Raja Petra Menipu, Kata Faekah Husin.


KENYATAAN AKHBAR
2 JAN 2012
RAJA PETRA PERLU BERI MAKLUMAT LANJUT DAKWAAN RASUAH

Saya terpanggil untuk memberi komen selepas membaca temubual eksklusif bekas rakan reformasi yang juga Penulis Blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) bersama akhbar-akhbar milik UMNO yang disiarkan semalam.

Meskipun saya menghormati hak RPK melakukan analisa politiknya namun saya berasa mushkil dan sesungguhnya hanya beliau seorang sahaja yang mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut.

Pada masa yang sama saya percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh RPK seperti disiarkan The Sunday Times dan Berita Minggu- dua akhbar yang dulunya pernah mengkritik dan mengutuk RPK secara keras kerana menentang Kerajaan Barisan Nasional.

Walau apapun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan.

Tuduhan beliau bahawa wujud amalan rasuah di Selangor; duit kopi yang melibatkan para usahawan berbangsa Cina, adalah tuduhan serius. Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada Kerajaan Negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan.

Kerajaan Negeri bersedia membayar kos perjalanan RPK ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan kerana untuk makluman RPK Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Negara ini khususnya di Selangor. Jumlah tersebut termasuk di dalam Geran Selangorku yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar ketika pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu.

Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor. RPK tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban.

Kami sesungguhnya simpati dan amat memahami kekecewaan beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi yang beliau hadapi, tetapi dengan melemparkan dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini. Sebaliknya ianya hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar.

Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telahpun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini. Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum.


FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
-- Sekretariat Akhbar Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686

komen aku: dulu mamat di jugaklah yang depa sanjung, sekarang depa kata mamat ni menipu pulak...

Comments

Anonymous said…
kalau tidak sebelahi fuckatan semua itu bohong,menipu,dibeli oleh kerajaan tapi bila suhakam n majlis peguam sebelah mereka,mereka diam je la...sbb mereka igt mereka buat semua betul walaupun anu anwar dlm botol pun mereka snggup berjuang tegakkan org mcm nie..dunia nak kiamat dah kot
Anonymous said…
betul det, dulu rpk ni apa dia kata semuanya betul, mereka terima bulat2 apa yang rpk kata walau pun ketika tu rpk bercakap dalam keadaan dia mabuk, tapi sekarang bila rpk kembali normal mereka kata pulak rpk menipu.
Anonymous said…
betullah tu apa yg dikata oleg rpk kpd PM najib dulu dan kerajaan BN adalah dusta semata2...bila rpk kata kat kerajaan pakatan pulak ..pandai pulak siminah nie kata rpk berdusta..nasib2
Anonymous said…
KALAU KERAJAAN KATA RPK MEMFITNAH MEREKA TAK SOKONG....REALITINYA KEBENARAN TETAP PADA YNG HAK.UNTUK MAKLUMAN FAEKAH ACTIONS SPEAK LOUDE THAN WORDS....TERBUKTI RPK KE PKR KE FAEKAH KE SEMUANYA RAJA KELENTONG. APA RASA BILA DAH HABIS FITNAH KRAJAAN SEKARANG CERITA HAL RUMAH TANGGA SENDIRI AMIN!
Anonymous said…
Setuju dengan Faekah, dari dulu lagi memang RPK menipu. Cuma puak2 Pakatan Haram saja yang beriya2 mengatakan ianya benar. Semua kerana politik.

Dasar bangang, bodoh, bahalol dan bongok.

Tanya dengan MB, sampah sarap tu bila nak kutip???
Anonymous said…
kerajaan bn perlu hati2 dgn org mcm RPK ni..bg aku org mcm ni blh jd musuh dlm selimut bila2 masa je...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID