Cukup Susah Nak Beli Bendera Malaysia Sekarang Nie...

Aku cuba sahut saranan kerajaan untuk kibarkan jalur gemilang di kereta, aku pun tak pasti sama ada saranan itu betul-betul datang dari kerajaan atau dj radio yang memandai-mandai kata kerajaan suruh kita kibarkan, tak kisah lah...

Apa yang sedihnya, tiga jam aku pusing satu shah alam tak ada kedai yang jual bendera malaysia versi tempek dekat cermin kereta, dari stesen minyak petronas, kedai mamak, kedai buku cina, kedai buku mamak, 7-11, mydin mart dan macam-macam kedai aku masuk, tak ada satu kedai pun yang jual bendera versi kereta, kenapa? bila aku tanya pekedai tu, jawapan standart depa bagi ialah "dah habis" perghh... kalau betul bendera tu dah habis, dah tentu melata kereta dalam shah alam kibarkan bendera malaysia, tapi aku tak nampak pun...

Dulu sebelum tsunami politik, banyak syarikat glc bagi bendera tu free, petronas, plus dan tah apa-apa lagilah glc berebut-rebut bagi bendera free kat orang ramai, kononnya menaikan semangat petriotik, sampaikan ada yang buat roadblock untuk bagi bendera tu, tapi sekarang bila bn tak dapat 2/3 majoriti, aku tengok dah tak banyak glc buat macam tu, malah kalau dulu stesen minyak petronas lah tempat untuk kita beli bendera pun dah tak jual bendera malaysia lagi, kalau ada pun bendera besar gedabak bukan bendera kereta, ceritanya sekarang aku bukan nak bendera free, aku nak beli, tapi nak beli macam mana kalau kedai yang biasanya jual bendera tu pun dah tak jual lagi...

Atau mungkin kerana negeri yang aku duduk nie di perintah pembangkang tu pasal bendera malaysia payah nak dapat...

So kerajaan jangan terasa kalau merdeka tahun nie rakyat tak kibarkan bendera malaysia pada kereta atau rumah mereka, pasal jangan katakan nak dapat bendera tu free, nak beli pun dah payah  sekarang nie...

Comments

Anonymous said…
sticker selangor jgn lupa det...misi 33 hehe
Anonymous said…
menurut teman saya , bendera malaisia itu gak mahu lagi dipake orang kerna malu katanya. yang pake itu semua udah dibayarin oleh pemerintah malaisia itu.
Anonymous said…
Pukimak kau Lah infon penipu, penyamun! Bikin semak dan semak negaraku Aja! BERANBUS KAMU!
Anonymous said…
jangan marah kat indon 5.44 pm tu, dia tengah boring tu, tgh cuti sakit siflis, tak ada simen yang nak di bancuh

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID