Sudah Wujud Persefahaman Antara MCA & DAP



Suasana politik nampaknya sudah menjadi semakin ghairah. Beberapa kali ramalan yang dibuat mengenai PRU-13 tidak menjadi mengakibatkan bahang politik menurun. 

Dua tiga hari ini timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan Hudud. Isu ini seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU ke 13.  Dalam episod terbaru ini, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Islam dan Hudud di negara ini. Penentangannya terhadap Negara Islam dan Hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS.

Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan samada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik.

Isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam. Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina.

Hati kecil saya terus membisikkan bahawa terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP khususnya untuk menghadapi PRU ke 13. MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal dikalangan masyarakat keturunan Cina mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP. Ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat keturunan Cina.

Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik. Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja. Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi.

Kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini? Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan diantara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang. Kenyataan-kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam menceritakan segala-galanya.

Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak? Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
24 November, 2012

Comments

Anonymous said…
dah dasar anti Islam & anti melayu..sudahnya org pas dan melayu pkr jd kuda tunggangan..digunakan merosak agama dan bangsa sendiri..kelak bila malaysia jd negara republik..bebas beragama..tiada kouta bumiputera..tiada sultan..salahkan org pas dan melayu pkr je..sekurang-kurangnya umno benteng terakhir org Islam dan melayu utk berjuang...org pas kena ingat, korang pun x semestinya masuk syurga...
hangkedee said…
Syria,mesir,iraq,Afganistan,selatan Thai,Myanmar bergolak berperang.Adakah itu tujuan sebenar Pembangang Hampas dan PKR .
Anonymous said…
Dulu bukannya sombong dan bongkak orang UMNO, kan?

Kan dah tau nak mati lemas, baru keluar cerita perpaduan Melayu dan umat dsbnya.

Samalah dengan adik beliau kat BN tu. Karang dah kurang sokongan kaum sendiri, keluar ugutan tentang Hudud lah dan bahayanya dilaksanakan.

Tak kan Melayu ke, Cina ke, India ke diperbodohkan setiap kali PRU datang dengan ugutan, wayang dan kelentong selama ni?

Tak percaya, lepas PRU nanti kalau BN menang, cerita semua ni terus hilang entah ke mana.

Negara lebih dalam bahaya terdedah kepada deficit negara yang semakin naik, rasuah, penyelewengan, subsidi kronik, projek kroni dsbnya.

Kalau terus menerus, tak kiralah siapa menang, arang akan jadi debu jugak.

Pemblog kan jenis hidup bersubsidi seumur hidup tanpa bekerja ikhlas. Dah hilang kredibiliti, dah.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID