Farid Redzuan Perlekeh Menteri Penerangan, RTM & Blogger.


APA agenda sebenar yang Farid Redzuan sedang rancangkan hingga begitu sekali beliau dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger yang pro UMNO dan juga kerajaan sehingga tanpa segan silu `menyerang’ kerja-kerja pemain di ruang maya ini dan menyelar  kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu?

Beliau sedar atau tidak betapa seksa dan sengsaranya bloger pro UMNO dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan parti serta kerajaan yang difitnah oleh pembangkang sedangkan dalam masa yang sama tidak ramai pemimpin,Menteri,Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri turut sama seiring dan sederap bersama bloger mempertahankannya hingga ada dari kalangan bloger tersilapa arah hingga menyerang sesama sendiri?

Farid  Redzuan juga dikatakan tidak senang dengan RTM yang dianggapnya ketinggalan dalam menyalurkan maklumat hingga beliau membuat perbandingan antara RTM dengan rangkaian TV milik Media Prima serta Astro  dan adakah Farid  sebenarnya sedang bercita-cita  untuk mengambil alih RTM yang selama ini menjadi lidah rasmi kerajaan,yang Farid mungkin tidak reti bezakan peranan antara stesen TV berbayar dengan stesen TV milik penuh  kerajaan ini.

Farid Redzuan yang dikeluarkan dari TV3 untuk dilantik sebagai Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri dilihat sebagai hilang fokus serta tanggungjawabnya menasihati  apa sahaja peranan media terhadap aktiviti ataupun peranan Perdana Menteri di mata rakyat dan dunia malah kehadirannya dalam pejabat Perdana Menteri setakat ini dilihat tidak banyak membantu untuk mengangkat promosi Perdana Menteri.

Baca lanjut di sanggah tok janggut.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Anonymous said…
Ini lah dia manusia yang menayangkan iklan Hari Raya Puasa di TV3 yang mirip sambutan Krismas siap dengan watak seolah olah Father Christmas....pluralisme sedang menular???

Dia sudah perasaan yang dia tersangat hebattt.....betul ke hebat?
Anonymous said…
Hehehehe...dulu duduk di TV3 muka selalu masuk TV. Bila tukar langsung hilang glamor...

Tupai ni nak glamor gak...sian dia.
Anonymous said…
Dah lah, tak payah buat sendiri sibuk dan glamor dengan harapan dapat wang ehsan.

Kini terasa hampa sangat ke apabila orang kata pemblog bebas macam ni lebih menjahanamkan imej UMNO dan kerajaan?

Siapa yang perlukan awak? Jangan berperasaan sangat, le.
Anonymous said…
Dia ni layak buat kerja mengampu saja. Bukan tahu buat kerja.

Pasal dia tak respek blogger lah akhirnya Pak Lah hancus.
Anonymous said…
Part rais tu aku setuju. Kementeriaan penerangan memang bingai belaka
Anonymous said…
@anon 9:57am.

Apa maksudnya BINGAI tu?. Yang saya jumpa dalam Kamus Dewan perkataan BINGAL saja yang bermaksud bengal atau degil. Jangan menghukum seluruh warga Kementerian Penerangan. Nobody is perfect!
Anonymous said…
YAB DS NAJIB WAJIB PECAT DIA !

FARID BOLEH SIAP LUBANG PUNGKOK,ANWAR IBRAHIM APA LAGI ..BALAS LAH !

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID