi poket mereka masyukk sikit, sebelum kerajaan pkr di tanam pada pru akan datang.

GEMPAR: Zuraidah Lari Bila Tahu TPM Datang Ke Ampang.

Semalam tpm menghabiskan masa seharian di negeri selangor, bermula dari awal pagi di parlimen kuala langat dan bersambung di sebelah tengah hari di parlimen ampang dan pandan.

Selepas solat zohor di masjid al-ubudiah, kampung tasik tambahan, ampang, tpm meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan penduduk di situ, mendengar rintihan mereka mengenai ahli parlimen pakatan haram yang tak buat kerja.


Tpm di sekolah menengah taman tasik ampang, di majlis ramah mesra bersama ngo-ngo, pasukan rela, jkkp, ajk masjid dan surau di sekitar ampang.



Walkabout di pekan taman tasik, bertemu dengan peniaga dan penduduk setempat, banyak luahan yang mereka luahkan kepada tpm mengenai perangai ahli majlis mpaj yang buat tak tahu je tentang masaalah mereka.








Seorang penduduk di kampung taman tasik, mengadu hal kepada tpm, dia dah berkali-kali meminta cukai tanahnya di kurangkan, cukai tanahnya naik kira-kira 30 peratus selepas pakatan haram perintah selangor, tapi pihak mpaj menyuruhnya mengadu kepada mb, tapi sampai sekarang ni, kes yang di adukan kepada mb tiada jawapan.
Salinan surat aduan yang di hantar kepada mb, namun sampai sekarang tiada jawapan dari pada menteri besar selangor. ah-so tu kata, "dulu pkr janji nak kasi turun cukai tanah, mana ada turun, naik lagi ada la"...

Pelajar sekolah tingkatan tiga, sanggup tunggu lama untuk dapatkan autograph dari tpm.
Solat asar di masjid bandar baru ampang.

Mana janji kerajaan pakatan haram untuk membela warga emas, sudahnya kerajaan bn juga yang tolong, itu bukan aku yang kata, tapi anak lelaki kepada warga emas ni yang kata, ketika tpm melawat rumahnya di ampang campuran.
Punya la dia berbesar hati tpm datang ke rumahnya, siap bagi kalungan bunga kat tpm.
Minum petang dan ramah mesra dengan penduduk bandar baru ampang.
Lagi masaalah kerajaan negeri di adukan kepada tpm, kali ini melibatkan tanah juga.
Jamuan makan malam 1 malaysia bersama penduduk parlimen pandan.
Pimpinan mca selangor.
Ribuan hadir untuk menyambut tpm dan isteri, pada awalnya hujan turun dengan lebat, tetapi setengah jam sebelum tpm sampai hujan telah berhenti.


Ceramah tpm paling best yang pernah aku dengar, semalam tpm kupas satu persatu pembohongan yang di buat kerajaan pakatan haram selangor dalam menifesto mereka.


29 March 2011

Diam Tanda Setuju...


Di beritakan mustafa ali su/agung pas dan mat sabu telah menonton video lucah lakonan anwar dan pelacur cina berberapa hari lepas, aku percaya apa yang wartawan harakah tu bagi tahu kat rakan blogger rbf.

Puak-puak edorgan dalam pas kerap kata itu video fitnah, tapi orang yang melalak tu tak tengok lagi pun video tu, mustafa ali dan mat sabu dah tengok, amacam....?

Kalau video tu fitnah, aku rasa, lepas je mustafa dan mat sabu selesai tengok video tu, sure depa dah buat pc, kata lelaki dalam video tu bukan anwar dan aku yakin mereka akan pertahankan anwar bermati-matian, tapi kenapa sampai la ni dua-dua orang tu senyap je...

Diam tanda setuju, maknanya mereka bersetuju lelaki dalam video tu adalah anwar bin ibrahim.

PAS Dapat 5 Kerusi, Macam Mana Nak Tubuh Negara Islam ???


Dalam banyak-banyak parti dalam pakatan haram, dap jugaklah yang paling selamat, dari awal lagi dap dah dapat 15 kerusi selamat untuk mereka, pas pulak di bahagikan 5 kerusi, kerusi yang bisa menghaibkan duit deposit mereka, kawasan pas bertanding adalah kawasan putih bn, semuanya di kubu kuat bn, mampos la kau pas.

Pkr dan snap masih lagi berebut kerusi, pkr nak 24 kerusi dan snap pulak nak 23 kerusi, depa dua ekor tu dok berebut kerusi lagi, jangan terkejut kalau ada kerusi pas terpaksa di korbankan untuk di berikan kepada snap atau pkr, memang depa tak boleh menang di kerusi yang pas bertanding tu, tapi hanya untuk cukupkan kuota.

Tapi kalau di fikir-fikir balik, setakat pas bertanding 5 kerusi je, baik tak payah bertanding, buat habis duit rakyat je, kalau boleh menang semua 5 kerusi tu, ok jugak la, tapi semua 5 kerusi tu semuanya kerusi maut untuk pas, aku sarankan pas tarik diri. lagi satu, setakat bertanding 5 kerusi dari 71 kerusi, macam mana pas nak tubuhkan negara islam di sarawak ?

28 March 2011

Mana 20 Meter Padu Yang Dijanjikan...???


Meskipun sudah tiga tahun pakatan memerintah negeri ini, masih ada penduduk tidak mendapat bekalan air percuma bagi 20 meter padu seperti dijanjikan menerusi manifesto Pilihan Raya Umum pada 2008.

Penghuni sebuah pangsapuri di Pandamaran (kawasan ronnie liew) di sini, yang kebanyakannya berpendapatan rendah, misalnya masih belum menikmati kemudahan itu ketika sebahagian besar penduduk termasuk pemilik rumah mewah menerima keistimewaan berkenaan.

Ini berikutan pangsapuri berkenaan menggunakan meter pukal, di mana penghuni tidak mempunyai akaun individu. Berikutan itu, pengurusan bangunan yang tentukan jumlah setiap penghuni perlu bayar berdasarkan caj keseluruhan yang dikenakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Penghuni terbabit mendakwa pihak persatuan penduduk taman itu sudah banyak kali membuat permohonan kepada kerajaan negeri, tetapi gagal dan terpaksa membayar bil air kepada pengurusan pangsapuri pada harga tidak munasabah.

Kinana Asari, 39, berkata penghuni pangsapuri itu sudah lama menantikan bekalan air percuma, tetapi sehingga kini belum menjadi kenyataan.

Katanya, kelewatan kerajaan negeri menyelesaikan masalah mereka menyebabkan penghuni terpaksa berdepan caj tinggi berbanding caj biasa dikenakan SYABAS.

“Pihak pengurusan sewenang-wenangnya meletakkan caj bil air tanpa merujuk kepada meter. Jadi bil air tidak konsisten berikutan pangsapuri ini menggunakan meter pukal,” katanya.

sumber: berita harian.

27 March 2011

Najib, Soalnya Bukan Konspirasi, Tapi Dia Buat Atau Tidak.


Aku cukup minat dengan ulasan datuk najib tentang video porn lakonan anwar ibrahim, betul la kata najib, soalnya sekarang bukan konspirasi, soalnya sekarang adakah dia memantat atau tidak....ikuti ulasan najib.

Sejak isu video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meletup pagi Isnin lalu, Jumaat malam baharulah kali pertama wartawan berpeluang bertanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya.


Lokasinya ialah sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC.

Isu berkenaan menguasai soalan yang ditujukan kepada Presiden UMNO di celah-celah kehangatan pihak pembangkang memekak mendakwa UMNO terlibat dalam misi menjatuhkan Anwar menerusi video yang didedahkan oleh Datuk Trio.

Perdana Menteri yang tenang berdepan dengan soalan mengenai isu yang menjadi perhatian seluruh negara sekarang menegaskan bahawa UMNO tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Bekas Ketua Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Sharzly Eskay Abdullah secara terbuka telah mengaku mereka berdua bersama bekas Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Shuib Lazim yang bertanggungjawab mendedahkannya.

Bagi Perdana Menteri soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak adalah sangat penting.
“Sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," katanya.

"...sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak," tambahnya.

Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana UMNO berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Mengenai desakan pihak tertentu agar suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat video tersebut, Najib berkata perkara itu terpulang kepada kerajaan.

Beliau berkata polis perlu membuat siasatan rapi dan profesional bagi menentukan ketulenan video itu agar rakyat yakin dengan laporan hasil siasatan yang akan dibentangkan kepada kerajaan nanti.

"Kebenaran dan kesahihan yang mesti ditentukan terutama oleh polis melalui siasatan rapi lagi profesional, dan kalau ada mereka yang pakar dalam hal ini, tentu (ia) boleh ditentukan oleh pihak polis bagi menyokong siasatan mereka," katanya.

Ketika ditanya mengenai persepsi yang mengatakan bahawa polis tidak adil dalam menjalankan siasatan, Najib berkata polis perlu bertindak secara profesional dan menggunakan khidmat pakar bagi menyiasat sama ada video itu diubah secara teknikal atau tidak.

"Kalau ada perbuatan untuk mengubah video itu secara teknikal, perkara ini amat mudah dikesan. Kalau nak 'ubahsuai' video ini ia cukup mudah dikesan dan dapat ditentukan," katanya.

Dalam pada itu Najib berkata mesyuarat juga berbincang mengenai jumlah keanggotaan terkini UMNO yang mencapai 3,233,586 orang.

Mengenai hukuman penggantungan yang dikenakan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan di Sabah, Datuk Japlin Akim pada 2009 kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju melepaskan Japlin daripada hukuman itu.

"Mulai hari ini, beliau boleh kembali kepada UMNO dengan hak sepenuhnya sebagai anggota," katanya.

Selain itu, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju untuk mengadakan sambutan Ulangtahun ke-65 UMNO pada 11 Mei ini.

"Majlis akan dimulakan dengan Solat Maghrib, bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Solat Isyak seterusnya UMNO akan mengadakan satu majlis makan malam serta upacara menaikkan bendera," katanya.

sumber: agenda daily

26 March 2011

TPM Muhyiddin Di BN Youth Job Fair.


Tpm tadi menghabiskan masa selama sejam di karnival BN youth job fair di pwtc, dalam masa satu jam itu, tpm sempat beramah mesra dengan para pengunjung.

Menurut urusetia karnival, setakat jam 4 petang tadi di catatkan kehadiran pada hari ini seramai 30 ribu orang, berpandukan kepada sistem pendaftaran mencari kerja yang di sediakan di dewan itu.

Esok hari terakhir BN Youth Job Fair, sesiapa yang nak cari kerja, sila datang ke pwtc dewan tun razak 1 & 2, masa dari 10 pagi hingga 8 malam.