Gelanggang Futsal Baru Untuk Warga Selangor...

“Malaysia perlu cepat mempersiapkan pasukan muda yang perlu dibangunkan untuk masuk ke padang yang lebih besar”, ujar Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dalam Majlis Perasmian MGZ Futsal Centre di sini.

Malaysia mempunyai potensi yang tersendiri dalam bidang futsal tanah air yang mana Malaysia merupakan ranking yang ke-70 di Asia. Hampir 2000 gelanggang futsal yang telah dibina di kawasan-kawasan kampung oleh kerajaan di setiap negeri bagi menggalakkan golongan belia menunjukan bakat mereka di tempat yang tepat.

“Permainan futsal ini berbeza dengan bola sepak di padang yang lebih besar kerana ia hanya memerlukan ketangkasan dari setiap pemain dan saya melihat orang-orang Malaysia mempunyai kelebihan itu”, ujar Dato’ Seri Ahmad Shabeery Cheek dalam ucapannya lagi.

Menurut Razak Nordin, “ ia adalah sifat prihatin kepada pasaran yang lain yang mana sebelum ini kami hanya menaja sukan esklusif seperti golf sekaligus merupakan salah satu strategi dalam memperkenalkan Garuda Indonesia kepada umum”, ujar beliau yang merupakan salah satu penaja besar untuk MGZ Futsal Centre ini.

Turut hadir dalam majlis yang berlangsung Ketua Pemuda Selangor, Y.M Ungku Salleh Ungku Jamal, Ketua Pemuda Hulu Langat, Azhar Hambali, dan Pengarah Belia dan Sukan Selangor, Tuan Hj Makhruzi Hj. Iksan.

Comments

Sharma said…
They should also be aware of the agronomic characteristics of the seed lot they select. As the first Cheerios variation, it is sweeter than the original, with a honey and almond flavor. This keeps you going until lunchtime, when you tuck into a healthy pre made lunch. I really miss Honey Nut Cheerios, and these do not have enough of the honey-nut flavor I was looking for, Honey Nut Chex taste much better. Heat a pan or griddle.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID